assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

di antara tujuh golongan yang mendapat lindungan/naungan daripada Allah di hari kiamat kelak:

dua orang yang saling mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul n berpisah kerana Allah

ni salah satu golongan daripada tujuh golongan tersebut..

di sekolah dulu2 nu aku punya ramai kawan, 
dalam ramai2 depa semua tu aku punya kawan rapat, 
boleh kata "kat mana hang p, kat situ aku setia menemani" xD hekhek

bermula di kerusi sekolah *asyik bangku sekolah ja sebelum ni, kita trace bagi sedap sikit.
kami mula kenai ketika mana aku n dia mendapat pendidikan awal di Tadika KEDA Kampung Bendang Perang *nampak ganas kan nama kampung ni :D

dia selalu makan, mengaji sebelah aku.. n dia juga suka belek2 baju aku :')
kemudian, kami masuk ke alam ria sekolah rendah sama-sama..
kelas yang sama dari darjah satu sampai darjah enam..
meja, kerusi bersebelahan dari darjah satu sampai darjah enam..

nak taw macam mana punya rapat 
sampai Sir Rameshk Kumar, guru BI kami gelar kami belangkas.. asyik berkepit !
tapi semua tu suspended setelah kami mengakhiri zaman kanak-kanak kami di SK Jabi..
dia membawa diri ke SMK Sultanah Bahiyyah, sementara aku bermusafir ke SMA Islah..

lost contact *dulu xda lagi benda-benda alah macam sekarang
tup tup aku taw yang dia sekarang UMP's student ! *bachelor of civil engineering and environment  
what a pretty smart she has, engineer to be.. with Allah's will :')

Siti Norzaliah Mohd Hakimi <3

seterusnya.. melangkah aku ke alam keremajaan
ukhuwah kami mula membaja semasa di tingkatan satu..

dia kata dia suka aku, haha
sebab aku nampak ceria.. I'm wonder *_*

dia boleh taw sebab dia nampak aku dalam kelas 
waktu tu aku tengah buat lawak yang aku sendiri xtaw
di level apakah lawak aku itu >.<

bermula dari saat tu dia mula approach aku
n kami berkawan rapat sampailah ke tingkatan enam..
kat mana ada Mardhiah, kat situlah berdirinya Farhana :')

bercinta sakan di SMA Islah, 
kemudian aku n dia sama-sama berbulan madu di SMA Makarimul Akhlak
dua sekolah yang berbeza tapi cerita cinta yang sama, romantis bukan? ;p

tapi.. macam cerita Zaliah tadi, sikit..
lepas ja dari tingkatan enam, dia mengadu kasih di KUIN..
manakala aku mencari cinta lain di USIM, haha *exaggerate 

angka enam, sarat dengan kisah misteri..
mesti kisah cinta terputus tengah jalan, jumpa cinta baru..
oh, kehidupan..

Nurul Farhana Shariff <3

kekasih yang seterusnya..
aku kenai dia di semester dua, tahun satu..
selaku roommate yang agak bising dengan kicauan jenaka.

berasal dari Kg Jelor, Pasir Puteh, Kelantan..
tua tujuh bulan daripada aku.. orangnya comel-comel merpati :')

bermula dari semester dua sampai semester enam, 
kami melakar kisah kami tersendiri, cuma berdua..
dia suka apa yang aku suka, aku ikut saja apa yang dia suka :D

orangnya peramah, xreti nak marah orang..
suka bagi apa yang dia ada pada orang n semalam dia bagi teddy pink ! ^_^v
aku pernah merantau ke rumah dia nun jauh di pantai timuq sana..
aku pernah dibawa membonceng motor merentas desiran angin petang..

semuanya indah belaka bersama dia..
budaknya cerdik, genius, kreatif n pemikir yang luar biasa.. ini benar :)
n aku xtaw kisah aku n dia akan berakhir di mana..

Nur Hidayah Hussain <3

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. hari ahad..
Allah kasi kesempatan melihat dunia Dia lagi :')

mata masih segaq umpama kubis baru dipetik di kebun sayuq.

terimbau memori 2009, yang ana sendiri xingat bila terikh tu..
ustaz menyiram beberapa saranan buat ana sebelum melangkah keluaq tinggal sekolah.

"ayu, nanti ana nak ayu amik kos syariah.. ada sebab kenapa ana suruh ayu amik aliran ni"

ustaz sambung lagi..

"bila kita keluaq nanti, masyarakat akan banyak bertanya bab-bab yang berkaitan dengan hukum-hukum syara'.. dari sudut ibadahnya, mu'amalahnya bla bla bla"

dan..
memang terkena sebijik macam ustaz kata..

ana sering dihamburkan bermacam-macam jenis persoalan..
nak marah, herdik orang yang bertanya?
minta format sikit mentaliti macam tu :p

alhamdulillah.. meskipun ana bukanlah ahli dalam bidang syariah..
sikit sebanyak membantu ana untuk perbaiki dari sudut bacaan ana khususnya..


bilamana sudah ku berjanji untuk melaburkan sepenuhnya tenaga buat ummah..
segalanya pasti ku kota, inshaAllah..

at least, ada jawapan bila ditanya Dia nanti :') *may Allah ease

p/s: lani usuluddin pulak jadi favourite questions @,@

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


semester tujuh, semester akhir di bumi USIM..
tahun empat, tahun akhir bergelar mahasiswa USIM inshaAllah.

ayat turun temurun -> "rasa seperti baru semalam masuk mendaftar kat sini"

ok, merujuk kepada gambaq yang dah ana print screen kan tu..
di antara tempat yang ana apply untuk industrial training semester depan inshaAllah.

lagi satu, UPSI.. tapi, dah nampak xda kat atas tu makna kata not allowed by KP..
sedih? tentu saja ! tapi sikit jela, xda la sampai menghasilkan sebaldi ayaq mata.

indeed, I strongly believe with the invisible hand that control whole of my life..

bermula dari darjah enam, nak cerita sikit tentang rentetan hidup ana..
lepas dapat ja result, dengan terujanya ana p terkam abah ana yang tenang menanti keputusan yang bakal ana bawak untuk abah.. abah ada dekat atas motor waktu tu.

lepas dah semua exam slips passed by Cikgu Nizar, Guru Besaq buat pengumuman suruh tunggu sat sapa yang dapat 3A, 4A n 5A.. tapi, lain pulak dengan keadaan ana pada waktu tu.. beriya-iya ana ajak abah ana balik, nak tunjuk result pada mak pulak..

selang seminggu lepas tu, mak abah p sekolah jumpa Guru Besaq nak amik surat berhenti sekolah ana.. Guru Besaq hairan, tapi "tidak" bagi mak abah ana, haha

rupanya, pengumuman Guru Besaq suruh tunggu baru ni depa nak bagi 3A-5A 's students isi borang ke beberapa buah SMK di sekitar Alor Setar.. di antaranya, SMK Sultanah Asma, SMK Sultanah Bahiyyah, SMK Convent, SMK Syed Bukhari n SMK Syed Omar.

unfortunately, di atas kelalaian n kegairahan ana tengok result membuatkan ana lupa diri.. Allah.. apa jenis budak ni? O.o *frust jugak bila dapat taw terlepas peluang macam tu ja :(

tapi, tu bukan bermakna "peluang" bagi ana untuk berhenti sekolah *berat nanang hok lagu nim boh ;p
mak boleh baca hati ana, mak mai mempromosikan beberapa buah sekolah agama.. antaranya Maahad Mahmud Alor Setar, SMA Islah, SMA Makarimul Akhlak, Maahad Addini.

time tu malas nak pikiaq panjang n renyah dengan sistem birokrasi bagai, ana buat keputusan untuk ke SMA Islah, Pendang.. memandangkan ramai saudara mara, ipar muar kat sana, so I run my stance.

di sepanjang hidup ana ber-title-kan budak sekolah agama, ana xnampak lagi apa sebenaqnya yang Allah caturkan buat ana.. bilamana dah mencapai usia matang (yang aku sendiri xtaw bila aku dah matang), baru ana nampak lukisan taqdir yang indah sekali Allah lakarkan buat ana.. see, how romantic ;D

macam tu jugak ketika mana ana "tercampak" mai kat USIM ni, bukan ana nak sangat pun.. haha, arrogant ! nak p Mesir, abah xbagi.. katanya, sakit demam nanti susah nak p tengok (n aku taw sebenaqnya abah yang akan "sakit rindu" pada aku nanti :D), minta UPSI, xlepas untuk ke temuduga.. bertubi-tubi tembakan peluru ujian mengena diri ana.

sehari, seminggu, sebulan, sesemester, setahun?
bukan tempoh yang cukup pendek untuk ana jatuh cinta dengan USIM.. lama bhai, hati berdarah xda sapa yang taw :p

hidup kita berTuhan, lama mana sangat nak "merajuk"?
ana dah temui cinta di USIM, who knows right? hehe, kasi kontroversi sikit ;p

alhamdulillah.. syukur sangat Allah pilih ana di antara insan yang terpilih untuk belajaq n hidup di bumi USIM.. alhamdulillah ! Allah taw, ana xbetah untuk berhadapan dengan situasi yang "menyesakkan", huhu

n bila mana ana tengok application status, only both of these are accepted.. well, it would be fine by me ;) cause, once again I'm as a "good servant" strongly believe that Allah always stand by my side n do not leave me to strive this journey alone..

ana dah mampu tersenyum puas n sepuasnya tersenyum xD heh

nak bagi ayat novel sikit..
nikmat yang diberi bukan petanda kita disayangi
nikmat yang xdikecapi bukan bermakna kita dibenci..
pengukurnya macam mana kita mensyukuri nikmat yang dirasai :') 

stay calm pretty !