assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

 ibu: dah belajar taekwondo ka?

anaknya : ya, baru lepas latihan..

ibu: ibu xberapa setuju tapi abah bagi sebab 'awak' teringin sangat..

anaknya: hehe, awat ibu xbagi? n abah bagi sebab terpaksa ka?

ibu: sebab ada beberapa faktor yang xberapa elok untuk perempuan..

anaknya: ok lah, borang cheq xbagi lagi.. boleh ja kalau xmaw masuk, patut la cheq berlatih tadi hati xtenteram ja..


benar.. sepanjang latihan, banyak step yang ana xmampu nak ikut dengan baik.. ya Allah, besar redha seorang ibu itu.. kerana dia juga seorang ibu, maka ana redha lepaskan minat ana tu.. T,T

kemudian, ibu call.. cerita yang ni, terang yang tu.. berkongsi rasa di antara seorang ibu dengan anaknya.. berbual panjang.. tatkala merenung pada minat yang mendalam digandingkan dengan redha seorang ibu.. mana satu yang harus ana pilih..

merenung borang pendaftaran berwarna kuning.. terbayang wajah manis seorang ibu..


tidak.. redha ibu ku jauh lebih mahal dari borang ni.. deraian mutiara singgah di pipi..

taekwondo.. sungguh, cinta ku amat mendalam pada mu.. tapi sayangnya, xmungkin aku lebihkan engkau dari ibu ku.. redha ibu ku, cinta ibu ku amat mendalam pada ku.. mana mungkin aku sia-siakan perasaan itu..

deraian ayaq mata singgah lagi.. beratnya.. duhai hati, terus maju.. bimbinglah akal mu mengekang nafsu mu itu.. percayalah, kerana Allah menyayangi mu, maka dikirimkan ibu mu sebagai wasilah untuk menegur pilihan mu itu..


analogi buah durian.. selagi dia xgugur ke bumi.. selagi tu la kita xboleh pandai-pandai p kait dia untuk makan.. kalau xsabar sangat, nak petik n kait jugak.. mesti rasa dia xsedap langsung.. kena tunggu dia gugur dulu, baru la boleh makan, baru ummpphh..

ironinya kat sini, selagi xsampai waktunya, xperlu la tergesa-gesa.. kerana redha itu cuma dapat diungkap dengan kejujuran hati.. terus terang, n terang teruslah bahawa ianya xperlu terburu-buru..

lepas da buat keputusan xmaw join taekwondo.. perkataan pertama yang diungkap oleh ibu..


'' alhamdulillah.. alhamdulillah.. xpayah masuk nah.. jaga diri baik-baik..''

ibu terus ketawa kecil tanda syukur dengan keputusan ana.. 

ibu..
jika jalan ini yang boleh membuatkan ibu bahagia.. maka ianya memang layak untuk ibu miliki..
teruslah ketawa, teruslah tersenyum.. cuma senyuman itu mampu merawat keresahan ku yang berpanjangan..


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


tenang..
tenangnya hati xboleh di beli dengan wang ringgit..
tenangnya jiwa xboleh dipinjam oleh sesiapa..
tenangnya akal xdapat di capai dengan kekusutan dunia..

ya Allah, sungguh ku dapat rasai ketenangan itu tatkala kita bertemu.. cuma berdua dengan-Mu.. cuma kita berdua.. tiada tiga, tiada yang yang lain..

ketika aku tidur, Engkau selalu jaga n melihat ku lena.. ya Allah, romantiknya..
ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa lama.. terima kasih MY SWEETHEART..
ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali kepangkuan-Mu..
ketika aku sujud, Engkau hadir membawa ketenangan n harapan baru.. 
ku cium bauan itu, terus menyemarakkan lagi Cinta antara kita, cuma kita berdua.. tiada yang lain..


aku benar-benar tenang apabila dapat menyulam Cinta dengan-Mu..
cuma bersama-Mu..
bila keyakinan terhadap-Mu telah tinggi..
maka aku tidak takut lagi..
tidak takut mencari-Mu ketika susah..
tidak lupa memuji-Mu ketika senang..
n tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa n maksiat lama..


Sayang..
aku rasa tenang bersama-Mu..
n aku ingin kembali berjumpa dengan-Mu..
dalam keadaan yang Engkau redhai..
qabulkan doa ku, ya Rahman.. aku ingin kembali pada-Mu.. ingin sekali.. bawalah aku pulang..


'tidaklah Allah menguji seseorang hamba, melainkan hamba-Nya itu mampu menghadapinya'