assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

kita selalu amik remeh kalau benda tue memang da menjadi ''trend'' dalam hari-hari yang kita lalui..


pakai baju pengantin, gaya nak peluk-peluk, bermanja-manja bagai, harus ada..*westernized, kebanyakan da nak ke arah tue..

*tarik nafas.. hembus perlahan-lahan

bilamana da ramai orang buat sesuatu perkara, even benda tue memang ''trang-tang-tang'' salah, lama-kelamaan xkan dirasakan salah sebab ramai yang buat..

bagi saya, gambaq yang sebegitu errr..gaya dalam kelambu, selayaknya disimpan untuk memori sendiri..

sebab boleh membawa kepada fitnah, bukan saja yang dalam gambaq, tapi si pelihat gambaq terutamanya muda belia remaja, uda n dara yang belum bernikah.. --,

oke-oke, fine..

nanti kalau saya kahwin saya nak photoshoot xpayah pakai baju pengantin..
pakai baju tradisional biasa ja, janji tutup aurat.. sambil main permainan tradisional.. hahahaii.. :') 


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


pandangan dilemparkan ke luaq jendela..
pejam mata.. letak tangan di dada.. sebut berulang kali..

'' Allah bersama ku ''

antara zikir yang ulama' ajaq untuk diamalkan..

الله شاهدي، الله ناظري، الله معي

kembali ''menatap'' usia empat tahun akan datang..
dimana aku nak melabuhkan impian ku di bumi China.. insyaAllah..

tapi hati masih berbolak balik..
bilamana ''terpanggil'' untuk meneruskan pengajian di India.. subhanallah..

pernah sekali sampai termimpi-mimpi.. -,,-'
ya Allah.. dengan jalan istikharah bisa menemukan jawapan di sebalik impian..

walau dimana aku ''dicampakkan''..
matlamat ku cuma 1..
buat ummah.. buat ummah.. buat ummah.. 

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

cerita semalam.. sambil menatap nota dengan jiran sebelah rumah..
alihkan pandangan ke arah dia.. mak ai, macam nak cari gaduh ja dengan nota tu..
dia punya renungan, seolah xpuas hati ja dengan nota tu..
bersungguh betoi dia baca..

tiba-tiba, dia bersuara..*hek, pembacaan yang bersungguh sampai otak ana pun dia boleh baca ka? -,-'

Naimah: Ayu, nak dengar 1 cerita dak?

Jiran Dia: herh? cerita apa Na?

Naimah: semalam Che Na kena ''tindih'' dengan ''benda'' tue..

Jiran Dia: hah?pukui bapa?

Naimah: pukul 1 lebih dah, Cik Bad xda semalam.. Na sorang je.. Na panggil pun bukan dia dengar.

Jiran Dia:  dah tue, Na buat apa je?

Naimah: Na baca ayatul Kursi dalam hati.. sampai pada potongan ayat له ما في السموات وما في الأرض.. Che Na kata kat ''dia'', bagi Dia yang ada di langit n bumi.. Tuhan aku ada pada semua, mu ado gapo? terus dia lepas.. 

Jiran Dia: Subhanallah..*muka penuh minat..

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

sesuci embun.. sesegar bayu di pagi Jumaat..
alhamdulillah.. masih dipinjamkan ''kehidupan'' buat al-faqirah..

bila ''hidup'' dalam fatrah nak exam ni.. ouh, sungguh menyesakkan ! -,-'
tak suka pada exam bukan bermakna benci pada ilmu.. 

menela'ah sambil dengaq qasidah.. strategi nak maqamkan syaitan-syaitan yang aktif bekerja..
rasa nak lelap pun tenggelam dek semangat menyumbangkan suara yang sumbang.. hekhek

Assalamu'alaika ya Rasulullah..
tiada hari yang paling indah
semerbak harum kasturi mewangi..
hari Isnin 12 Rabi'ul Awwal, Tahun Gajah
seluruh alam bersinar cahaya
lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah.. aku rindukan mu, Cinta Hatiku..

Assalamu'alaika ya Rasulullah..
air mata tiada akan tertahan, pabila ingat pada dirimu
indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam..
indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya
indah matahari Sang Matahari redup cahayanya
indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
indah rambutmu hitam ikal yang rapi..
indah matamu memancar sinar Cinta..
berseri mulutmu dengan kalimah Allah
gagah tanganmu menyantun setiap insan
kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan.. aku rindukan mu, Cinta Hatiku..

Assalamu'alaika ya Rasulullah..
apakah makna keindahan n kemewahan 
dunia yang ku miliki
jika kau tiada senyum melihatnya..
apakah makna kenikmatan syurga
jika engkau tiada dapat dipandang..
apakah makna setiap nafasku 
jika engkau memalingkan wajahmu.. sungguh, aku rindukan mu..
rindukan mu, Cinta Hatiku..


p/s: dalam usaha mengumpul koleksi qasidah dengan jayanya.. ^_^v disamping mengasah bakat suara n menghayati bait-baitnya..


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


cabaran tue jugak daripada Allah
maka, apakah yang xbaik buat insani?
melatih manusia supaya cekal
agar muncul mulia dalam peribadi, insyaAllah..

pp/s: salam imtihan buat rakyat bumi Usim ^^