assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

fuang.. fuang.. fuuuuaaannnggg ~~~~
rasanya kalau blog ni dinisbahkan seperti belukar, 
gamaknya mesti dah macam rupa hutan hujan tropika pa, heh

ya, malas.. asbab utama yang buat aku menganaktirikan dia :'3

alhamdulilllah, last year da sempat lalui hari jubah biru dengan kengkawan.. 
tapi jauh di sudut hati haluih ni, sedih :'(
xdan nak bergambaq dengan semua ahli keluarga, rombongan sampai tiga buah kereta, muahaha

keduanya, gelpreng pun tak dan nak mai tanya khabaq.. quite busy with her own stuff, maybe..
bila sampai Kedah aku cerita dekat Enc Suami, aku tak dan jumpa gelpreng hari tu..
ingat cerita saja ka? ayaq mata pun kena main peranan tau, baru la dikatakan drama Melayu, hiahaha :((((



sarat dengan kenangan di sana, bumi USIM.. :') mana taknya, gelak ketawa histeria semua ada kat sana.. hadirnya kawan-kawan yang senantiasa mewarnai hari-hari di sana, rindu semua..

bila dah keluaq dari fasa tu, jadi aku kena lebih matang dalam time management.. 
dah tak boleh nak hidup tunggang langgang macam zaman degree dulu, heh..
lagi-lagi sem yang melibatkan penulisan thesis, sibuk tahap dewa..

makan boleh kira berapa kali sehari, tu pun nasib kawan ajak.. kalau dak, tercongok ja depan lappy.. baju selalunya aku basuh sehari sekali, mai dengan sibuk ni, haa ! hang duduk situ dulu, Puan Emak lagi sibuk sama buku *kununkunun

tapi Allah tu Adil, Dia bagi tu sesuai dengan kemampuan kita..
ni yang buat aku rasa sayang sangat dekat Dia, buat orang lain mungkin pada qadar yang lain.. Allah dah ukur semua tu, look.. how sweet He is ! *got teary T.T

lani, cerita aku.. aku masih setia dengan kerja-kerja penyelenggaraan di Empangan Lemak Tepu, haha.. baru ni da dapat job dah, guru Sains di salah sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat.. tak tau apa yang merasuk aku, esok ada meeting dengan para asatizah, hari ni aku suruh suami aku call untuk batalkan tawaran tu.. haaiii, Mardhiah.. Mardhiah ~

aku rasa buat masa ni nak tumpu dulu pada keluarga, bila da terbuka hati n tawaran untuk kerja nanti, inshaAllah akan dipertimbangkan :') doakan aku ya !

dan..

aku punya satu impian..

nak sambung master, mungkin dalam Islamic Studies/Journalism/Linguistic

tapi..................

aku nak minta tolong sapa ya..

untuk.. untuk..

tolong pujuk suami aku, ngee~ :D


dia yang selalu ada buatku, sayang Abang :')
assalamu'alaikum... ^^

bismillahirrahmanirrahim..

sedaq xsedaq kurang dari sebelas hari lagi
bakal bertemu si dia :')

thirty days of barakah
thirty days of satan-free zone
and one very special night

baru ni enc suami mesej, 
perkongsian istimewa sempena Ramadhan
daripada Ust Yusuf Ahmad

kena rasai n merindui akan kedatangan bulan Ramadhan, seolah sepertimana pasangan suami isteri y xberjumpa selama setahun berpisah, tapi saling merindui..

seorang isteri y sangat-sangat merindui suaminya y kerja jauh di perairan n berpisah selama setahun, kemudian si isterinya dapat taw suami y dirinduinya selama ni nak balik, agak-agak apa perasaan isteri tadi? SANGAT SERONOK, suami dia balik hanya sebulan saja kemudian berpisah semula, belum tentu si isteri tadi dapat bertemu lagi dengan suaminya pada tahun depan..

dalam pada tu, si suami tadi bawak balik hadiah-hadiah y mahal (rahmat, keampunan, pembebasan daripada api neraka) untuk isteri dia.. macam tu la Ramadhan, y menyumbang banyak hadiah ; pahala untuk manusia.. atas kita, sama ada nak amik atau ignore ja..

alhamdulillah, Ramadhan kali ni banyak benda y I wished I did
and hopefully I've been able to achieve most of them, with Allah's will :')
doakan aku, last week untuk encounter cebisan-cebisan ruh y da mula balik kampung, hiahaha

final report, live presentation on early July.. be prepare, Mardhiah !


p/s: tahniah Jerman.. permulaan y baik, muehehe

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

truly Allah is the best planner of all :')
for being able to met him who we call as murabbi, I thank Allah
for being able to converse with him straight away, I thank Allah
for the chances that I had, I can never thank You enough..

kesempatan in a short vacation ni pun dengan izin Dia
alhamdulillah, aku dipilih Dia :')

sempat berbual bersama murabbi
di terataknya..
sedikit kalamnya, sudah cukup membuatkan hati berbekas..

hidup tak berkat jika semua asyik tak sempat..
may Allah guides me from bounce into forgetful moments :'(

aku ingin bersamanya lagi, bersama murabbi
mengaut keuntungan akhirat, mengisi kekosongan hati
singkat pertemuan namun tiada istilah perpisahan
kerana doa itu y saling menghubungkan...



assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


ni sesi menunggu giliran naik ke pentas
Majlis Kecemerlangan Mahasiswa FPBU

rindu korang, xsempat nak berbual panjang
kesian Enc Suami sorang-sorang kat atas :D

dengan buah hati pengarang jantung pisang pun
xsempat nak curahan :'( sorry mak yah, sayang..

entah kenapa seminggu dua ni
asyik emosi semacam
salah sikit, silap banyak
asyik nak tears ja :'(

semalam, xsemena-mena
lepas takbiratul ihram, ak nangis lagi

teringat gulai sotong mak :'(

oh, please..
please stay away from me, do avoid me instantly

nak balik kampung
xnak cakap banyak dah..

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

kata si putih,

hujan di tengah malam, tanda kasih y ku rindui 
bila tak lagi rembulan kesiangan

hujan.. turunlah

kau sejukkan hati y rindu ini
dengan cinta n kasih sayang
dari-Mu Tuhanku y satu


alhamdulillah, masih belajaq dari kehidupan..
n resam berkelana memang begini..
moga saja ak masih mampu beramal

dan

amal pula diterima :') 
Allahumma aamiin..

indahnya hidup
andai benar-benar beriman 
bahawa Allah itu ada

dan

benar-benar mempercayai
qadar Allah itu y terbaik..

tak perlu banyak soal
ketentuan Allah itu pasti
balasannya juga pasti..

hanya

kita y perlu benar-benar mengimaninya
please blow me a little du'a perhaps =')

(to the righteous soul be said:) "O (thou) soul, in (complete) rest and satisfaction ! "Come back thou thy Lord,-well pleased (thyself), and well-pleasing unto Him ! "Enter thou, then, among My devotees ! "Yea, enter thou My Heaven !
Al-Fajr : 27-3


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

manusia tak dapat mencintai orang lain
selagi belum mencintai diri sendiri

dan

mereka tak akan mencintai diri sendiri
sebelum mereka mencintai Tuhan 

meminjam kata-kata emas Syed Qutb :

"sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia.. di tengah keramaian dia terasa keseorangan.. saat kesukaan, dia berduka.. jika orang tertawa, dia menangis.. jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"

"ketenangan n kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan dalam lubuk hati orang y beriman, mereka tetap akan berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

ak kena kuat n perlu kuat,
Allah sayang maka Allah akan hadiahkan segulung ujian

tingkatkan ibadah n perkukuhkan ikatan ni
tak kan sesekali lerai mahupun TER-lerai

ini janji ku !


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

dua bulan ak melukis pelangi hidup 
di bumi y tak la asing sangat bagi ak 
n ak punya semangat da luntur macam kena bleach
merajuk bawak diri ke awan, urat saraf bersimpang siur
saat-saat macam ni la 
y buat ak nak guna punchline #ciknakbalikqodah
tapi Allah tak biar ak untuk urus hidup ak sendiri
see, how romantic :')

ya, ak kena travel
berjalan merentas kota metro
meredah hujan, bersesak dengan marhaen dalam bas *fuuhh, this isn't a "normal atmosphere", haha.. agak-agak sampai tak maksud ak? xD

termenung dalam bas
ya, I know.. Allah tengah uji ak :')
syurga tu mahal, ingat senang untuk senang grab syurga?

consistent, atau dalam istilah tarbawinya i.s.t.i.q.o.m.a.h
berat untuk ak nak redah semua ni, nak pulak hari minggu kan? :')
ak cantas tunas-tunas culas tu, nak jadi baik tu senang
istiqomah tu y susah.. Allah, ampuni ak :'(

hajat nak mandi tapi takut DBKL mai halau, heh
depan suria KLCC, disamping terapi air :D heh
taman KLCC, ni terapi pokok
Shafieza, ak n Elly

us :')

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

Sabtu, March 29

10.30 pagi gerak naik bas dari Banting,
1.00 petang tiba di Pasar Seni..



punya la lama dalam bas, pheww -_-''

demimu, Mak Dayah
dua jam terasa macam dua minit ja dalam bas, heh ;D

alhamdulillah, 
da dua bulan xjumpa Cinta Hati ku
tercampak dia ber-intern di PTS Millenia, Batu Caves sana :'(

sempat berjalan-jalan di Pasar Seni, pusing Masjid India, solat di Masjid Jamek

just a short date tapi best sangat sebab dapat dengaq dia ketawa
dapat dengaq dia pot pet, dapat tengok dia senyum, dapat tengok kelam kabut dia dok cari baju nak match dengan tudung baru dia, muka sememeh sebab tunggu lama nak cucuk duit kat atm, muka bahagia dapat makan nasi goreng kampung berlauk cili hijau etc..

aku rindu semua tentang dia, 
saat nak berpisah, dia hadiahkan aku sebuah bungkusan misteri ber-plastik-kan teddy bear

jubah peach n kain pelikat hijau
hadiah perkahwinan aku, see how sweet she is TT_TT

Mak Yah, indeed I love you even more




assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

untuk minggu ni, baru lepas update dengan mak abah
rindu mak :'(
rindu kat abah xpayah cakaplah :'((

kasih sayang Allah luas.. besaq sungguh kuasa Dia
Dia jadikan bermacam-macam jenis manusia
beraneka situasi y kita kena hadap dengan kewujudan pelbagai manusia tu..

benda y paling rumit, as usual
memuaskan hati semua orang

benda kedua y rumit, 
menjaga hati semua orang

semua berkaitan dengan semua orang..
ak y sorang ni macam mana? heh *senyum sumbing + kening double jerk 


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

I don't keep pictures of you

cause 

I put you in my heart *so deeply

and my heart is aching

merindui abang, mak-mak abah-abah, kakak-kakak, adik-adik, asatizah, kawan-kawan.

nak balik kampung :'(


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim...


dedikasi untuk abang comel ^_^v

bahagiaku adalah senyumanmu
keceriaanmu adalah dambaanku
gelisahmu adalah rasa bimbangku
kesedihanmu adalah air mataku :'(

abang..
 jadikan ana bidadari

bidadari y akan mendampingimu
di kediaman syurga kelak

tiada lain y ku harapkan
kecuali redhamu

 your biwi,    
Mardiah...   


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

my Allah..

make me a person 
who constantly help without asking back

and

a person who is always try to please You..

mountainoffaithandreallyneedYouinanysituasioncauseIcan'tlivewithoutYourbless

<3 A.L.L.A.H <3


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

semalam, sambil baca buku sambil teringat buku-buku y diberi pinjam pada orang

tapi..

sepi xtaw khabar berita,
baik kesihatan buku mahupun kesihatan peminjam buku :'(

pulangkan, buku ku !
demikianlah isi hati y berdentum lebih kurang tajuk lagu filem seram..

lalu,
aku pun berangan..

sebab bukuku makin membiak dengan jayanya,
jika suatu hari nanti ku punya anak,
akan ku titipkan pesanan ini buat tatapan bersama..

"ummi xpunya harta, nak.. ummi xmampu nak bagi kereta mewah, mahupun villa semewah Villa Nabila y bernilai juta-juta lemon.. n ummi xda duit simpanan bertimba-timba.. tapi, ummi ada buku-buku y akan membentukmu menjadi manusia y manusia, bukan monyet y bermuka manusia.. buku-buku inilah y menjadi harta karun buat ummi di sepanjang episod hayat ummi, nak"

bukan main pengaruh drama, hehe


المَالُ والبَنُونَ زِينَةُ الحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

"harta n anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan y kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan"
[18 : 46]


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

aku lihat Rasulullah dari kejauhan..

lalu aku sapa ia, "hendak ke mana?"

dengan lembut ia berkata, 
"aku harus pergi, mungkin jauh n sangat lama.. 
tolong sampaikan pesanku untuk orang bernama MUKMIN"

aku amat merindui umatku,
walaupun kita berjauhan, namun..
kamulah kebanggaanku, 
kamulah harapanku, namun.. satu pintaanku..
ambillah serta ajarlah agama ini, selagi hidup ini diteruskan..

ajaklah sabaq menemani untuk menemani hari-hari dukanya,
peluklah istiqomah saat dia kelelahan dalam perjalanan taqwa,
bersandarlah pada tawadhu3 saat kesombongan menyerang,
pintalah nasihat al quran n sunnah di setiap masalah y dihadapi..

sampaikan pula salam n terima kasih untuknya
kerana telah menyambutku dengan sukacita..

kelak..

akan ku sambut di syurga dari pintu

ar Rayyan :')

12 Rabi3ul Awwal 1435,
2014, January 14

- mountain of faith - alone - interaction corner -


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


meniti hari-hari berbaki..

hai Rabi3ul Awwal :') eheh

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

balik dari library, berjalan melalui FKP menuju ke PKP..

nge-date sama kak Farah sebentar :')

tengah-tengah berangan sambil berjalan, 
terserempak dengan kak Safarina aka kak Safa..

"Ayu dari mana ni?"

"dari library akak, hantaq buku"

"Ayu da siap tesis?"

"inshaAllah, khatimah je y belum settle lagi.."

sambil menepuk bahu ku, lalu berkata:

"wah.. semangat-semangat ! semangat nak kahwin ni"

kak Safa ni memang kuat menyakat orang, 
makin menjadi usikan dia sejak da bergelar ibu ni, haha

p/s: in case kak Safa terbaca posting ni, habis kena BBQ nanti ;p

kak Safa n Ust Saruddin
tadaa~ Muhammad Sofwan bin Saruddin
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


penghujung Oktober, di ambang November :')

alhamdulillah.. thummalhamdulillah..
Allah telah merencanakan sesuatu yang (baca : osem) buat aku..

industrial training.. 
hampir sebulan jugak la tunggu offer daripada companies..

tiga minggu selepas applied dapat feedback daripada upsi (baca kuat-kuat : industry reject), haha 
tapi alhamdulillah, aku dah nampak hala tuju aku yang sebenaq..

sebelum ni dilemma, xtaw nak decide either upsi or PPD..
sungguh, tiga hari tiga malam makan lalu la jugak, mandi tetap basah, tidoq lebih dari lapan jam ;D hee~

tup tup dah keluaq result, alhamdulillah it will be fine to me :) *sengih sikit
xpayah runsing nak buat pilihan, Allah atuq tu cantik belaka dah..

kekuatan tu milik Allah n datang dari Allah..
aku tagih setiap inci kasih sayang Allah..
jangan Allah.. jangan biaq aku urus hidup aku sendiri, aku xboleh :(

awal musim dingin,
moga ia xmembekukan akal n emosi,
jom menari dengan taqdir..

oh ya, keep praying for me, hokkey ;D

p/s: dua minggu lepas tamat LI, jaulah ke Indonesia sana.. Acheh, aku datang menjenguk !

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

adakalanya.. 
terasa wajah ini terlalu bising..
aku senang menjadi yang lama..

sepi menyendiri, 
konon suwweett :') heh

mungkin cuma dua,
aku n rasa..

andai bisa ku putar semula waktu itu..
ku pilih diam dari bicara,
ku pilih bahagia dari derita,
ku pilih kelam dari gempita..

biar dunia xkenal..
terpinggir, tersorok..
cuma kita berdua, 
terus mekar melakar indahnya sebuah cerita..

selamat menjadi hamba :')

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

kali ni xsama seperti tahun yang sebelumnya..
hari-harinya cantik..

bintang-bintangnya jua cantik :')
xserupa seperti masa-masa yang lain..


"how's it going on, sis?"

"it's easy.. very easy.. how blessed this country of yours"

"kheir, alhamdulillah.."

semua sekali..
semuanya akur setuju dengan limpahan selaut kasih serta rahmat dari Dia :')

see, sweet kan? ;')

aku syukur, sangat..
xsama seperti detik-detik sebelumnya, jadi..
aku malu..

kecil, hina sungguh aku ni..
jauh nak dibandingkan dengan ehsan daripada Sang Pencipta :'(

jadi, aku melutut..
menadah tangan, mendongak ke langit..

"ya Rahman.. ya Rahim.. sesungguhnya Engkaulah permulaan n Engkaulah jua pengakhiran : yang mengkehendaki setiap kebaikan mahupun keburukan.. ku pohon ya Mujib, tempatkanlah aku dalam kalangan insan yang Engkau kasihi, jauhi aku dari perkara yang Engkau murkai n dari segala kerosakan fitnah duniawi..."


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

di antara tujuh golongan yang mendapat lindungan/naungan daripada Allah di hari kiamat kelak:

dua orang yang saling mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul n berpisah kerana Allah

ni salah satu golongan daripada tujuh golongan tersebut..

di sekolah dulu2 nu aku punya ramai kawan, 
dalam ramai2 depa semua tu aku punya kawan rapat, 
boleh kata "kat mana hang p, kat situ aku setia menemani" xD hekhek

bermula di kerusi sekolah *asyik bangku sekolah ja sebelum ni, kita trace bagi sedap sikit.
kami mula kenai ketika mana aku n dia mendapat pendidikan awal di Tadika KEDA Kampung Bendang Perang *nampak ganas kan nama kampung ni :D

dia selalu makan, mengaji sebelah aku.. n dia juga suka belek2 baju aku :')
kemudian, kami masuk ke alam ria sekolah rendah sama-sama..
kelas yang sama dari darjah satu sampai darjah enam..
meja, kerusi bersebelahan dari darjah satu sampai darjah enam..

nak taw macam mana punya rapat 
sampai Sir Rameshk Kumar, guru BI kami gelar kami belangkas.. asyik berkepit !
tapi semua tu suspended setelah kami mengakhiri zaman kanak-kanak kami di SK Jabi..
dia membawa diri ke SMK Sultanah Bahiyyah, sementara aku bermusafir ke SMA Islah..

lost contact *dulu xda lagi benda-benda alah macam sekarang
tup tup aku taw yang dia sekarang UMP's student ! *bachelor of civil engineering and environment  
what a pretty smart she has, engineer to be.. with Allah's will :')

Siti Norzaliah Mohd Hakimi <3

seterusnya.. melangkah aku ke alam keremajaan
ukhuwah kami mula membaja semasa di tingkatan satu..

dia kata dia suka aku, haha
sebab aku nampak ceria.. I'm wonder *_*

dia boleh taw sebab dia nampak aku dalam kelas 
waktu tu aku tengah buat lawak yang aku sendiri xtaw
di level apakah lawak aku itu >.<

bermula dari saat tu dia mula approach aku
n kami berkawan rapat sampailah ke tingkatan enam..
kat mana ada Mardhiah, kat situlah berdirinya Farhana :')

bercinta sakan di SMA Islah, 
kemudian aku n dia sama-sama berbulan madu di SMA Makarimul Akhlak
dua sekolah yang berbeza tapi cerita cinta yang sama, romantis bukan? ;p

tapi.. macam cerita Zaliah tadi, sikit..
lepas ja dari tingkatan enam, dia mengadu kasih di KUIN..
manakala aku mencari cinta lain di USIM, haha *exaggerate 

angka enam, sarat dengan kisah misteri..
mesti kisah cinta terputus tengah jalan, jumpa cinta baru..
oh, kehidupan..

Nurul Farhana Shariff <3

kekasih yang seterusnya..
aku kenai dia di semester dua, tahun satu..
selaku roommate yang agak bising dengan kicauan jenaka.

berasal dari Kg Jelor, Pasir Puteh, Kelantan..
tua tujuh bulan daripada aku.. orangnya comel-comel merpati :')

bermula dari semester dua sampai semester enam, 
kami melakar kisah kami tersendiri, cuma berdua..
dia suka apa yang aku suka, aku ikut saja apa yang dia suka :D

orangnya peramah, xreti nak marah orang..
suka bagi apa yang dia ada pada orang n semalam dia bagi teddy pink ! ^_^v
aku pernah merantau ke rumah dia nun jauh di pantai timuq sana..
aku pernah dibawa membonceng motor merentas desiran angin petang..

semuanya indah belaka bersama dia..
budaknya cerdik, genius, kreatif n pemikir yang luar biasa.. ini benar :)
n aku xtaw kisah aku n dia akan berakhir di mana..

Nur Hidayah Hussain <3