assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

hari yang sangat menceriakan. Feb 12, 2012. xmerancang, xbercadang, jauh sekali mengimpikan. semua ni Dia yang tentukan. 



10.30 pagi - naik bas menuju ke Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ). tengok-tengok kawasan, rasa macam foreigner pun ada, da lama xtatap anugerah Allah ni. cantik. 


11.00 pagi - tiba di medan selera, bukan p makan. berjalan-jalan kat taman, macam orang asing. cari rumah sewa kawan. 15 minit dok terintai sana sini, akhirnya. I arrived there. :) alhamdulillah.


11.15 pagi - dok santai-santai n makan-makan kat situ. mesej berguni-guni masuk tanya '' bila nak mai sini ''. baru nak amik nafas sikit, puas mencari rumah kat situ xcukup oksigen kot dok pusing sana sini. 


12.00 tengahari - berjalan ke kampus KUIN. damai yang ku rasa. seronok rupanya hidup dalam masyarakat taman ni. *konon ja, walhal bukan ada orang pun. 


12.15 tengahari - sampai di kampus. terus ke library depa. 'misi bermula' ! 


1.30 petang - jumpa kawan lama, Afiqah. :) cik Piqah, ana taw enti akan baca entry ni. seronok dapat jumpa enti, malu pun ada bila da lama xbersua ni. sampai xtaw nak sembang apa ;) hopefully, pasni kita jumpa lagi. I'll mis you, dear :) 


sampai ja saat ni, ana da mula buntu. Omaq ajak join kelas dia pukul 3 petang. nak ka xnak. lepas terumbang ambing dok pikiaq, daripada dok melangut saja, ada baik jugak ana terima suggestion dia. 


lebih kurang camni la semalam, hihi
sambil dok tunggu nak masuk kelas tu, dok pusing sana sini. cari kot-kot ada kawan lama duduk sekelas. masih xjumpa. duduk bawah pohon rendang depan kelas D1-4. kebetulan, ada dua orang muslimat ada kat situ. mula la buat ramah konon-konon boleh berkepit dengan depa dalam kelas nanti. ngee~ 


alhamdulillah. bila da masuk kelas tu, jumpa dua, tiga orang kawan lama. hehe, akhirnya. xda la rasa janggal sangat. kelas Tauhid, Ust Nazari. orang Langkawi kot, sepanjang kuliah Ust rajin sebut pasai Langkawi eg: nama tempat, sejarah yang berlaku etc. tapi enjoy la, Ust selalu buat lawak. 


dalam Ust dok explain pasai ilmu Tauhid tu, Ust dok tengok muslimin. pastu Ust kata kat sorang ikhwah ni '' hang ni buat aku confuse la. hang dok kelas A kan. patut aku dok tengok dari tadi macam bukan budak kelas ni ''. 


ana da mula gelabah dah. buat Ust tanya satgi, habis laa. ada jugak Ust dok lilau saff muslimat. langkah berjaga-jaga supaya Ust xsyak kehadiran ana tanpa permit yang sah, ana buat muka confident ja. Ust tengok, ana tengok balik. haha. 


satu jam setengah dalam kelas tu, bila pikiaq-pikiaq balik. seronok jugak ya masuk kuliah orang ni. hihi. pengalaman yang sangat bermakna, dengan buku n pen pun pinjam kat kawan. masuk buat muka xbersalah ja. huhu *dengan harapan nak buat lagi bila balik kampus nanti. buat sapa-sapa yang perasan ada stranger dalam kelasnya/dewannya nanti, diam-diam udah ler. bukan nak kacau, ana cuma nak belajaq bersama anda :)



p/s: xsalah kan kalau budak Fizik masuk kelas budak Bahasa Arab nak belajaq Nahu. indeed, ilmu itu juga milik-Nya, bukan ? jadi, jom kita meng'imarah kelas/dewan orang lain jika berkelapangan. cadangan dari saya, si pencinta ilmu *konon :p

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)