assalamu'alaikum..^^

bismillahirrahmanirrahim.. 

Mak  : taw dak pasai apa mak sayang hang?

Anak : sebab cheq anak mak kan?


Mak  : mmm. ada alasan yang lebih hebat daripada tue.


Anak : apa mak?


Mak  : sebab boleh jadi hang lah penyelamat mak di kubuq nanti andai malaikat nak pukui 

          mak.

Anak : mak nii. jangan laa cakap macam tue.


Mak : jadi anak soleh/ah nah. mak nak-kan doa hang di sana nanti.



lantas mak itu mengalirkan ayaq mata cinta T_T


p/s: lima minggu lagi ! nantikan kepulangan anak mu di muka pintu itu. 0_-

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

bila ditanya dek cikgu n ustaz/ah dalam kelas suatu ketika dahulu.


'' rogayah, bangun. apa hobi kamu ? ''


bangun dalam keadaan sedikit terpinga-pinga teruja, ekseted sebab cikgu ingat nama kita.


'' hobi saya membaca, cikgu ''


membaca, bukanlah satu hobi tapi ianya merupakan satu perintah n keperluan. seperti mana Jibril mengulang perintah ' iQra ' kepada Rasulullah s.a.w. adalah aneh apabila dikatakan '' hobi saya adalah membaca ''. boleh diumpakan sepertimana kita mengatakan '' hobi saya adalah minum ayaq '',  isn't it ? ^_~



n ada jugak tafsiran mengatakan membaca ni bukan sekadar yang kita paham dalam konteks seperti membaca buku, tapi membaca dalam melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. mentadabbur ! seperti mana Nabi Ibrahim a.s merenung kekuasaan Allah yang ada pada alam ni, itu juga dikira membaca, bukan ? 


p/s: hobi, benda yang selalu kita buat sebab kita suka n da jadi satu habit. n kebarangkalian kita nak tinggai pun AGAK tinggi kalau kita da jemu. manusia ni kan cepat berubah. manakala, perintah pulak merupakan satu arahan n perlu kepada pelaksanaan. contoh seperti solat, puasa, haji etc. 



assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..





- hati makin sensitif apabila makin tua -


it is true !


and I wonder why ?

--,


p/s: masih dalam tanda tanya =.=

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. entry kali ni bukan ana nak cerita pasai kematian. walaupun hati ni tengah melompat keriangan sebab nak start sem baru, tapi hati ni jugak xboleh nak bohong yang dia tengah menangis guling-guling sebab perpisahan kecil akan berlaku lagi. isk. isk. isk. 




genap sebulan bercuti kat kampung. genap sebulan mencipta memori dengan keluarga n orang-orang kampung. genap sebulan mencari sesuatu yang 'baru' di kampung. genap sebulan bina badan semangat baru di kampung. genap sebulan...*masukkan dialog anda sendiri


selalunya kalau ana balik, macam biasa la kaum-kaum ibu ni. bekalan makanan, minuman, pakaian semua diiring balik sekali. kalau balik ke kampung dengan tiga beg, secara automatisnya akan menjadi enam beg apabila hendak pulang ke kampus. kena pulak saiz XS macam ana ni, senget-senget badan dok tanggung beg sorang-sorang kat KL Sentral nak ke Nilai. bab kewangan tue, da menjadi tanggungjawab Menteri Kewangan dalam rumah, kaum ayah. 


yang paling heaven nak tengok ana balik, si bongsu *tahun depan darjah dua. kalau dia taw ja ana da beli tiket nak balik Nilai, dia da simpan dalam his invisible calendar. untung jugak laa, ada orang dok ingatkan, xda la ana kelam kabut nak pack barang last-last minute. dia bukan syok apa pun, syok boleh tengok train. apa daa. kita dok touching nak kena pisah dengan mak abah, dia dok excited nak tengok train


tapi kali ni, ana nak balik dia ada bagi bekal jugak. bapa kali da ana ulang alik, ni baru kali pertama ada goodies dari dia. dalam kami asyik bersembang-sembang pagi tadi, dia dok asyik mewarna, sesekali tue ada la jugak soalan KBKK dia aju buat mak ana. 


lepas tue, dia p capai gunting kat mesin jahit mak ana. *apa benda pulak la dia nak cetus kali ni. 


tadaa.. ni dia goodies tue, haha. sekali tengok memang nak terburai usus-usus dok gelak. dua kali tengok, sedih jugak. budak baru mawu pintar melukis sama mewarna, agak kejam si kakak mentertawakan adiknya. 



sejak dia da kemaruk dengan game angry bird yang ana ternak dengan jayanya dalam laptop antik ni, kerja dia dok melukis tiap-tiap ekoQ burung tue. 


'' along nak yang mana ? yang merah ka, kuning ka atau yang gemuk ni ? '' *gemuk tue, merujuk kepada si burung berwarna putih yang mengeluarkan teluQ yang amat berkuasa tinggi letupannya.


'' nah, amik yang ni adik bagi. bawak balik Melaka '' 


terdiam seketika. xrasa sayu pun, jauh sekali nak menangis hiba kat depan dia.


'' sejak bila kampus aku mula pindah p Melaka, n sejak bila aku dimaklumkan yang aku ditempatkan di Melaka '' *monolog sensorang.


kesian hang dik, muda-muda da kena penyakit 'confuse' di tahap yang masih boleh dikawal lagi. -.-'



anyway, dia tetap adik ana yang terbaik, walaupun mulutnya yang agak bising n kenkadang agak annoying jugak. bab duit, dia sangat pemurah. tabung tu, sesi pagi dia simpan. sesi petang sudah mula menampakkan aliran keluaQnya secara berkadar. tapi, ana xkan sesekali memarahi dia, jauh sekali membentaknya. yelaa, salah ka adik nak belanja kakak dia makan ais krim ? >,<  ?&%$#@!

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

- never give up on anybody, miracles happen everyday -

alhamdulillah, alhamdulillah n alhamdulillah. Allah tue sentiasa ada buat ku, kamu, dia, mereka, kami n kita ! yeah, kadang-kadang kita ni xberapa nak sedaq. oke, done ! xpayah nak panjangkan muQaddimah sebab ni bukan page wikipedia, ensiklopedia@keturunan yang sewilayah dengannya. 


Usimians punya cerita. semalam result keluaq. pagi semalam, iron baju untuk selinap masuk kuliah dengan kawan di KUIN. tempek bedak comot-comot. berjalan ala-ala minah kangkung ke laptop. buka mukabuku, tengok kot-kot ada the latest berita mengenai result. ada ! tapi dijangka result akan keluaq malam@keesokan harinya. sempat tengok PNGK, alhamdulillah ada peningkatan. ignore ja, malas nak kira-kira lebih untuk taw bapa PNGS, nanti xsurprise pulak. tutup laptop, bertolak ke KUIN. 

masuk kuliah fiQh mu'amalat dari pukul 1.30 petang hingga  2.30 petang, then balik rumah. seusai solat, buka mukabuku sambil tunggu bilal masjid seru untuk solat asar pulak. dup dap. dap dip. dop dup. hati mula bergendang. nah ! result da keluaq pun. yeah, sungguh gembiras + kecewas. ana lambat taw ! T_T

pulun dok login, macam nak putus urat jari dok tekan keyboard. 

ouh, ewadi. stop bullying me, you just a system. a system, I repeat ! *dengan harapan sistem tue boleh paham perasaan ana saat tue. =.=' 



dok mencuba n terus mencuba nasib. bilal dah panggil. tutup laptop, solat. seusai solat, siap-siap nak p beli ais kacang. saja nak pujuk hati balik. 

diringkaskan cerita, pukul 1.40 pagi baru boleh masuk. alhamdulillah, benar-benar menguji. jantung dok exercise pulak pagi-pagi ni *sambil kesat peluh di dahi. diamlah kejap, macam mana nak teruskan kalau awak tue asyik berlari, penat taw.

bila da 'klik' ! terus tutup muka, xmaw tengok. mencemaskan ! 

mula buka mata sikit demi sikit dengan mulut terlopong. 11 subjek include koko, BSMM. belek-belek setiap row. alhamdulillah ! pusing ke kiblat, sujud syukur pada-Mu. atas segala cintaaa. ketika cinta bertasbih. *cuma selingan. dengan nada sedikit histerianya, jerit panggil mak n abah, then kena marah sebab terjerit pagi-pagi. cukup bahagia, ahah. :D

ironinya, alhamdulillah. ada peningkatan dalam result di setiap sem. insyaAllah, ana akan cuba untuk terus istiqomah walaupun peningkatan tu laju sikit ja daripada ayaq mata anak dara putus cinta. menjadi nombor satu (terbaik) adalah lebih mudah berbanding terus mengekalkan nombor satu (terbaik), bukan ?

pesanan akhir, ingatlah. gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. yang penting amalan-amalan kita yang akan diuji di akhirat kelak jangan terkandas. seimbangkan dunia n akhirat, wasatiyyah. ambik dunia sebagai wasilah untuk berjaya di akhirat. letakkan dunia di dalam genggaman, sematkan akhirat di hati sebagai matlamat utama kita. bittaufiq wannajah buat sahabat sahabiah. 


p/s: bukan Allah xmaw bagi kejayaan tue buat kita, tapi Allah 'simpan' kejayaan tue untuk kita pada masa yang akan datang. bila kata macam tue, jangan la pulak sisihkan usaha n doa tue. seiringkan keduanya, oke. >_< n sorry, penulisan agak caca merba sebab ana mengantuk.


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

ada beberapa golongan yang dok pandang remeh bab aurat ni. ada golongan yang memang xtaw langsung n ada golongan yang taw tapi memilih untuk berada dalam kejahilan. oke, jom ana nak bawak anda semua explore satu benda ni, 'kira-kira'. ada terbaca daripada satu artikel n saja nak share kat sini. 




.: muhasabah :.

sehelai rambut yang dilihat oleh seorang yang BUKAN mahram = menjadi seekor ular yang mematuk kepala kita. *na'uzubillah

2 helai + 3 orang = 2x3 = 6 patukan
10 helai + 7 orang = 10x7 = 70 patukan
1000 helai + 70 orang = 1000x70 = 70 000 patukan
.... semua helaian rambut + semua lelaki bukan mahram = ?? patukan

jagalah auratmu wahai wanita, ayuhlah sama-sama melaksanakan anjakan paradigma ke arah membudayakan Islam dalam kehidupan. 

p/s: sama-sama kita muhasabah, bukan niat ana nak condemn mana-mana pihak. sebab ni arahan Allah Ta'ala, maka kita perlu kisah. 
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

maddah untuk sem IV sesi 2011/2012


1) AKHLAK DAN TASAWWUF 
2) KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA 
3) UNDANG-UNDANG KOMUNIKASI 
4) BAHASA ARAB KEMASYARAKATAN DAN KESIHATAN 
5) PERKAMUSAN ARAB DAN PERPUSTAKAAN




sikit kan, sikit. rasanya sem ni jam kredit yang PALING sikit berbanding sem-sem yang da lepas. 14 jam kredit. sem lepas PALING tenat setakat ni, 23 jam kredit, haru biru jugak. kelas memang fit xpayah cerita. 

benar ?

agak laa. ada jugak tutor yang xda. lenggang ja pun. ihik *sampai kelas TadhawwuQ Adabi terlewat sokmo jugak. tetiba satu pagi tue, ana lebih awai dari Ust. 
Ust bersuara '' masyaAllah, al-yaum enti mubakkiran '' 

pandang Ust. senyum. *Ust da cam muka-muka yang selalu lewat rupanya. -,-'

InsyaAllah, sem ni ana akan cuba mengawalkan kehadiran diri ke bilik/dewan kuliah. memandangkan jam kredit xberapa nak tenat sangat. so, xda alasan nak lambat lagi BUT bas yang lambat. 


p/s: doakan kejayaan bersama. no matter how far you gone on the wrong road, turn back. kesilapan tue merupakan guru yang terbaik. belajaq dari kesalahan. datang awal. datang awal. datang awal. -.-'



assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

hari yang sangat menceriakan. Feb 12, 2012. xmerancang, xbercadang, jauh sekali mengimpikan. semua ni Dia yang tentukan. 



10.30 pagi - naik bas menuju ke Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ). tengok-tengok kawasan, rasa macam foreigner pun ada, da lama xtatap anugerah Allah ni. cantik. 


11.00 pagi - tiba di medan selera, bukan p makan. berjalan-jalan kat taman, macam orang asing. cari rumah sewa kawan. 15 minit dok terintai sana sini, akhirnya. I arrived there. :) alhamdulillah.


11.15 pagi - dok santai-santai n makan-makan kat situ. mesej berguni-guni masuk tanya '' bila nak mai sini ''. baru nak amik nafas sikit, puas mencari rumah kat situ xcukup oksigen kot dok pusing sana sini. 


12.00 tengahari - berjalan ke kampus KUIN. damai yang ku rasa. seronok rupanya hidup dalam masyarakat taman ni. *konon ja, walhal bukan ada orang pun. 


12.15 tengahari - sampai di kampus. terus ke library depa. 'misi bermula' ! 


1.30 petang - jumpa kawan lama, Afiqah. :) cik Piqah, ana taw enti akan baca entry ni. seronok dapat jumpa enti, malu pun ada bila da lama xbersua ni. sampai xtaw nak sembang apa ;) hopefully, pasni kita jumpa lagi. I'll mis you, dear :) 


sampai ja saat ni, ana da mula buntu. Omaq ajak join kelas dia pukul 3 petang. nak ka xnak. lepas terumbang ambing dok pikiaq, daripada dok melangut saja, ada baik jugak ana terima suggestion dia. 


lebih kurang camni la semalam, hihi
sambil dok tunggu nak masuk kelas tu, dok pusing sana sini. cari kot-kot ada kawan lama duduk sekelas. masih xjumpa. duduk bawah pohon rendang depan kelas D1-4. kebetulan, ada dua orang muslimat ada kat situ. mula la buat ramah konon-konon boleh berkepit dengan depa dalam kelas nanti. ngee~ 


alhamdulillah. bila da masuk kelas tu, jumpa dua, tiga orang kawan lama. hehe, akhirnya. xda la rasa janggal sangat. kelas Tauhid, Ust Nazari. orang Langkawi kot, sepanjang kuliah Ust rajin sebut pasai Langkawi eg: nama tempat, sejarah yang berlaku etc. tapi enjoy la, Ust selalu buat lawak. 


dalam Ust dok explain pasai ilmu Tauhid tu, Ust dok tengok muslimin. pastu Ust kata kat sorang ikhwah ni '' hang ni buat aku confuse la. hang dok kelas A kan. patut aku dok tengok dari tadi macam bukan budak kelas ni ''. 


ana da mula gelabah dah. buat Ust tanya satgi, habis laa. ada jugak Ust dok lilau saff muslimat. langkah berjaga-jaga supaya Ust xsyak kehadiran ana tanpa permit yang sah, ana buat muka confident ja. Ust tengok, ana tengok balik. haha. 


satu jam setengah dalam kelas tu, bila pikiaq-pikiaq balik. seronok jugak ya masuk kuliah orang ni. hihi. pengalaman yang sangat bermakna, dengan buku n pen pun pinjam kat kawan. masuk buat muka xbersalah ja. huhu *dengan harapan nak buat lagi bila balik kampus nanti. buat sapa-sapa yang perasan ada stranger dalam kelasnya/dewannya nanti, diam-diam udah ler. bukan nak kacau, ana cuma nak belajaq bersama anda :)



p/s: xsalah kan kalau budak Fizik masuk kelas budak Bahasa Arab nak belajaq Nahu. indeed, ilmu itu juga milik-Nya, bukan ? jadi, jom kita meng'imarah kelas/dewan orang lain jika berkelapangan. cadangan dari saya, si pencinta ilmu *konon :p

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


once you lose someone, it's never exactly the same person who come backs



assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..




ukhti ku sayang..


berlaku adillah terhadap dirimu sendiri, bila kamu menyeru orang lain untuk bersangka baik pada orang lain, maka dirimu terlebih berhak untuk bersangka baik pada orang lain, tika kamu menyeru orang untuk memahami pendirian n gaya fikirmu, maka kamu terlebih dahulu perlu memahami gaya fikir orang lain.


 [seek first to understand to be understood]



p/s: muhasabah hati :)


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..





seorang Ikhwan berkata :-


Aku cemburu melihat WANITA
Kerana WANITA sering dijaga dengan RAPINYA !
Banyak HIKMAH andai AURATnya terjaga,
Banyak LELAKI yang sudi menjaga WANITA,
Banyak UNDANG- UNDANG melindungi wanita,
Banyak SYURGA tercipta untuk WANITA,
Hanya menjaga 4 perkara WANITA boleh masuk mana-mana PINTU SYURGA,
Jaga SOLAT, jaga PUASA, jaga KEHORMATAN diri, n taatilah SUAMI tercinta,
Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai seorang WANITA.



p/s: hebatnya aku, engkau dia n mereka. :) 


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..









dok imbas balik kisah muda-mudi dulu, senyum sensorang. belek-belek slip UPSR, 3A1B1C. patut la xleh jadi doktor, math C. haha.. nasib badan, cangkul tangan kiri, kertas bertulis 'doktor' tangan kanan. p belakang rumah, korek lubang n semadikan dengan aman impian tue, huhu T_T *walaupun xbapa nak ikhlas buat macam tue.

dua subjek yang xpernah dapat A sepanjang fatrah imtihan yang da dilalui, sejarah n math. susah kat mana pun, xtaw laa. minat kot, sebab aku xminat nombor. minat al-Khawarizmi, tapi xleh nak jadi macam beliau. sedih sangat. nasib baik SPM naik sikit pangkat tue, naik pun setakat B ja laa, xdapat jugak A. memang bukan rezeki aku nak hidup dalam hospital. kot. ada jugak yang suggest, pilih la calon suami nanti dalam kalangan doktor, dentist pun ok jugak. ke situ pulak -_-' kalau jadi isteri doktor pun, belum tentu dengan 'gelaran' dia tu dapat tolong aku jadi doktor, sama sepertinya.

habis kuat pun, bila ditanya nak jadi guru x ? nanak ! tapi bukan guru bahasa Arab, bukan guru geografi, jauh sekali guru matematik. guru sains, xtaw nak habaq macam mana, dari darjah 1 sampai lani memang obses sangat dengan sains, kalau ada yang dok cari guru sains, mai la jumpa aku. free of charge ! xmintak habuan pun, cuma nak perturun ilmu, nak habaq pada dunia bahawa sains ni sangat mudah. semudah A, B, C. *wah, konon. ibn Sina, tokoh yang sangat-sangat aku minat.

dari minat tue la yang dok dorong aku sertai PBSM, belajaq pasai bantuan, kecemasan, rawatan etc. pokok pangkalnya, berkait dengan sains. sebut pasai PBSM ni, teringat la satu cerita ni. sekolah rendah dulu, kelab, sukan n permainan n badan uniform cikgu yang tetap, berlainan la sekolah menengah pakat cerdik belaka, maka pilihan dihujung jari masing-masing semudah 1, 2, 3. tehee.. 

dapat pulak aku terpilih dalam kelab bahasa Melayu *memang aku minat bahasa, jadi xtimbul konflik di situ. alhamdulillah, sepanjang exam muda-mudi dulu xpernah dapat selain daripada A. kalau dapat B, confirm migrain seminggu. p sekolah cakap merapu meraban rata.  pernah dapat B, waktu STA (SIJIL TINGGI AGAMA). bukan buat karangan/soalan pemahaman apa pun, soalan STPM punya. belajaq pasai asai kedatangan bahasa Melayu, rumpun mana, pecah bapa adik-beradik. tue kena ingat sejarah bahasa Melayu, memang secocok la aku dapat B. da xboleh jadi lawyer. done !

sukan permainan, sebab aku dulu nampak baik n penyantun kot. maka, cikgu letak nama aku dalam kelab dam n catur. nak teriak la jugak, dok main catur dengan pak cik pun asyik kalah memanjang. dam ja boleh gagah menang pun, tu pun sebab lawan dengan adik, dam ular pulak tue, memang wirawati la masa tue, huhu :p memang xsesuai dengan jiwa aku, terus terang cakap aku dulu dok main 'tuju tin' dengan budak laki, ada la jugak perempuan dalam 5, 6 orang. lani suma da berjaya, alhamdulillah. ada yang kawin n beranak dah, yang masih menuntut pun ada di UiTM, UM, IPG, POLI n paling latest ni, kawan sebaya memerangkap anak menakan sendiri, dok kat India amik dentist. buas-buas kami dulu, pelajaran xabai. lepas kelas fardhu 'ain, balik salin baju keluaq main, malam kami belajaq. alhamdulillah, bangga dengan depa semua. :) dari situ la, aku amik inisiatif p tukaq sendiri kelab aku. p masuk netball club, huhu. attendance jangan cerita laa, cikgu ingat aku asyik ponteng walhal dok dalam kelab lain. hee~ alhamdulillah, setelah menjalani beberapa proses evolusi, akhirnya nama lekat jugak dalam netball club. alhamdulillah, kekal sampai ke form 6 dok keja melompat tengah panas, tapi seronok. n da pernah ke banyak peringkat kecuali kebangsaan, xsanggup den. tengok player suma pakai skirt pendek dok melompat, xsesuai dengan jiwa. cukuplah setakat yang ada, main pun main jugak, aurat jangan dok jadi caca merba. haaii..

n last, badan uniform. macam kat atas tadi, sifat kesipu-sipuan aku dulu membuatkan cikgu ni sangat prihatin dengan aku. dinobatkan aku sebagai salah seorang ahli dalam Pandu Puteri, kemudian gubal kepada Puteri Islam. alahaii, sekali lagi aku ketawa kecil. nak tukaq sendiri lagi ka ? anak guru besaq pun xamik langkah macam aku buat ni, huhu. tapi benda yang sama berulang sekali lagi, aku masuk PBSM dengan sendirinya. attendance aku dalam buku rekod kehadiran Puteri Islam, teluq puyuh. nakal betoi laa, masuk PBSM tanpa permit/secara haram n tercalon jadi AJK pulak tue walhal nama xda dalam list pun, bukan member pun. lepas cikgu panggil nama sorang-sorang, dapat dihidu yang nama ku n sahabat karib ku ketika tue, Zaliah xda dalam list. huhu, kami da macam perunding yang terlatih, ntah mai dari mana kudrat masa tue aku p habaq kat cikgu xmaw masuk P.I tapi nak masuk PBSM. cikgu mula tue bertegas jugak, tapi kami guna jugak kuasa bebas bersuara kami, last dapat jugak membership. bila pikiaq balik, malu pun ada. umpama p rumah orang mintak beras, orang xbagi tetap tegar kat situ dengan 1 matlamat, nak beras. 

riang berterbangan atas khidmat dua sayap pada saban hari, bila mana tiba pada satu destinasi yang meletakkan syarat supaya terus ke destinasi lain tapi menggunakan satu sayap. mampukah ? boleh, tapi lambat, akhirnya.. kecundang. macam tue la analogi diri aku ni, da terbiasa aktif sana sini di rumah bila mana p sekolah aku kena jadi budak pasif, indeed, i can't do it. jadi, sebab minat aku yang mendalam dalam sesuatu bidang tue, xkira macam mana cara sekali pun. aku akan cuba n terus mencuba hingga ada dalam genggaman. 

you are like an eagle, if you don't spread your wings you won't know how high you can fly, kata-kata sir aku waktu sekolah rendah darjah 5, salin dalam buku, hafaz, amal n conteng dekat dinding lantas membuatkan mak aku marah dengan jayanya sebab penuh dengan hasil karya aku yang xterkawal pada waktu tu yang memenuhi ruangan kosong di suatu sudut dalam bilik, haha. almari pun penuh, conteng pakai marker pulak tue, permanent pulak tue. huhu. heaven laa, time tue jelaa. pastu amaran keras telah dikeluaqkan, kalau conteng lagi tidoq luaq, bukan luaq bilik tapi luaq rumah. tehee~ oke, nama sir aku tue sir Rameshk Kumar ; cikgu B.I. garang xpayah sembang, kalau xbawak buku include terlupa, tetap kena rotan. dia bagi buat karangan n kena hafaz, kalau salah 1 huruf ja, kena denda tulis semula perkataan tue 100 kali. satu huruf, bukan satu perkataan. contoh, aeroplane kita terlupa 'e' so, akan jadi aroplane, kena tulis balik 100 kali spelling yang betoi punya. haha. kalau kami semua xpernah rasa tue, bohong sangat laa. dari situ la, aku dapat improve banyak vocab, grammar, spelling include pronouns segala dengan baik, alhamdulillah. 

kadang-kadang sir ada mintak jugak khidmat aku n kawan-kawan aku time tue Azie, Zuraini, Zurianie, Najwa, Zulaiha marking exam paper. untungnya, kami terlebih dulu dapat taw markah kami n kawan-kawan lain disamping bergumbira menjamu selera, sir belanja makan, haha. lalala~ bila pikiaq balik, seronok ooo.. kadang-kadang sir upah duit. untung leerr. :D 

merapu meraban rata da ni, nak habaq pasai sains ja melarat p cerita rata. memori, indah sungguh saat bergelar seorang pelajar, pelajar sekolah rendah dulu. ni xmasuk cerita sekolah menengah lagi, lagi banyak kisah kasih yang aku cetus. huhu *konon

so, seperti yang dimentioned pada title, jangan baca. arahan dari pihak penaja, tapi masih dengan sifat ingin tahu yang mengajak anda sampai ke saat ni, masih membaca hasil nukilan ni. kan da buang masa, xda apa pun. cerita dahulu kala ja semua ni. n di atas keprihatinan anda yang sangat tinggi, sejuta penghargaan dikalungkan, tQ ! *actually, malas nak taip dah. huhu


p/s: hari ini dalam sejarah. nope ! hari-hari adalah bersejarah. ;)

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim.. 





- Bunga Sang Mujahid -


Aku petik bunga yang indah ini,
Agar ia hiaskan taman sanubariku,
Wanginya semerbak dalam kamar hatiku,
Cantiknya berseri dalam hari-hariku.


Saat aku melamar kamu dulu,
Senyum ayu kamu berikan,
Bergetar jiwa aku tika itu,
Membara rasa cinta ini.


Aku ingat lagi tika itu,
Setelah kamu halal aku miliki,
Tangis syukur yang kamu hadiahkan,
Sekali lagi kamu senyum kepadaku,
Bergetarlah jiwa aku melihatnya,
Bahagianya bukan kepalang.


Oh bungaku,
Kamu tersangatlah indah padaku,
Sentiasa kembang mekar,
Durimu tidak pernah melukakan aku,
Harummu menyenangkan perjuanganku.


Wahai bidadariku,
Api cinta yang kamu nyalakan ini,
Semarakkan lagi semangat dakwahku,
Sabarnya kamu menemaniku,
Di bawah sayap ini kamu setia menunggu,
Pengorbananmu sayang, aku hargai.


Kejelitaan isteriku tidak bisa digambarkan,
Aku lindungkan ia di sebalik purdah sutera,
Dengan taburan warna merah jambu,
Agar jelitanya itu menjadi santapanku seorang,
Tidak mahu aku kongsikan itu,
Kerana ia begitu istimewa padaku.


Bunga Sang Mujahid ini,
Dihinggap rama-rama Iman sentiasa,
Madu solehahnya jelas terasa,
Embunnya mengalir seinfinitinya,
Cintanya ia pada yang Maha Esa,
Dengan taat padaku mujahidnya tercinta.


Keikhlasan cinta kepada Allah,
Kamu buktikan dengan mentaati aku,
Sungguh bungaku yang indah,
Kamu hadiah Allah yang istimewa,
Hadirnya kamu bisa menyembuh duka,
Dengan cinta itu sebagai ubatnya.


Cintamu wahai bidadariku,
Bisa menikam musuh-musuh di hadapanku,
Bisa luluh jiwa-jiwa mereka itu,
Bisa membangkit nafsu jihad bergelora,
Tenang aku memegang panji tiada resahnya,
Barisan hadapan akan aku mara,
Syahid bahagia pasti aku buru,
Kerana adanya kamu menemaniku.


Bunga Sang Mujahid ini,
Akanku tunas ia sebaik-baiknya.



p/s: kerana solehah itu luar biasa ;)

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

- kasih n ingatan itu bukan sekadar di bibir -

seperti yang dijanjikan buat kengkawan n Keluarga Acacia, ni halaman rumah ana. nak tengok bendang kan, meh cuci mata kat sini. :)



tempat melepak petang-petang *1

tempat melepak petang-petang *2

bukan dok intai jiran, tapi dok ushar langit. xda awan :)


ni la rupa jelapang padi yang orang dok sebut tue, kecik-kecik dulu rajin dok main kawin-kawin kat sini, haha






sekian dulu kot, malas nak nak tunggu loading lama sangat disamping mengamalkan sikap berjimat cermat menggunakan kuasa broadband, ngee~ suma pic ni baru snap petang tadi, tue yang ada certain sawah padi yang sudah berjaya digilis oleh mesin padi. tQ, sudi buang masa di sini, huhu

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

- when writing the story of your life don't let anyone else hold pen except the Allah -

n hanya perempuan yang paham perasaan perempuan, ya kan ?

sesaat ana mendengar ceritanya..
lagi buat ana rasa dunia ni dipenuhi dengan orang gila.


jadi, jangan sesekali percaya dengan orang yang punya sakit gila nombor satu hingga sepuluh.
nanti akan memberi effect buat diri sendiri punya sakit gila nombor sebelas.

usah ditanya apa jenis sakitnya nombor satu hingga sepuluh.
kerana, itu hanya Allah n ana saja yang dapat tafsirkan.

sekian.
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim...

 - Islam lead the change -

sedaq xsedaq dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu. rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.

wajah yang dahulunya jambu sudah semakin layu. ini semua bukti bahawa kepesatan masa yang xmampu sapa-sapa pun mengawalnya.


dalam keadaan macam ni, kita sebenaqnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. kita memerlukan dahan yang sebegitu teguh n kuat kerana bukan hanya kita saja yang nak memautnya tapi mak, abah, rakan, teman n semua mereka yang xmahu terus tenggelam oleh tsunami masa yang menggila.

usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkannya. memetik kata seorang Murabbi tercinta, hanya jika kita paham apa makna dunia, maka xda langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas. Allahu Rabbi.. T_T

xterpikiaq nanti nak memiliki kereta mewah skyline atau lancer. xterpikiaq nak memiliki i-phone n xberminat nak kejaq chikaro cantik berdahi licin berpakejkan dagu yang runcing lagi. ini semua permainan dunia. 

sapa kata xmaw bercinta?

sapa kata xcemburu dok tengok kalian berpegang tangan n berpesta. tue xtermasuk bercumbu cendana kat bawah pokok pelam lagi. haha, dunia. dunia. 

cemburu, jeles. aku jugak ada nafsu, aku jugak ada cinta, percaya dak ?

aku ada hanset yang cukup kredit nak sms setiap masa. aku punya wang nak keluaq dating n tengok wayang. walaupun hanset aku murah n bukan i-phone tapi aku mampu bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. ya, aku mampu lakukannya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia !


cuma aku xmampu untuk menghina AGAMA. agama ku cantik, bersih, lengkap n indah. Tuhan ku n Rasul ku xpernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. cuma tue saja beza upaya kita.

ini saja yang aku xmampu melawannya tapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. cuma, aku berjanji andai sudah terlaksana akad yang penuh makna satu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku xpernah ternoda. laaagi indaahh.. O_-


pada Allah S.W.T tempat aku berpaut n berdoa, semoga terus melindung ku dari tsunami dunia yang kian menggila. semoga aku, kau n mereka terus berpaut pada dahan yang sama. insyaAllah, jom kita belajaq romantik dengan Allah.. suweet gitu.. :)

p/s: rasa kekok pulak nak menaip bila lama xlayan blog ni.. :p