assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

perjalanan ini mencoret kembali jiwa yang hilang..
jiwa yang sarat dengan semangat..
iham-ilham untuk kekal aktif dalam dunia penulisan *meskipun pada hakikatnya menulis apabila Encik Mood ada ja --'

lantas, dengan pengembaraan ni mampu mencungkil kembali erti hidup,
erti menjadi hamba Allah supaya aku lebih memaknai erti syukur, Allah..

seringkali berjumpa dengan manusia-manusia yang aku sendiri tidak menduga..

subhanallah..

satu demi satu..
hamparan demi hamparan..
aku kutip kembali sisa-sisa semangat di sepanjang perjalanan..
aku kutip 'ibrah di sebalik pen-tarbiyyah-an di sepanjang penyelusuran semalam..

alhamdulillah.. Allah masih sayangkan aku T.T

seringkali aku di hantar ke tempat yang punya manusia-manusia yang hebat di sisi-Nya..
agar aku segera kembali pada Dia.. 

Allah, I Love You TT.TT

moga aku jumpa apa yang aku cari di hujung pengembaraan ni, moga Allah redha..

Allahumma Aamiin.


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


berjalan merentasi gerimis,
Allah, tenangnya hari ni.. 
lambaian pepohon di rumah Allah menyambut kedatangan hamba-Nya,
makhluk-mahluk Allah yang comel kelihatan aktif mencari manisan, ke sana ke mari,
kelihatan di sudut sana, seorang ummi sedang lunch bersama putera n puteri agama :)

sedang asyik tengok ayaq hujan satu demi satu jatuh mencium bumi,
teringat kisah yang diceritakan oleh Habib Ali Al-Jufri, 
mengenai macam mana pandangan kita terhadap orang lain..

kisah dia macam ni ^^ 

seorang 'abid dari kaum Bani Israil, hidup 500 tahun kerjanya beribadah pada Allah..
n seorang fasiq dari kaum Bani Israil yang hidupnya xpernah taat langsung pada Allah..

ada satu hari tu, sorang mai dari satu arah n sorang lagi dari arah yang lain..
ketika mana depa ni bertembung, masing-masing pakat berpaling muka ke arah lain..
tapi, tahukan hampa atas sebab apa?

'abid(ahli ibadah)tu berpaling sebab keangkuhan dia terhadap orang yang buat maksiat tu..
dia bersangka bahawa Allah xkan ampuni orang fasiq tu selama-lamanya *punya la suu' zhon --'
dia tengok diri dia lebih baguih atas sebab ibadah dia.

manakala orang fasiq tadi berpaling atas sebab apa?
dia berpaling dari tengok 'abid tadi atas sebab dia malu dengan Allah..
waktu dia berpaling daripada tengok 'abid tadi seraya berkata :

"astaghfirullah.. sapa la aku untuk berjumpa dengan orang yang baik ibadahnya sedangkan aku ni orang yang fasiq"

disebabkan 'abid ni merupakan orang yang taat beribadah, maka dia mendapat karamah(kemuliaan)di atas ibadah yang dia kerjakan..
jadi, apabila dia berjalan maka awan akan menaungi dia.. Allah..

recall*** 
'abid tengok orang fasiq dengan dengan pandangan takabbur.
orang fasiq tengok si 'abid dengan pandangan malu kepada Allah.

ketika mana depa bertembung,
masing-masing memalingkan muka..
n waktu depa berpisah.. jeng.. jeng.. jeng...

awan yang berada atas 'abid tu terus meninggalkan dia,
n ikut orang fasiq tu lalu menaungi orang fasiq tu.. see, Allah is Almighty..:)

moral of the story, kita xdibenarkan untuk menghina orang.. hinalah maksiat, tapi jangan hina si pelaku maksiat.. sesungguhnya kita xtaw keadaan yang macam mana dia akan mati.. fahamilah makna ibadah, ibadah yang sebenaq adalah ibadah yang akan menambahkan kerendahan diri n kita akan sentiasa merasa kekurangan diri.. Allah..

jangan dok berasa yang diri kita ni lebih baik dari orang lain.. kerana dari sebuah pandangan ja akan bagi effect besaq kepada hati.. hati akan jadi hitam, gelap dek sifat takabbur yang bersemayam dalam hati, wal'iyazubillah.. 

p/s: sama-sama kita nilai sejauh mana pandangan kita terhadap orang lain ^_^v

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

patience is the companion of wisdom
- Saint Augustine -

dua malam berturut-turut..
bukan sahaja menyaksikan malah membenarkan bukti yang sabaq tu memang, sangat, sesungguhnya hensem ! *pheeww -.-'

berpeluh, terpegun..

malam I
venue: library
destination: residential college

seusai solat maghrib, berjalan turun "bukit" ! *exaggerated semata, eheh :p
bersama mak dayah.. yeah, bas sutera indah ! 
alhamdulillah, xla penat nak berjalan ke bus stop..

ramai dalam bas.. ada yang berdiri di pintu, yang bersandar di pintu, yang melekat di pintu belum ada..
dengan muka penuh pengharapan n xmalu, tahan bas..
maka dengan itu, muka tetiba jadi macam ni =..=''
bas xberenti, ok..
rasa macam nak tanggalkan skru pada leher n masukkan kepala dalam beg lappy..

meneruskan pengembaraan ke bus stop yang dicanangkan pada mulanya..
xpa, ada hikmah tu.. sabaq.. *duduk sambil hayun kaki laju-laju tanda xpuas hati.
selang lima minit, kenari kelabu "muncul" depan kami..
toinksss.. wiyah laa, dia nak hantaq balik sutera.. alhamdulillah..
dapat rasa salju tengah turun pelan-pelan dalam hati.. alhamdulillah..

xcakap banyak, duduk tepi kereta n berkata..
"tengok mak dayah, Allah tu Adil.. cuma kita kena sabaq sikit ja"
kami xdapat bersesak dalam bas nak balik asrama awai, 
tapi kami dapat naik kereta n duduk dengan selesa malah lewat lima minit ja dari bas yang gerak tadi, heh. 
Allah gantikan dengan "sesuatu" yang lebih baik, natijah daripada secebis kesabaran.

malam II
venue: mandarin class
destination: residential college

pukul 10 malam, semalam punya cerita..
konsep yang hampir sama.. hah.
tunggu bas sambil bercanda bahagia dengan mak dayah..

bas comel sampai..*bas pendek yang mampu memuatkan 20 orang penumpang sahaja.
nampak ke-eksaited-an mak dayah ajak ana berhimpit dengan lautan manusia untuk naik bas tu..
boleh, tapi ana rasa satu usaha yang sia-sia.. bas kecik, satu pintu, hampir 40 orang tertumpu pada pintu yang satu tu.. 
bas berlalu, terus menunggu..
sambung cerita yang terputus gara-gara kehadiran bas comel tadi..

selang empat minit, dua puluh tujuh saat..
bas sampai, alhamdulillah.. bas panjang, cuma ada empat orang ja penumpang..
sungguh fluent perjalanan malam tu.. xperlu berebut, xperlu berhimpit n bersesak..
malah dapat duduk dengan selesa lagi..

mak dayah: alhamdulillah, ayu.. lancar ja kita naik bas malam ni.

cik anna: alhamdulillah.. kan, kunci dia cuma "sabaq" ja.. kita xdapat naik bas pendek, tapi kita dapat naik bas panjang n dapat duduk dengan selesa lagi.

mak dayah: ahaha.. drama semalam ni, betul-betul.


Allah berfirman :

"Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku"

~ hadis qudsi ~

bila kau lihat ruang yang cerah terbuka,
awangan..
bila kau dengar ritma lagu merdu, 
awangan..
bila kau senyum sorang-sorang,
awangan..
bila secebis ujian menggigit hati,
mula rasa lemah, lemau..



kena sabaq sikit ja,
tunas baru pasti muncul, yakini Allah ! 

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

seka ayaq mata..
satu demi satu.. kiri, kanan..

rindu nak loyaq buruk dengan abah time abah balik dari bendang..
rindu nak kacau mak time mak khusyuk jahit baju..
rindu nak usik mek tiqah time dia kalut dok basuh baju..
rindu nak merap adik anas suruh p kedai selang setiap lima minit untuk beli ais krim..
rindu nak buli ''yana'' a.k.a fauzan untuk amik barang-barang dalam almari..
rindu suasana keluarga yang ''kalut ribut'' :'( 


Bahasa Arab Kebudayaan
(hantaq bahas(i) n presentation(g) = belum)

Linguistik
(tahlil ayat al-Quran(g) = done !)
(tahlil syair(g) = belum)

Principal of Journalism
(breaking news(i) = in progress -,-')
(features writing(g) = done !)
(interview session(g) = done !)

Nusus wa Sulukiyyat
(presentation(g) = done !)

Sirkulasi Media Bercetak
(hantaq scrap book(i) = 97% done !)
(design for usim today newspaper(g) = 98% done !)

Mandarin
(quiz = belum)
(oral test(g) = belum)
(short essay(i) = done !)

Nahu Gunaan
(hantaq esaimen berkala(g) = 79% done !)


* i = individual task
* g = grouping task


bila melihat pada tugasan-tugasan ni, 
muka terus jadi ''bahagia'' macam ni.. :'((((((((

mak memahami, kata beliau biasa la adat mengaji.. 
sabaq ya mak abah adik2, orang kampung, ayam itik, pak cik mak cik pasaq malam..
tahun depan kita jumpa lagi.. 

ya, habis bulan ni masuk bulan 1 balik.. tahun baru, bukan?
betul la tu tahun depan ;p

lipat baju, basuh baju, iron baju..
masa sentiasa dikitar dengan rutin harian..
otak pulak dok terbayang suasana riuh kat rumah..

ouh, hati..
sabaq sikit ja lagi.. semester lima bakal melabuhkan tirai..
semester enam bakal membuka lembaran baru untuk kehidupan baru, tahun baru n umuq baru :D

p/s: tengah cuba meng-hepi-kan hati.. I'm felt sorry, hati sikit tidak termakan pujuk ! :(

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

ditujukan pertamanya buat diri sendiri..
n semua.. jom kita pakat-pakat terasa..
bukan sudah baik tapi berusaha untuk menjadi baik..

aku pelajar sekolah agama, oke.. kefahaman aku luas taw !
rumah aku sebelah rumah tok imam, oke.. kefahaman aku luas, no doubt !
lagi bangga, kemana saja aku p ramai orang teguQ.. al-maklum-lah, orang glamour ! ╮(╯_╰)╭

astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah.. !

boleh jadi, mak cik n pak cik di hujung kampung sana,
saban malam p kuliah agama kat surau kampungnya,
n beliau juga seorang Muslim, yang mungkin faham makna Islam lebih ''jaguh'' dari kita..

boleh jadi, seorang pekerja pemungut sampah,
bibirnya senantiasa dibasahi dengan zikrullah,
beliau juga seorang Muslim, n boleh jadi darjat beliau diangkat ke langit lebih ''tinggi'' dari kita..

boleh jadi, dia sekarang seorang pendosa,
kemudian harinya beliau berubah menjadi seorang yang itQan dalam ibadahnya,
beliau juga seorang Muslim, n tidak mustahil beliau akan lebih terkehadapan dari kita..

boleh jadi, seorang petani tua yang berpenat lelah di sawah,
tidak pernah sunyi hidupnya dengan kalam pujian buat Sang Pencipta,
beliau juga seorang Muslim n tidak terkenal dalam kalangan manusia,
tetapi menjadi bualan/perhatian penduduk langit, subhanallah !

cuma kita yang akan lelah menyangka itu ini, 
waktu tu baru sedaq, ooo.. jauh terkebelakang lagi aku rupanya..

tarbiyyah itu luas, usah sempitkan ia..
berbeza wasilah bagi hamba-Nya yang berlainan bangsa..

tapi ini pesanan bersama,
agar memandang lebih jauh, lebih matang n banyakkan merasai kekurangan diri..


fatwa hati seorang insan yang bergelar hamba.. 
Izzatul Islam_Anna Mishi ^_^v