assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


kisah di suatu malam..
tiga malam sebelumnya mengambil alih
tugas burung hantu n kelawaq..
ya, berjaga malam.. no wonder kalau mata macam panda di sekitar abad tersebut @_@

meeting, discussion, assignment, gathering, shopping, programming so on..
pheeww, senyum panjang T____T
tapi xlama.. ya, xlama.. 

Puan Emak rindukan anaknya, maka henset diceriakan dengan bunyi-bunyi mesej dari Puan Emak..

mak: assalamu'alaikum, ya along.. kenapa sampai tanpa berita?

lepas saja dapat mesej dari mak
mata ditumbuhi dengan kuntuman mawar merah.. nak habaq punya la bahagia..
cerita yang ni.. mengadu yang tu.. 

jari kaki menguis-nguis lantai..
nak habaq kata nak balik, tapi..
bila tengok list tugasan yang perlu dilaksanakan..
ok, tutup diari n padam due tersebut dari kalendar, defer ke tahun depan.. :'((

mak taw hasrat tu, meskipun xterluah dengan butir bicara..
tengok sajalah time mak hantaq mesej
seolah dapat merasa apa yang sedang ditanggung
n tekaan tu xbetoi tapi tepat ! heh :D

lepas da bertukaq kisah masing-masing..

mak: alhamdulillah.. kau kena jaga badan, dah macam papan.. dapatkan rehat yang cukup..

gurlp.. ok.
cheq cuba jadi kayu pulak lepas ni Q.Q

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

no matter how much its pain, keep your smile its brighten others


semalam, duduk termenung..
kepala disandarkan pada tangga katil..
sakit dada, batuk yang tiada reda.. 

kakak osem mai ziarah.. heh !
konon macam da parah sakit ni.. huhu
hati kehujanan.. masih ada yang sayang rupanyaaa.. :')

bersoseh-soseh dengan kakak osem..
bercerita pasai kampung, sanak saudara, raya, lembu-lembu yang comei di kampung
n semua yang berkisarkan mengenai kampung..

dua, tiga minit kemudian..
as usual, sesi muhasabah xpernah lekang..
tu sebab yang lekat nama kakak osem :D

''ayu.. akak pun berat hati sebenarnya nak datang sini.. masih belum puas bercuti, seronok yang xtergambar bila dapat tengok mak ayah n adik-beradik semua berkumpul ramai-ramai.. tapi bila memikirkan yang kita ni ada amanah, kak fizah kuatkan jugak iltizam untuk datang sini..''

aduuhh.. bila masuk kepada topik mak abah ni..
lemah den, kalau tadinya hati cuma kehujanan..
barangkali untuk kali ni Cik Sandy Mesia bakal ''mengetuk'' qalbu.. taufan dibuatnya TT_TT

sambung lagi..

''baru ni kak fizah ada dengar radio ikim.. ustaz tu ulas mengenai persediaan kita ni sebagai hamba.. memang banyak topup balik semangat kak fizah.. kata ustaz, seandainya kita rasa lemah ingatlah yang kita masih ada Allah.. mintaklah apa-apa pun dengan Allah, Allah suka kalau kita seringkali ulang doa tu, Allah xkan jemu.. kalau kita mintak pada manusia benda yang sama berulangkali, manusia akan jemu..''

ermm.. betul..
tapi kita ni MALAS sangat nak mintak pada Allah..
lepas solat tu, rasa berat sangat nak mintak doa yang sama..

ada yang lagi teruk, bersangka buruk dengan Allah..*na'uzubillah..
ingat, Allah xkan bagi apa yang kita mahu.. tapi Allah bagi apa yang kita perlu..
Allah atuq tu kena sangat dah.. siapa kita nak persoal itu dan ini? *sujud syukur beramai-ramai..

satu lagi perkara yang buat ana touching sangat..
agak meremang bulu roma jugak..

katanya lagi..

''satu lagi jangan pernah jemu mintak mak ayah kita doa buat kita.. mintaklah mereka doakan kita selagi mana mereka masih hidup ni.. seandainya salah seorang daripada mereka da xda nanti,nescaya pada saat tu kita da hilang satu sumber doa yang mustajab''

Allah.. sarat dengan hikmah..
terbayang mak abah kat kampung.. huuu :'(((

keesokan harinya.. pagi..
siap-siap nak ke kuliah.. mesej mak !

''mak, cek mintak maaf banyak-banyak.. n habaq kat abah sama kata cek mintak maaf.. n doakan kejayaan cek kat sini, berat hati nak tinggai kampung, xpuas cuti seminggu''

maknya membalas..

''awat? ada exam ka?''

anak kepada mak tadi balas semula..

''dak laa.. saja ja, kot-kot mati satgi xdan nak mintak maaf''

huhu.. seperti yang dijangka..
mak pun kol, nada suram..
mungkin ada yang xkena pada mesej ana tadi..

maka berlanjutanlah taklimat kesihatan yang disampaikan oleh Puan Emak..
makan ubat, makan nasi, minum ayaq masak banyak-banyak, cukupkan rehat etc..

p/s: memang mak agak risau.. sebabnya sebelum ni lafaz ''maaf'' tu terucap ketika mana buat salah, musim-musim perayaan yang amat simbolik kepada komuniti hari ni, musim nak meng-exam-kan diri etc.. kena pulak mintak maaf time tahap kesihatan yang agak mendung, memang akan menimbulkan pelbagai spekulasi yang kurang enak dalam kalangan emak-emak sedunia.. jadi, lepas ni lazimilah diri dengan menghulurkan kemaafan setiap masa.. ouh, mak.. bukan niat cheq nak buat mak risau.. semalam dapat nasihat, maka perlaksanaan tu mesti disegerakan.. ^_^v

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

dua' ; just simply talk to Him.. bukan? ;')

pada suatu masa kami berhimpun dalam satu program di luar kota..
seteleh selesai kerja jam 12 tengah malam, kami merasa sangat keletihan
kerana program seharian yang kami jalani dengan bersungguh-sungguh..

kebetulan saya(Ustaz Omar Tilmisani)dan Hassan Al-Banna menghuni bilik yang sama..
saya merasa sangat penat sekali 
n ingin terus tidur supaya tidak terlewat bangun solat subuh..

kami berbaring di tempat tidur masing-masing..
tidak berapa lama beliau memanggilku..
''Omar, awak sudah tidur?''
lantas aku menjawab, ''labbaika, belum Mursyid.''

Hassan Al-Banna mendiamkan diri, tapi xlama kemudian beliau bersuara semula..
''Omar, awak sudah tidur?''
lantas aku menjawab, ''belum lagi Mursyid.''

hati kecilku bertanya..
mengapa beliau bersikap begitu..
setelah lama Mursyid terdiam, beliau akhirnya mengulangi pertanyaan
n oleh kerana aku merasa sangat penat,
aku membiarkan soalan tersebut tanpa jawapan..

Imam Hassan Al-Banna yang menyangka aku telah tidur
lantas bangun perlahan-lahan menuju ke arah bilik mandi..
di bilik mandi, Hassan Al-Banna sangat berhati-hati berwudhuk
supaya bunyi percikan air tidak mengganggu tidur lenaku..

kemudian, aku melihat beliau mengambil tempat di suatu sudut bilik
beliau menghadap kiblat n beliau pun bersembahyang malam beberapa raka'at..
subhanallah.. begitulah ajaran beliau yang sangat melekat dihatiku..

dirakamkan oleh: Ustaz Omar Tilmisani
copied: Kitab Memperingati 100 Tahun Hassan Al-Banna..


memang sangat terkesan, terkedu..
beliau meletakkan ikhlas pada maqam yang sangat tinggi.. Allah..
tepuk dada, tanya iman..

benarlah..
orang yang berbakti, bertaqwa n tersembunyi..
jika mereka tidak hadir, tidak dicari..
jika  hadir, tidak dikenali..