assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..
whatever you are, you must promote Islam to the others
entry ni dipetik daripada kata-kata kak Fatimah Syarha.. baca, faham, pikiaq, laksana, istiqomah !
'' bagi akak, orang yang konsisten bertudung labuh kerana dia bertudung dengan kefahaman, iaitu dia berasa perlu bertudung labuh apatah lagi dalam konteks pakaian wanita di Malaysia yang berkain ringan n lembut.. dia juga mengalami pengalaman-pengalaman hidup yang membuatkan dia berasa tudung labuh istimewa buatnya..
bagi yang tidak konsisten bertudung labuh, mungkin dia dalam proses berjinak-jinak dengan tudung labuh.. dia belum sampai merasai tudung labuh benar-benar istimewa buatnya.. hormatilah pilihannya kerana dia melakukan sesuatu yang masih dalam batasan harus, bukannya membuka aurat.. memperlecehkan mereka ibarat tidak membenarkan mereka berhijrah perlahan-lahan mengenal kebaikan..
bagi yang bertudung tidak labuh pulak, mereka melakukan sesuatu yang masih dalam batasan harus, hormatilah pilihannya.. cuma, bagi akak, dengan pakaian wanita Malaysia yang ringan n lembut ni, bertudung labuh lebih berpotensi besar untuk menutup potongan bentuk badan berbanding tudung tidak labuh.. maka, jika bersedia, bolehlah menutup dengan lebih sempurna.. sama-sama saling menghormati, saling menasihati, saling berbaik sangka n saling mendoakan agar kita lebih baik di sisi Tuhan.. Rasulullah s.a.w mendidik hingga satu generasinya (generasi sahabat) masuk ke syurga.. begitulah yang kita impikan pada generasi kita, biar satu generasi sama-sama layak ke syurga.. ''
kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan
memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih baik dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak
0 comments:
Post a Comment
jom berkebun idea di sini.. :)