assalamu'alaikum... ^^

bismillahirrahmanirrahim...


ya Allah.. syukur.. syukur.. syukur.. alhamdulillah, ya Allah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..  terima kasih kerana memilih hamba-Mu yang sememangnya amat kerdil pada pandangan-Mu.. tidak ku kira, tidak ku duga.. syukur ya Allah...

Allahu Akbar ! terima kasih banyak-banyak ya Allah.. banyak titipan hidayah n zuqq ilmu yang telah hamba rasai seminggu dua ni, sehinggakan acapkali membuatkan hamba hampir menitiskan air mata.. bukan hamba tidak pernah merasainya pada saat sebelum ini, tetapi semenjak dua ni.. rasa nikmatnya begitu mendalam..

seusai menghadiri forum pada malam ini, '' LAU KAANA BAINANAA '' ianya telah menghadirkan suatu perasaan yang tidak dapat ana gambar melalui kata-kata.. ya ! kenali Rasulullah, peribadi Baginda, aqidah Baginda, budi pekerti Baginda.. sumpah ! pada saat ana rebah, tunduk ke bumi, hingga saat itu, ana mencintai mu.. ya Rasulullah.. ana mencintai mu..


Allahu Akbar ! ianya seumpama Allah memberi ana peringatan demi peringatan yang membuatkan Allah amat hampir disamping ana.. yang membuatkan ana kembali memikirkan, hadaf, hakikat, ghoyah kehidupan ni.. yang juga hasrat serta impian ana ingin menjadi srikandi yang faQih.. insyaAllah.. Allah sebaik-baik perancang.. :)

apabila kita berbicara mengenai iman.. pembinaan iman mestilah dengan ilmu.. tanpa ilmu, dapatkah iman terhasil? tanpa iman, apalah gunanya ilmu? kerana dengan ilmu, ianya membolehkan kita melihat bukti n tanda kekuasaan-Nya dari pelbagai aspek, lalu mampu membuahkan iman dengan baik, dengan izin n rahmat dari-Nya.. dengan ilmu jugak berupaya membuahkan kefahaman, lantas memimpin kita beramal dengan sahih... insyaAllah.. :)


yang pastinya sahabat sahabiah, galilah ilmu supaya kita mampu berdiri gah membela syariat n menegakkan yang hak.. tidak ke mana jika kita cuma beromong kosong, menjadi insan yang hamasah tanpa kita buktikan kitalah dai'e berilmu yang mampu menambahkan ketaqwaan kita padanya, n sesungguhnya darjat orang-orang yang bertaqwa mendapat jaminan lima bintang disisi Allah s.w.t... insyaAllah.. :)

bagi mengakhiri bicara bisu ini, sama-sama kita renungkan sepotong hadis ni..

sabda Baginda s.a.w yang bermaksud: '' siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga '' (riwayat Muslim)

persoalan di sini..

  • apakah kita da'ie yang benar berilmu n mencintai ilmu? apakah kita sang dai'e yang telah berjaya meninggalkan kesan pada sebuah suasana?

alangkah indahnya jika kita rajin belajar n mencemburui orang bukan Islam di atas kejayaan mereka dalam pelbagai bidang ilmu kerana kejayaan mereka dalam memartabatkan ilmu..


if Allah loves someone, He will give that person faith.. if Allah loves that person a little bit more, He will give that person strenght and perseverance to practice His religion perfectly.. and if Allah love that person little bit more, He will make his life in this Dunya difficult, for that slave of His to test how far is the love of His Slave to Him..


0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)