assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. 

alhamdulillah.. akhirnya.. masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk bertemu keluarga tercinta di hari penuh keberkatan ni.. dalam musim 'cuti singkat' ni, study tu tetap berjalan seperti sediakala.. 



ok, baik.. takbir pertama.. rasanya seumur hidup, ni la kali pertama ana 'sambut' takbir pertama atas bas.. T,T sedih.. agak sedih jugak.. lepas da sampai stesen bas, ternanti-nanti kelibat pak cik ana.. terkebil-kebil kat shahab perdana tu.. 


bila da sampai tu, xterus balik rumah... T_T 


kitaorang ke rumah mak tam ana di changlun.. wuuu.. 12.30 PAGI baru sampai rumah.. sungguh gembira ! T.T


ok, lupakan.. yang penting da selamat sampai rumah, cukup ! 


tu cerita takbir pertama, yang ana rasa xpatut pun nak cerita kat sini.. huuu >_<



yang sebenaqnya, ana nak kongsikan sikit kat sini tentang HARI RAYA AIDILADHA@HARI RAYA KORBAN.. 


aik? apa dia?


HARI RAYA KORBAN.. jatuh pada hari kesepuluh di bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam.. 10 Zulhijjah ni merupakan tarikh penting di mana Nabi Adam n Hawa dikeluarkan dari syurga n diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah..


n pada kebiasaannya solat sunat aidiladha dicepatkan sikit berbanding solat sunat aidilfitri.. 





kenapa ya?


kerana dicepatkan sedikit solat sunat aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.. n dilewatkan sedikit solat sunat aidilfitri adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang belum bayaq zakat n disunatkan makan dulu sebelum p masjid..



tapi.. haa, ada jugak tapi tu.. bagi aidiladha pulak, hikmah disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari tu ialah daging korban yang berkat.. alhamdulillah.. tengok, cantik kan Islam ni.. ^^


HARI RAYA AIDILADHA.. disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, berkunjung ke Ka'abah n melakukan ibadah korban.. dalam hal ni, umat Islam berpegang bahawa perayaan korban ni memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim menyerahkan anaknya, Nabi Ismail untuk disembelihkan.. wallahu'alam..





dalam erti kata lain, hari raya ni jugak bermaksud manusia sentiasa berubah ke arah hijrah rohani yang lebih segar n berkualiti atas iman n taqwa kepada Allah s.w.t.. perubahan ni dapat dilakukan hanya di balik bayang-bayang hubungan ibadah yang istiqomah kepada Allah..


p/s: ayuh, kita hancurkan keinginan-keinginan yang keterlaluan dalam diri kita simbolik dengan melakukan KORBAN.. insyaAllah.. ^_^v


0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)