assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..









dok imbas balik kisah muda-mudi dulu, senyum sensorang. belek-belek slip UPSR, 3A1B1C. patut la xleh jadi doktor, math C. haha.. nasib badan, cangkul tangan kiri, kertas bertulis 'doktor' tangan kanan. p belakang rumah, korek lubang n semadikan dengan aman impian tue, huhu T_T *walaupun xbapa nak ikhlas buat macam tue.

dua subjek yang xpernah dapat A sepanjang fatrah imtihan yang da dilalui, sejarah n math. susah kat mana pun, xtaw laa. minat kot, sebab aku xminat nombor. minat al-Khawarizmi, tapi xleh nak jadi macam beliau. sedih sangat. nasib baik SPM naik sikit pangkat tue, naik pun setakat B ja laa, xdapat jugak A. memang bukan rezeki aku nak hidup dalam hospital. kot. ada jugak yang suggest, pilih la calon suami nanti dalam kalangan doktor, dentist pun ok jugak. ke situ pulak -_-' kalau jadi isteri doktor pun, belum tentu dengan 'gelaran' dia tu dapat tolong aku jadi doktor, sama sepertinya.

habis kuat pun, bila ditanya nak jadi guru x ? nanak ! tapi bukan guru bahasa Arab, bukan guru geografi, jauh sekali guru matematik. guru sains, xtaw nak habaq macam mana, dari darjah 1 sampai lani memang obses sangat dengan sains, kalau ada yang dok cari guru sains, mai la jumpa aku. free of charge ! xmintak habuan pun, cuma nak perturun ilmu, nak habaq pada dunia bahawa sains ni sangat mudah. semudah A, B, C. *wah, konon. ibn Sina, tokoh yang sangat-sangat aku minat.

dari minat tue la yang dok dorong aku sertai PBSM, belajaq pasai bantuan, kecemasan, rawatan etc. pokok pangkalnya, berkait dengan sains. sebut pasai PBSM ni, teringat la satu cerita ni. sekolah rendah dulu, kelab, sukan n permainan n badan uniform cikgu yang tetap, berlainan la sekolah menengah pakat cerdik belaka, maka pilihan dihujung jari masing-masing semudah 1, 2, 3. tehee.. 

dapat pulak aku terpilih dalam kelab bahasa Melayu *memang aku minat bahasa, jadi xtimbul konflik di situ. alhamdulillah, sepanjang exam muda-mudi dulu xpernah dapat selain daripada A. kalau dapat B, confirm migrain seminggu. p sekolah cakap merapu meraban rata.  pernah dapat B, waktu STA (SIJIL TINGGI AGAMA). bukan buat karangan/soalan pemahaman apa pun, soalan STPM punya. belajaq pasai asai kedatangan bahasa Melayu, rumpun mana, pecah bapa adik-beradik. tue kena ingat sejarah bahasa Melayu, memang secocok la aku dapat B. da xboleh jadi lawyer. done !

sukan permainan, sebab aku dulu nampak baik n penyantun kot. maka, cikgu letak nama aku dalam kelab dam n catur. nak teriak la jugak, dok main catur dengan pak cik pun asyik kalah memanjang. dam ja boleh gagah menang pun, tu pun sebab lawan dengan adik, dam ular pulak tue, memang wirawati la masa tue, huhu :p memang xsesuai dengan jiwa aku, terus terang cakap aku dulu dok main 'tuju tin' dengan budak laki, ada la jugak perempuan dalam 5, 6 orang. lani suma da berjaya, alhamdulillah. ada yang kawin n beranak dah, yang masih menuntut pun ada di UiTM, UM, IPG, POLI n paling latest ni, kawan sebaya memerangkap anak menakan sendiri, dok kat India amik dentist. buas-buas kami dulu, pelajaran xabai. lepas kelas fardhu 'ain, balik salin baju keluaq main, malam kami belajaq. alhamdulillah, bangga dengan depa semua. :) dari situ la, aku amik inisiatif p tukaq sendiri kelab aku. p masuk netball club, huhu. attendance jangan cerita laa, cikgu ingat aku asyik ponteng walhal dok dalam kelab lain. hee~ alhamdulillah, setelah menjalani beberapa proses evolusi, akhirnya nama lekat jugak dalam netball club. alhamdulillah, kekal sampai ke form 6 dok keja melompat tengah panas, tapi seronok. n da pernah ke banyak peringkat kecuali kebangsaan, xsanggup den. tengok player suma pakai skirt pendek dok melompat, xsesuai dengan jiwa. cukuplah setakat yang ada, main pun main jugak, aurat jangan dok jadi caca merba. haaii..

n last, badan uniform. macam kat atas tadi, sifat kesipu-sipuan aku dulu membuatkan cikgu ni sangat prihatin dengan aku. dinobatkan aku sebagai salah seorang ahli dalam Pandu Puteri, kemudian gubal kepada Puteri Islam. alahaii, sekali lagi aku ketawa kecil. nak tukaq sendiri lagi ka ? anak guru besaq pun xamik langkah macam aku buat ni, huhu. tapi benda yang sama berulang sekali lagi, aku masuk PBSM dengan sendirinya. attendance aku dalam buku rekod kehadiran Puteri Islam, teluq puyuh. nakal betoi laa, masuk PBSM tanpa permit/secara haram n tercalon jadi AJK pulak tue walhal nama xda dalam list pun, bukan member pun. lepas cikgu panggil nama sorang-sorang, dapat dihidu yang nama ku n sahabat karib ku ketika tue, Zaliah xda dalam list. huhu, kami da macam perunding yang terlatih, ntah mai dari mana kudrat masa tue aku p habaq kat cikgu xmaw masuk P.I tapi nak masuk PBSM. cikgu mula tue bertegas jugak, tapi kami guna jugak kuasa bebas bersuara kami, last dapat jugak membership. bila pikiaq balik, malu pun ada. umpama p rumah orang mintak beras, orang xbagi tetap tegar kat situ dengan 1 matlamat, nak beras. 

riang berterbangan atas khidmat dua sayap pada saban hari, bila mana tiba pada satu destinasi yang meletakkan syarat supaya terus ke destinasi lain tapi menggunakan satu sayap. mampukah ? boleh, tapi lambat, akhirnya.. kecundang. macam tue la analogi diri aku ni, da terbiasa aktif sana sini di rumah bila mana p sekolah aku kena jadi budak pasif, indeed, i can't do it. jadi, sebab minat aku yang mendalam dalam sesuatu bidang tue, xkira macam mana cara sekali pun. aku akan cuba n terus mencuba hingga ada dalam genggaman. 

you are like an eagle, if you don't spread your wings you won't know how high you can fly, kata-kata sir aku waktu sekolah rendah darjah 5, salin dalam buku, hafaz, amal n conteng dekat dinding lantas membuatkan mak aku marah dengan jayanya sebab penuh dengan hasil karya aku yang xterkawal pada waktu tu yang memenuhi ruangan kosong di suatu sudut dalam bilik, haha. almari pun penuh, conteng pakai marker pulak tue, permanent pulak tue. huhu. heaven laa, time tue jelaa. pastu amaran keras telah dikeluaqkan, kalau conteng lagi tidoq luaq, bukan luaq bilik tapi luaq rumah. tehee~ oke, nama sir aku tue sir Rameshk Kumar ; cikgu B.I. garang xpayah sembang, kalau xbawak buku include terlupa, tetap kena rotan. dia bagi buat karangan n kena hafaz, kalau salah 1 huruf ja, kena denda tulis semula perkataan tue 100 kali. satu huruf, bukan satu perkataan. contoh, aeroplane kita terlupa 'e' so, akan jadi aroplane, kena tulis balik 100 kali spelling yang betoi punya. haha. kalau kami semua xpernah rasa tue, bohong sangat laa. dari situ la, aku dapat improve banyak vocab, grammar, spelling include pronouns segala dengan baik, alhamdulillah. 

kadang-kadang sir ada mintak jugak khidmat aku n kawan-kawan aku time tue Azie, Zuraini, Zurianie, Najwa, Zulaiha marking exam paper. untungnya, kami terlebih dulu dapat taw markah kami n kawan-kawan lain disamping bergumbira menjamu selera, sir belanja makan, haha. lalala~ bila pikiaq balik, seronok ooo.. kadang-kadang sir upah duit. untung leerr. :D 

merapu meraban rata da ni, nak habaq pasai sains ja melarat p cerita rata. memori, indah sungguh saat bergelar seorang pelajar, pelajar sekolah rendah dulu. ni xmasuk cerita sekolah menengah lagi, lagi banyak kisah kasih yang aku cetus. huhu *konon

so, seperti yang dimentioned pada title, jangan baca. arahan dari pihak penaja, tapi masih dengan sifat ingin tahu yang mengajak anda sampai ke saat ni, masih membaca hasil nukilan ni. kan da buang masa, xda apa pun. cerita dahulu kala ja semua ni. n di atas keprihatinan anda yang sangat tinggi, sejuta penghargaan dikalungkan, tQ ! *actually, malas nak taip dah. huhu


p/s: hari ini dalam sejarah. nope ! hari-hari adalah bersejarah. ;)

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)