assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

hati sedang berawan-awan..
alhamdulillah, hari yang dinanti bakal bersua lagi.. :')
balik kampung, esok !

seronok tu xtaw nak cerita.. subhanallah..
n orang yang paling seronok, mak abah definitely !
precious moment, weee ^-^

pastinya ada berbakul-bakul cerita nanti..
n sudah pasti jugak titisan xberwarna berderai lagi..
melihat pengorbanan daripada enche-enche n puan-puan lembu kat kampung TT.TT

meniti perjalanan dalam sebuah pelayaran.. pelayaran kehidupan..
menagih seribu satu pengorbanan..
tenaga, masa, harta etc..

apa yang dipersembahkan..
bakal terhidang dengan pelbagai kenikmatan.. Allah..
banyak hati-hati yang bakal tersenyum.. awesome, tahu ^_^v

persoalannya, apakah hati ini betah, tegar untuk menempuhnya berulang kali?
melukis garis-garis luka.. terhias parut-parut xberwarna..
tidakkah disana punya setitik belas?

tersenyum.. kerana aku yakin.. :')
yakin dengan qudrah-Nya.. pengorbanan itu indah andai Dia dijadikan sandaran sebenar..
berjalan aku pada-Nya.. berlari Dia pada ku.. Allah..

p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha dari ku, Nurul Mardiah bt Fadzil seisi keluarga ^_^v

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

kalau kita nak taw macam mana keadaan hati kita..
periksalah keadaan pemikiran kita..
samada positif atau negatif..

kerana keduanya saling berkait rapat ^^
hati merasa, akal berfikir..
n fikiran yang akan menentukan perasaan..

jadi, untuk mengawal perasaan..
kita mesti kawal pemikiran terlebih dahulu..
pernah dengaq kan kata-kata ni --> akal mendepani emosi ! am I right?

well done ! so, rasanya xda masalah dah lepas ni
nak pikiaq benda-benda yang xberapa ber-ke-penting-an gituu ^,<


n hari ni dapat hadiah sempena hari kelahiran..
yang bakal bertandang xlama lagi..
hadiah sampai dulu, ini sudah gojes ! ^_^v

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


lepas satu.. bukan dua..
lepas satu, satu.. 
ujian sem ni, fuhh.. hebat ! T.T

ada dalam seminggu dua baru ni
krew tv 3 mai kampus..
untuk ujibakat dai'e milenia under rancangan al-kuliyyah *bagi pencinta tv 3 mungkin taw kot -.0'

nak dijadikan cerita.. eheh
ana pun terkedek-kedek p ujibakat jugak..
dengan harapan yang memuncak nak taw, nak amik 'ibrah.. tu ja, xmaw cakap banyak..

sebelum ni just tengok dalam tv, sekarang nak cuba alami..
not bad, at least dapat jugak taw tahap n kemampuan kita untuk berkomunikasi depan orang n kamera..
n komen daripada juri pun membina ! 

oke, dah.. alhamdulillah, bila dapat belajaq/cuba sesuatu yang baru ni
n memang kita da lama simpan impian ni, rasa tu sukar untuk diungkap..
seronok, nervous.. ah, tu semua perasaan di permulaan langkah !

bila da lepas fatrah tu, ana kembali dengan tugasan harian.. 
seperti biasa, keluaq pagi balik malam.. hujung minggu xda kat bilik..
sampai laa satu hari.. jeng.. jeng.. jeng..

petang tu, balik dari kelas letih sangat.. so, xpikiaq banyak.. tidoq !
ada no misteri masuk, tapi xterjawab.. 

keesokan harinya.. 
tengah asyik melayan kelas nahu di pagi hari sambil mengunyah kerepek ubi..
tiba-tiba ''eh, no semalam ni.. kol lagi?''

''Nurul Mardiah bt Fadzil.. tahniah, dik.. adik terpilih sebagai finalis da'ie milenia al-kuliyyah.. adik datang ke sri pentas tv 3 jumaat ni ya, first floor..''
sungguh, tangan kaki ketaq.. terus peluk kak Farah kat sebelah.. 
ayaq mata keluaq, xpaksa pun..

ya, mak.. kena bagitau mak..
cakap dengan mak dengan teriak-teriak semua..
''haa, dah tu macam mana ni.. gatai lagi cuba'', kata mak..
''cheq main-main ja.. nak amik 'ibrah..'', kata anak kepada mak tadi..

tiga hari macam orang hilang anak.. seolah hidup dalam dunia sendiri..
setelah mendapat nasihat daripada pelbagai pihak, akhirnya.. 
buat keputusan untuk xp.. alhamdulillah, memang kusut usus bila hidup dalam situasi macam ni, cabaran..

waktu balik dari kuliah, dalam bas.. 
berdialog dengan hati..

ana: kuat sungguh ujian ni.. apa pendapat kau, duhai hatiku..

hati ana: amik hang Mardiah.. dulu pandai sangat dok cakap bab wala', patuh, taat, setia pada arahan pemimpin.. Allah sedang uji apa yang hang da cakap.. nak tengok sejauh mana amali hang terhadap teori-teori hang dulu..

ana: ermm, betoi.. xkan lengkap sesuatu perkara yang baik tu hanya sekadar teori tanpa amali yang akan disempurnakan dengan istiqomah.. jadi, apa yang nak disedihkan.. cuma ganjaran dunia.. kata nak terkenal di langit, so? ^_^v

hati semula: yeah ! ingat, ujian adalah bentuk kasih sayang Allah.. :')


p/s: tenang sekarang.. ana da pilih jalan yang betoi, isn't it? :') alhamdulillah..

assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..


tatkala mana siang mula melabuhkan tirai..
senja mula menyingkap tabir baru.. 
subhanallah, lawaa ^_^

duduk menatap keajaiban tu..
adakah esok masih ada buat ku, ya Allah..
disamping ditemani oleh Encik Love Letter, awesome tahu !

ketika ayat-ayat al-Hujurat meniti di bibir..
Allah, sungguh xdiduga..
satu lintasan menyentuh lembut permukaan qalbi..

''aku nak jadi hafizah''
hati membisik sayu, alangkah indahnya hidup dengan para huffaz..
n lagi indah jika aku mampu melahirkan para huffaz nanti..
Allah.. sama-sama riang mengalunkan ayat-ayat suci-Nya..

moga Allah memimpin aku di sepanjang jalan ni..
ya Allah, kuatkan hamba.. 

p/s: extending study? sesungguhnya, ana xsuka buat pilihan !  huuu :'(

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

 
kaki melangkah lesu menuju ke bilik mesyuarat..
fikiran kian kusut, rasa macam nak terkulai di bawah terik mentari..
beraneka persoalan mula bermain-main di kepala..

ya Allah, sungguh.. aku cuba menahan rasa hiba ni..
kuatkan hamba, ya Allah.. hamba lemah tanpa perhatian-Mu..
cuba menahan sebak.. teruskan perjalanan..

26 Zulkaedah 1433, Jumaat..
aku memandang kosong kertas di tangan.. fikiran jauh menerawang..
kalau la mak ada saat ni, mesti mak da pujuk.. TT.TT

tanpa disedari, titisan tu menitis lagi..
ya Allah, aku cuba menjadi hamba-Mu yang tegar dengan ujian ni..
namun, aku tewas.. tewas dengan ayaq mata sendiri..

*tik.. tik.. satu mesej masuk..

i)
''ya Allah, permudahkanlah sahabat yang ku kasihi ini menduduki imtihan dunia-Mu.. Jadikanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redha-Mu.. Dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmu-Mu.. Terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaan-Mu.. Belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selain dari-Mu.. Wahai Allah Yang Maha Pengasih, ku rela cagarkan ''satu-satunya simpulan ukhuwah nan rapuh ini'' andai ia mampu menjadi mahar agar sahabatku ini layak mendapat perhatian-Mu.. kerana ku tahu tiada yang lebih membahagiakannya melainkan KEJAYAAN DI ''JETI'' PERSINGGAHAN INI untuk dibawa pulang ke kampung akhirat kami''

ayaq mata kian laju.. dalam cubaan mengawal perasaan..
ya Allah, si dia sedang memerhatikan aku rupanya ! TT,TT

aku alihkan semula perhatian pada kertas tadi.. 
kemudian, mesej kedua mengetuk..

ii)
sedih ;( tengok ayu.. selalu :D hepy

lantas mulut ku kunci rapat.. esakan kecil mula kedengaran.. 
Allah.. Engkau berikan aku ujian n Engkau kirimkan aku sahabat yang HEBAT !
keduanya simbolik dengan kasih sayang-Mu.. aku disayangi ! Allah.. 

selang beberapa minit kemudian, mesej baru masuk pulak..
sender yang berbeza.. n dia bukan disamping ku pada ketika tu..
yang anehnya, seolah dia taw yang aku tengah menangis.. o.O kuasa Allah !

iii)
salam, ayu all the best in your life, la takhaf wa la tahzan innallaha ma'ana (>_<)

iv)
ayu yang k.farah kenal seorang yang kuat semangatnya.. tetap pendiriannya.. dek kerana itu ayu jadi insan terpilih disisi-Nya tuk jadi lebih kuat.. ayu kuat..

v)
Binalah taman dengan syurga di hati agar hati diselimuti kedamaian dan ketenangan, mulalah memburu siang dengan nama Allah dilena malam dengan berbantalkan kalimat-Nya, baca al-Quran dengan terjemahannya, tunaikan solat wajib dengan solat hajat, juga pohonlah agar diberikan jalan lurus dalam meniti kehidupan, jadilah seperti mata air yang xpernah berhenti melepaskan airnya ke sungai tanpa mengharapkan air itu kembali.. jadilah bak mentari yang xpernah berhenti memberi cahaya tanpa minta mengharap cahaya itu akan kembali sebagai balasan.. salam sayang.

vi)
kadang-kadang HATI merintih derita.. JIWA menangis sedih.. AKAL mengeluh letih.. namun hakikat hidup xkan berubah.. yang perlu diubah adalah DIRI yang menghadapinya.. HATI memilh jalan.. AKAL memulakan langkah n IMAN meluruskan arah.. diDOAkan agar terus tabah mengharungi cabaran meniti KEHIDUPAN.. moga kasih sayang Allah sentiasa bersamamu.. :D

vii)
inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku n hati sahabatku fillah.. ''mukmin itu jiwanya damai, xmudah digoncang oleh ujian.. baginya ujian sebagai TARBIYYAH dari Allah, tanda kasih sayang-Nya, jua penghapus dosa n kata seorang sahabatku: ''bersabarlah, bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan yang lewat tiba..'' ku doakan Allah sudi kekalkan kita di atas jalan ini untuk selamanya n sentiasa mengurniakan kejayaan dunia n akhirat.. satu sahaja hasratu, ingin ke SYURGA bersama denganmu, uhkti fillah :D

Allah.. Allah.. Allah..
benarlah, jika kita nak ''miliki'' hati maka mintaklah dengan Pemilik Hati..

yang xdiduga.. waktu dok dalam dewan, naik la ''artis-artis'' kami buat show.. 
nasyid pun kena sangat la dengan tema hati aku hari tu, UJIAN !

n si dia ada di kerusi sebelah.. 
sedang menyanyi-nyanyi kecil.. 
katanya ''ujian adalah.. tarbiyyah dari Allah.. apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya''
gurlp, xie xie kak fizah ! ^_^v

p/s: esok ada paper, tapi jari lebih selesa untuk menari-nari atas keyboard =.='

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

bila berbicara mengenai pimpinan.. terasa lemah untuk menerima..
bukanlah ia satu ungkapan, bukan jua satu impian..
namun, apalah daya.. berjuang memang pahit..
kerana syurga itu MANIS !

pandangan dilempaqkan ke luar jendela..
tup tap.. tup tap.. hujan lebat di luaq sana..
malam yang indah, dingin..
malam tu indah, namun Pencipta malam tu jauh lebih indah.. 

astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..
semester yang sangat sibuk.. tanggungjawab bertambah..
pada Allah, pada Rasulullah, pada Islam, pada mak abah, pada adik-adik, pada ummah..
pada masa, pada ''tok-tok guru bisu'', pada seisi alam.. semuanyaa TT.TT

ditaklifkan atas jalan ni.. sungguh, ianya bukanlah semudah bermain teng-teng, tahu?
ana sedaq, ini adalah percaturan-Nya.. 
maka, insyaAllah i'm never look back !

ini jalan yang ana pilih, maka langkah itu perlu diteruskan..
tanam dalam fikiran, bisik pada hati..

''awak pilihan Allah.. ingat, Allah xpernah mensia-siakan hamba-Nya''

akhir kalam..
ingatlah Cik Mardiah,
keletihan melakukan kebaikan akan hilang, pahala berkekalan..
keseronokan melakukan kejahatan akan sirna, tapi dosanya akan kekal selamanya..


dosa itu bererti neraka, neraka itu bererti seksa ! wal'iyazubillah..

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..



siapa sangka..
insan yang telah lama ku ingin sapa..
kini..
Allah.. sungguh osem beliau ! senyuman itu.. :')

bukan setakat dapat berkenalan..
malah.. Allah..
dapat bersalam lagi, bonus di pagi Jumaat !
terima kasih ya Mujib :')

ya Allah, malunyaaa tapi suka ! :')
da lama ana intai-intai bayangan beliau di bus stand, tapi xda..
nak buat jaulah ke fakulti beliau, nantii.. 
kawan-kawan tanya, nak jawab apa?  

di sebalik penantian tu, sungguh ana xsangka..
Allah nak bagi bonus rupanya.. lebih gojes daripada apa yang ana sangka.. weee~
macam nak guling-guling je dari Nilai ke Seremban.. seronok sangat :D

syukur ya Allah..
sungguh manis akhlaknya.. n senyumannya :')
awaklah ikon ana yang selalu ana update, tahu? :') *tapi dalam diam je..

p/s: masih eksaited n terkejut lagi.. tapiii, Allah.. syukur ^_^v

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

petang yang tenang..
tapi xberapa nak menenangkan..

pening kepala dek terhidu asap bas, blurr 45 saat --,
membuka langkah, lemah.. terasa otak berada di luar kepala.. ermm, huh? o.O

seusai berwudhuk, ana capai telekung n sejadah di hujung katil..
*tik..tik..tik..tik.. satu mesej masuk..

mesej berbunyi:

adik cumiy: Assalamu'alaikum akak.. esok akak free x? boleh kite jumpa esok.

al-faqiirah: Wa'alaikumussalam, nanti akak inform semula ya.. rindu ya? hihi :')

adik cumiy: ok, kita pun rindu akak.. xsabar nak jumpa, hehe :-)

deraian mutiara mula gugur.. 
Allah.. Allah.. Allah..
terima kasih, Tuhan.. 
terima kasih kerana Engkau hadirkan ''Nur Qalbi'' yang comel-comel buat ku..*sujud syukur

belum pernah berjumpa, tapi rasa rindu da menerjah segenap ruangan hati..
Allah.. sungguh xtertahan rasa ni.. syukur ya Allah..
moga-moga rabitoh di antara kami kekal hingga ke jannah-Mu..

pesan Imam Ghazali:


ukhuwah tu bukan terletak pada pertemuan..
bukan pada manisnya ucapan di bibir..
tapi ingatan pada seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya..


p/s: sedang menanti saat tu, saat di mana nak curahkan rasa rindu yang kian membengkak dalam hati ni.. oh, adik-adik.. kamu ni osem, tahu? :')