assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

- never give up on anybody, miracles happen everyday -

alhamdulillah, alhamdulillah n alhamdulillah. Allah tue sentiasa ada buat ku, kamu, dia, mereka, kami n kita ! yeah, kadang-kadang kita ni xberapa nak sedaq. oke, done ! xpayah nak panjangkan muQaddimah sebab ni bukan page wikipedia, ensiklopedia@keturunan yang sewilayah dengannya. 


Usimians punya cerita. semalam result keluaq. pagi semalam, iron baju untuk selinap masuk kuliah dengan kawan di KUIN. tempek bedak comot-comot. berjalan ala-ala minah kangkung ke laptop. buka mukabuku, tengok kot-kot ada the latest berita mengenai result. ada ! tapi dijangka result akan keluaq malam@keesokan harinya. sempat tengok PNGK, alhamdulillah ada peningkatan. ignore ja, malas nak kira-kira lebih untuk taw bapa PNGS, nanti xsurprise pulak. tutup laptop, bertolak ke KUIN. 

masuk kuliah fiQh mu'amalat dari pukul 1.30 petang hingga  2.30 petang, then balik rumah. seusai solat, buka mukabuku sambil tunggu bilal masjid seru untuk solat asar pulak. dup dap. dap dip. dop dup. hati mula bergendang. nah ! result da keluaq pun. yeah, sungguh gembiras + kecewas. ana lambat taw ! T_T

pulun dok login, macam nak putus urat jari dok tekan keyboard. 

ouh, ewadi. stop bullying me, you just a system. a system, I repeat ! *dengan harapan sistem tue boleh paham perasaan ana saat tue. =.=' 



dok mencuba n terus mencuba nasib. bilal dah panggil. tutup laptop, solat. seusai solat, siap-siap nak p beli ais kacang. saja nak pujuk hati balik. 

diringkaskan cerita, pukul 1.40 pagi baru boleh masuk. alhamdulillah, benar-benar menguji. jantung dok exercise pulak pagi-pagi ni *sambil kesat peluh di dahi. diamlah kejap, macam mana nak teruskan kalau awak tue asyik berlari, penat taw.

bila da 'klik' ! terus tutup muka, xmaw tengok. mencemaskan ! 

mula buka mata sikit demi sikit dengan mulut terlopong. 11 subjek include koko, BSMM. belek-belek setiap row. alhamdulillah ! pusing ke kiblat, sujud syukur pada-Mu. atas segala cintaaa. ketika cinta bertasbih. *cuma selingan. dengan nada sedikit histerianya, jerit panggil mak n abah, then kena marah sebab terjerit pagi-pagi. cukup bahagia, ahah. :D

ironinya, alhamdulillah. ada peningkatan dalam result di setiap sem. insyaAllah, ana akan cuba untuk terus istiqomah walaupun peningkatan tu laju sikit ja daripada ayaq mata anak dara putus cinta. menjadi nombor satu (terbaik) adalah lebih mudah berbanding terus mengekalkan nombor satu (terbaik), bukan ?

pesanan akhir, ingatlah. gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. yang penting amalan-amalan kita yang akan diuji di akhirat kelak jangan terkandas. seimbangkan dunia n akhirat, wasatiyyah. ambik dunia sebagai wasilah untuk berjaya di akhirat. letakkan dunia di dalam genggaman, sematkan akhirat di hati sebagai matlamat utama kita. bittaufiq wannajah buat sahabat sahabiah. 


p/s: bukan Allah xmaw bagi kejayaan tue buat kita, tapi Allah 'simpan' kejayaan tue untuk kita pada masa yang akan datang. bila kata macam tue, jangan la pulak sisihkan usaha n doa tue. seiringkan keduanya, oke. >_< n sorry, penulisan agak caca merba sebab ana mengantuk.


0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)