assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..
sedingin bayu pagi, seindah mentari yang menerangi segenap ruang alam ini, kelihatan sekawan burung sedang bergurau senda di udara, semut-semut riang bertepuk tampar di tepi kaki lima ^^
ku mulakan pagi juma'at penuh barakah ini dengan kalam puji-pujian buat Yang Maha Agung. Robbi yassir wala tu'assir Robbi atmim bil khoir. kalimah yang ku ucapkan sepanjang perjalanan ku ke library. mudah-mudahan mendapat kemudahan serta kefahaman sepanjang sesi pembelajaran nanti. ameen ! ^^
alhamdulillah. ilmu Allah itu cantik sekali. sedikit sharing sebagai muQaddimah entry kali ni. lecturer ana ada buat Quiz, lebih kurang macam ujian personaliti diri la kot, nama dia Who You Are. divided into four characters :-
A)Togetherness
B)Emotion
C)Analysis
D)Motivator
boleh dikatakan ana ni seimbang kot. A n D. tu karakter ana. tapi ana ni fleksibel sikit. ana boleh jadi keempat-empat sekali. berlainan keadaan. based on situation. ana boleh jadi A bila mana berhadapan dengan orang yang sangat comel akhlaknya, cantik pergaulannya n so on. lebih tepat, orang jenis A ni suka berkepit dengan orang. hence, mungkin sebab ana suka berkawan dengan kawan-kawan mak ana. haha, pelik kan. jadi, ana rasa didikan orang-orang tua tue sangat ngam dengan ana n ana sukakannya ! ^^
ana boleh jadi B sekiranya berhadapan dengan orang yang agak strict n xboleh nak faham orang n yang suka membesarkan diri n sebagainya. sekiranya ada yang sebegini, ana lebih suka diamkan diri. biarkan mereka dengan kisah mereka. ^^
ana jugak boleh jadi C sekiranya ana berada dalam kuliah/majlis-majlis ilmu etc. kadang-kadang ulasan yang disampaikan xsemua yang dapat kita catch up, am I right? n satu lagi kalau ana keluaq berjalan-jalan. ana suka tengok gelagat orang, hatta haiwan-haiwan kat tepi jalan. ana akan mula berfikir n bermonolog sendiri. kenapa begitu, kalau dia begini apa akan jadi ? penat jugak nak melayan perasaan, sendiri tanya sendiri jawab ^^
ana jugak boleh jadi D bila ana balik rumah. =..= anak sulung, biasalah. berleter tue merupakan syarat sah untuk menjadi anak sulung. n ana suka mengarah adik-adik ana. mengarah pun bertempat jugak, xda la sampai kena berlari keliling halaman kalau depa xmaw belikan ana ais krim. apa yang ana buat adalah untuk manfaat bersama, insyaAllah ^^
oke, done ! kemudian, hati mula terusik. ya Allah, jiwa aku terasa kosong. aku perlukan khidmat nasihat, aku perlukan tiupan semangat. aku perlukan 'ubat' yang mampu menyembuhkan 'luka' ku. alhamdulillah. 30 minit bersama seorang insan yang amat ana hormati. lontaran semangat, titipan cinta, selembar tarbiyyah yang cukup membuatkan hati ana merasa tenang. dipermulaan kalam, terasa hiba sebak kerana rasa syukur masih ada insan yang mahu berkongsi rasa. hari yang sangat bermakna. mendapat semangat baru daripada orang hebat. Allahu yubarik fik, akak ^^
seusai dating. ana berkumpul semula dengan sahabat-sahabiah yang lain. kembali bercerita, saling bertukar pandangan. makan sama-sama, bahagia taw ! alhamdulillah, hari ni ana dapat banyak perkongsian ilmiah yang sarat dengan pengajaran hadiah buat si kecil ini, hati. ^^ indeed, rasa syukur sangat. sepanjang perjalanan nak balik ke hostel, sempat berborak dengan mak di hujung talian. rindu benar dengan gelak tawa mu, ummi. ^^
ya Allah, peliharalah diri ku dengan tarbiyyah-Mu. bentengilah diri ku daripada maksiat n kecantikan dunia. cukuplah dengan hadirnya insan-insan mulia disamping ku. syukur kerana Engkau hadirkan mereka dalam kehidupan ku. alhamdulillah. yaumul barakah ^^
sekian.