asslamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

2 - 1= 0

kalau dari segi ilmu matematik, jawapan dia memang salah pun.. budak tadika pun taw apa jawapan dia..


tapi hakikatnya tu la pengiraan dalam Islam.. ending bagi hidup kita cuma ada dua, samada baik atau sebaliknya.. setiap apa yang kita kerjakan n lakukan cuma ada dua balasan, dosa n pahala.. bukan macam teluq ayam, ada yang masak sepenuhnya n masak tiga suku.. :P

formula dia senang ja.. apa pun kebaikan n kebajikan yang kita nak buat, biaq sejajar dengan syariat Islam.. maka ganjaran pahalalah buat pelakunya.. perintah n suruhan-Nya yang kita lakukan dengan baik n menepati garis panduan, maka ganjaran pahalalah buat pelakunya..

aplikasi secara logik, adakah seseorang yang bertudung, tapi menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya, dikira menutup aurat? awat dok pikiaq panjang lagi, mesti la jawapannya tidak ! apakah pelakunya mendapat ganjaran pahala atau sebaliknya? dari pemahaman formula tadi la, kosong tu la jawapan dia..

haru jugak dok tengok stail tudung yang tampil dalam pelbagai fesyen n corak.. stail dia dipadankan dengan cara artis dok bertudung, kunon-kunonnya nak jadi ikon untuk muslimah bertudung... mmm, hampeh den mendonga nye.. :P gejala bertudung memang pesat di Malaysia ni n memang dapat dibanggakan.. tapi cuba tengok dua kali sebelum nak judge, adakah menepati seperti yang dianjurkan oleh Islam?


perintah Allah menyatakan pemakaian tudung perlulah menutupi dada, tapi banyak salah faham yang masih dok jadi.. rata-rata yang bertudung tidak menepati tuntutan syariat.. bentuk dada masih didedahkan padahal rambut n leher baik punya tutup.. apa yang kita dapat?

ada jugak yang cakap '' belum sampai seru la ustazah..''


'' mati xkenai umuQ, xtakut ka mati dalam usia muda, xdan bertaubat nanti..''

'' alaa.. relax la, xkan nak berubah secara drastik.. slow-slow la.. ''

'' boleh ka habaQ kat malaikat Izrail nanti.. relax la dulu, jom lepak-lepak dulu jangan amik nyawa aku lagi.. buleh? ''

'' dak eh.. tutup aurat tu baguih.. tapi kami xmaw la hipokrit sebab buat  xikhlas..''

'' jadi kamu ni memang hipokrit sebab xikhlas beragama Islam.. ''

praktikal 2-1=0 jugak untuk syariat Islam yang lain.. konsep yang mudah.. laksanakan perintah Allah dengan mematuhi syarat-syaratnya, pahala kita dapat.. satu syariat yang diseleweng, satu dosa '' hadiah'' buat kita.. adakala sering kita terlepas pandang tentang konsep ni..

so, renung-renungkan n selamat beramah.. ^^


0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)