assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

dalam perjalanan nak ke stesen keretapi semalam..
pak su n mak su hantarkan, mak abah melambai-lambai dari depan rumah..
Allah.. beratnya hati nak tinggai mak abah..
xterdaya rasanya nak merelakan perpisahan singkat ni, sobs :'(


dalam kereta, pak su mula bersuara..
apa beza antara "شوق" n "اشتواق" ?

pak su sambung lagi..

شوق ni rindu setiap masa.. 
اشتواق ni rindu pada waktu-waktu tertentu saja..

contoh bagi اشتواق :

hari ni kita da nak balik asrama,
mak ayah hantaq sampai ke stesen bas, kita pun naik bas balik asrama..
waktu dalam bas tu dok teringat mak ayah, sedih ni nak balik asrama..
bila sampai asrama, jumpa kawan-kawan n boleh gelak-gelak..

lupa sat kesedihan tadi.. tengok kawan-kawan pun mai sini, mak ayah xteman pun..
kita pun mak ayah xteman kat sini, jadi nasib kita sama.. seri, 1-1 =')
ni yang dinamakan اشتواق, rindu pada waktu-waktu tertentu.. got my point?

contoh bagi شوق :

sepertimana kita sandarkan kerinduan kita tu pada junjungan mulia, Rasulullah S.A.W..
kita kena rindu Rasulullah pada setiap masa, 
bukan rindu tu terbit tatkala nak sambut Maulidur Rasul ja, salah tu.. yuk, tajdid niat ! =')

alhamdulillah.. rasa terpujuk bila dengaq pak su bagi tazkirah..
mencipta langkah penuh pengharapan,
moga kita semua beroleh barakah n dilimpahi titisan rahmat dari-Nya..

Allahumma aamiin =')

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

ni cerita dunia FACEBOOK, DALAM DIAM.. =')
mungkin ada seseorang di FACEBOOK,
yang mengikuti kita secara senyap-senyap..*sweet stalker ni, heh ;p

yang kerap membaca post-post kita tanpa sebarang like n sebarang komen,
serta sentiasa buka wall profile kita tanpa kita ketahuinya..
MALAH, sering mengingati kita dalam setiap DOA-DOA hariannya ! =')

haa, haha.. ada cara boleh taw semua benda ni..
erm, ter-inspirasi daripada one of nice quotes kat bawah ni


if your actions inspire others to dream more, learn more, do more n become more, you are LEADER ^^,

but, no wonder la sebab setiap daripada kita ni adalah khalifah,
jadi, tidak dapat tidak laksanakan tugasan n amanah yang Allah per-tanggungjawab-kan
dengan sebaik mungkin, ada fahem?

hidup ni dua kali, mati yang sekali..
sebab mati tu sekalilah kita nak kita mati,
dalam membawa bekal yang cukup untuk kehidupan yang kedua..*great battle in heart, heh.


Allah.. yang utama padaku adalah pandangan-Mu, sobs T.T

last but not least.. nah, hadiah ! =')

be careful of what you watch and listen to.. in age of information n technology, your mind is battlefield..

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

tengah layan tumblebugs,
dari luaq mak berkata, dalam nada yang sikit kuatnya..

"along, berus kaki dia(si bongsu).. macam mana hang kena berus dulu"

in that time, dia tengah berjalan-jalan anak nak masuk rumah..
tahun ni dia darjah 2, baru lepas main bola dengan cucu-cucu jiran sebelah rumah..
kaki dia? haa, jangan tanya.. 
kalau pakai kasut, rasanya kasut dia lagi terserlah kecerahan asli tu.

dalam perjalanan dia nak p capai tuala n menuju ke bilik ayaq, makanya dia berkata:

"astaghfirullahal 'adzhim.. astaghfirullahal 'adzhim.. astaghfirullahal 'adzhim..''

nak raih simpati lettew, haha xD
berus tetap berus !
tengok-tengok kaki dia, masyaAllah..*pengsan.

dihujung-hujung dok memberus tu sempat lagi dia komen,

"long, kat bawah(tapak kaki)tu xberus lagi"

free services dah ni, demand pulak.. pheww -.-'
erm, nama pun bongsu kan..
dia la paling nakal,
kuat menjawab,
menyoal orang itu n ini macam bertih jagung tengah masak,
n sweet talker =') 

n along taw, along pasti rindukan hang..
si budak nakal ;p

si bongsu, mami n mak su.. railway station, 2012M.

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

muqaddimah menentu natijah =')

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
ku panjatkan setinggi-tinggi rasa syukur pada-Mu, wahai Sang Kekasih..
nikmat-Mu melimpah ruah..
xterhitung banyaknya, 
xterjangkau luasnya,
xmampu diselami dalamnya..

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah"
(An-Nahl 16:53)

result untuk semester lima da keluaq,
mata kelip pop, kelip pop menanti debaran..
nah, mubram sudah !

alhamdulillah, ya 'Adzhim..
hasil hari ni, apa yang telah aku saksikan..
semuanya pinjaman dari-Mu.. xda satu pun punya aku..

manusia menjadi hamba kepada apa yang dia cintai
.: pepatah Arab :.

so, mari menjadi hamba..
tapi, bukan hamba kepada hawa n adiknya, nafsu..
mari menjadi hamba Allah yang comel dari sudut amal, akhlak n dalam semua cabang =') 

n bila da dapat hasil macam ni,
indeed, semakin "tamak" nak belajaq banyak bahasa.. haha, huh !

wahai diri,
peluk erat hati mu n bisikkan padanya,
Allah itu ada mendengar rintihan si hamba..


angin sawah lembut menyapa wajah..
Allah.. saranghae =')
aku mahu lagi n lagi.. 
jangan biaqkan aku mengurus diri ku, sendirian..

menangis keharuan =') 


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

luangkan waktu untuk peduli, kerana peduli adalah kesempatan untuk membantu sesama

saya percaya..
esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ni,
tapi..
hari ni masih boleh mengubah apa yang terjadi pada hari esok..

situasi genting, mungkin..
adik ketiga ana yang berada dalam situasi ni..

anneh: mak, tadi cheq bagi sepuluh ringgit kat budak Form 2.

mak: kenapa?

anneh: dia teriak, duit dia hilang.. dia cerita tadi, mak ayah dia bercerai.. bila dia habaq kat mak dia yang duit dia hilang, muka mak dia naik lain dah.. dia kata dia sedih tengok mak dia.

mak: xpa la lang, niat sedekah kat dia.. kesian kat dia.

ana n adik-adik lain: (speechless)



assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

orang yang kita xkenai atau xberapa kenai,
kadangkala depa jauh lebih kenai kita berbanding kita kenai diri kita sendiri.


memandangkan semua adik-adik pakat ada kat rumah,
tengok karenah setiap dari depa.. 
ermm, macam-macam versi perangai..
untung la aku ni anak sulung, ngee. XD *bab merap memang dah adun sebati.

ni diantara kelebihan anak sulung,
yang memang xboleh nak disembunyikan disebalik kuali, belanga mahupun kawah kenduri.

pesanan awai, mintak kepada yang bukan berstatus anak sulung,
yang nak sambung baca entry ni, bolehlah nak pakai alas apa2 kat mata, 
takut satgi silau, terasa pulak.. hee~

i) pengerusi dalam organisasi adik-beradik.
saat bilamana adik-adik nak main dalam rumah,
mak abah nak qailullah.. jadi, si pengerusi ni la yang akan menguasai pentadbiran rumah..

Along: jangan hingaq ! mak abah nak tiduq.
Adik-adik: (buat dunno)
Mak: awat yang hingaq sangat ni, tengok adik-adik tu.
Along: ya, mak.. budak-budak ni xmaw dengaq orang cakap.
Mak: tibai yang mana larang xreti tu.
Along: ok, mak.. *sambil buat mata bersinar-sinar
Adik-adik: (sunyi sepi)

ii) melatih adik-adik menjadi buruh mahir.
memang arif dalam melatih adik-adik menjadi pendengar n pengikut yang taat..*gelak tutup mulut, haha.

Along: sikit lagi weh, xsampai lagi ni.
Angah: xkan xsampai lagi, banyak kali dah ni.
Alang: ya, xsampai lagi.
Angah: aku penat dah ni, cepat la.
Along: jangan dok menyebai, cepat !

iii) menjadi tumpuan n buruan saudara mara.
bila lahirnya anak sulung, memang akan kecoh satu kampung.. lagi-lagi, cucu sulung..
memang akan dapat sentuhan selembut johnson baby, ermm.. apatah lagi kalau dalam bab pendidikan, memang akan menjadi ikon buat adik-adik.

Mak: tengok, Along dapat masuk universiti.
Adik: universiti tu apa, mak?
Mak: tempat orang pandai dok mengaji.
Adik: ooo.
Mak: besaq nanti ngaji pandai-pandai macam Along.. dapat masuk universiti.
Adik: ya.(tertekan)

iv) perasmi tegar.
ghalibnya, anak-anak sulung ni merupakan perasmi.. dari pakaian, mainan, buku semua diperturun kat adik-adik.. buat adik-adik, sabor ye :p

Adik: abah, nak mainan baru macam Izzati main tu.
Abah: xpayah, mainan Along hang elok lagi.. main yang tu.
Adik: nak yang baru jugak.
Abah: yang tu elok lagi, xrosak kat mana pun.
Adik: (patahkan mainan Along) dah rosak ni.
Along: maaakkk.. adik kepak mainan cheq.
Mak: budak niii.. mai sini ! *kejaq adik keliling rumah.

ok, cukup setakat empat ni dulu.
berbulu mata adik-adik aku bila baca entry ni, heh :D