assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah ya Allah..  tidak menjangka bahawa kesusahan selama lima minit semalam membuatkan hidup ana tidak sunyi daripada tarbiyyah.. tiada noktah dalam pencarian ilmu..


semalam, ana di kehendaki menghadiri satu mesyuarat di antara kakak-kakak, abang-abang senior n kawan-kawan yang sejawat.. hujan agak lebat jugak.. pukul lapan malam ana turun ke bus stand tapi bas jauh dari situ.. ana ingatkan xda pak cik dalam bas tu.. kebetulan ada seorang kawan tunggu di bus stand.. 

then, bas lain lalu n berhenti kat depan bus stand tapi ana baru nak lintas jalan, pastu bas tu berlalu p macam tu.. ya Allah, kain, kasut, stokin da basah.. tapi, kerana dakwah.. pakaian basah bukan bererti untuk ana undur diri.. kemudian, ana tengok semula pada bas yang xjauh dari bus stand tu, ada pak cik dalam tu.. terus ana berjalan ke bas tapi menghiraukan stokin yang sudah basah seperti di basuh.. sampai-sampai ja belakang bas, bas tu bergerak.. ya Allah.. sekali lagi ana di uji.. tanpa banyak bicara ana turn semula ke bus stand.. tunduk tengok kasut n stokin, basah.. macam mana ni, satu bisikan menyapa..

'' mardhiah.. lakukan kerana Allah.. kebenaran yang ingin engkau tegakkan, maka laksanakan ! ''




setibanya ana di bus stand, alhamdulillah ada bas yang datang..

'' kenapa lambat adik, ni da bas terakhir ni.. '' pak cik bersuara..

senyum.. ^_^

alhamdulillah.. seperti biasa, meeting dijalankan.. titisan mutiara tarbiyyah banyak menjengah di ruang qalbu ana, laju.. seperti lebatnya hujan di luar sana.. alhamdulillah ya Allah.. ingin ana kongsikan di sini..

apabila kita laksanakan sesuatu gerak kerja mahupun tugasan dengan mengharapkan imbalan ataupun pulangan buat diri.. maka, harus diingat di sini bahawa kita pasti akan lemah.. pasti ! 


'' sesungguhnya orang mukmin yang sebenar ialah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah.. mereka itulah orang yang benar ''
( surah al-Hujurat; 15)

sahabat-sahabiah sekalian.. bergeraklah tanpa menoleh ke belakang.. hadapilah jalan-jalan yang penuh onak dengan berbekalkan tarbiyyah.. aslih nafsak, wad'u ghairok.. perbaharuilah diri untuk menyeru orang lain ke arah al-haQ..

قدوة قبل دعوة


jadilah kita sebagai contoh kepada masyarakat di luar sana.. janganlah beranggapan bahawa sekiranya kita adalah seorang dai'e maka diri kita ini adalah suci.. kerana manusia itu diciptakan (bersifat) lemah.. gunalah peluang n kesempatan umur yang berbaki ini dengan melaksanakan kerja-kerja untuk Islam.. khususnya, ana tujukan buat sahabat-sahabat yang memegang status seperti ana, masih seorang penuntut..

sekiranya kita diberi peluang selama lima minit untuk berucap di hadapan kawan-kawan lain, manfaatkanlah lima minit itu dengan sebaiknya untuk menyampaikan dakwah.. jangan kerana lima minit itu kita sia-siakan yang boleh menyebabkan lima tahun orang xmahu mendengar ucapan kita.. na'uzubillah..

Allahu Akbar.. betapa besarnya tanggungjawab seseorang mukmin itu terhadap agama-Nya.. pembawaan diri itu amat penting dalam kehidupan kita secara bermasyarakat.. setiap apa yang dilakukan pasti akan dinilai.. teruslah melangkah.. sesungguhnya Allah tidak melihat pada hasil kita, tetapi Allah melihat pada usaha yang kita laksanakan.. wallahu'alam..


takutlah sekiranya Allah tidak memberikan kita ujian, takut-takut akan membuatkan kita lalai.. bersyukurlah dengan ujian yang dikirimkan buat kita, ianya membuktikan bahawa Allah masih ingatkan kita.. jom kita belajar romantik dengan Allah.. ^_^v







0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)