assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

 
kaki melangkah lesu menuju ke bilik mesyuarat..
fikiran kian kusut, rasa macam nak terkulai di bawah terik mentari..
beraneka persoalan mula bermain-main di kepala..

ya Allah, sungguh.. aku cuba menahan rasa hiba ni..
kuatkan hamba, ya Allah.. hamba lemah tanpa perhatian-Mu..
cuba menahan sebak.. teruskan perjalanan..

26 Zulkaedah 1433, Jumaat..
aku memandang kosong kertas di tangan.. fikiran jauh menerawang..
kalau la mak ada saat ni, mesti mak da pujuk.. TT.TT

tanpa disedari, titisan tu menitis lagi..
ya Allah, aku cuba menjadi hamba-Mu yang tegar dengan ujian ni..
namun, aku tewas.. tewas dengan ayaq mata sendiri..

*tik.. tik.. satu mesej masuk..

i)
''ya Allah, permudahkanlah sahabat yang ku kasihi ini menduduki imtihan dunia-Mu.. Jadikanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redha-Mu.. Dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmu-Mu.. Terimalah air matanya sebagai penyejuk kemurkaan-Mu.. Belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selain dari-Mu.. Wahai Allah Yang Maha Pengasih, ku rela cagarkan ''satu-satunya simpulan ukhuwah nan rapuh ini'' andai ia mampu menjadi mahar agar sahabatku ini layak mendapat perhatian-Mu.. kerana ku tahu tiada yang lebih membahagiakannya melainkan KEJAYAAN DI ''JETI'' PERSINGGAHAN INI untuk dibawa pulang ke kampung akhirat kami''

ayaq mata kian laju.. dalam cubaan mengawal perasaan..
ya Allah, si dia sedang memerhatikan aku rupanya ! TT,TT

aku alihkan semula perhatian pada kertas tadi.. 
kemudian, mesej kedua mengetuk..

ii)
sedih ;( tengok ayu.. selalu :D hepy

lantas mulut ku kunci rapat.. esakan kecil mula kedengaran.. 
Allah.. Engkau berikan aku ujian n Engkau kirimkan aku sahabat yang HEBAT !
keduanya simbolik dengan kasih sayang-Mu.. aku disayangi ! Allah.. 

selang beberapa minit kemudian, mesej baru masuk pulak..
sender yang berbeza.. n dia bukan disamping ku pada ketika tu..
yang anehnya, seolah dia taw yang aku tengah menangis.. o.O kuasa Allah !

iii)
salam, ayu all the best in your life, la takhaf wa la tahzan innallaha ma'ana (>_<)

iv)
ayu yang k.farah kenal seorang yang kuat semangatnya.. tetap pendiriannya.. dek kerana itu ayu jadi insan terpilih disisi-Nya tuk jadi lebih kuat.. ayu kuat..

v)
Binalah taman dengan syurga di hati agar hati diselimuti kedamaian dan ketenangan, mulalah memburu siang dengan nama Allah dilena malam dengan berbantalkan kalimat-Nya, baca al-Quran dengan terjemahannya, tunaikan solat wajib dengan solat hajat, juga pohonlah agar diberikan jalan lurus dalam meniti kehidupan, jadilah seperti mata air yang xpernah berhenti melepaskan airnya ke sungai tanpa mengharapkan air itu kembali.. jadilah bak mentari yang xpernah berhenti memberi cahaya tanpa minta mengharap cahaya itu akan kembali sebagai balasan.. salam sayang.

vi)
kadang-kadang HATI merintih derita.. JIWA menangis sedih.. AKAL mengeluh letih.. namun hakikat hidup xkan berubah.. yang perlu diubah adalah DIRI yang menghadapinya.. HATI memilh jalan.. AKAL memulakan langkah n IMAN meluruskan arah.. diDOAkan agar terus tabah mengharungi cabaran meniti KEHIDUPAN.. moga kasih sayang Allah sentiasa bersamamu.. :D

vii)
inginku kongsikan tatapan ini untuk hatiku n hati sahabatku fillah.. ''mukmin itu jiwanya damai, xmudah digoncang oleh ujian.. baginya ujian sebagai TARBIYYAH dari Allah, tanda kasih sayang-Nya, jua penghapus dosa n kata seorang sahabatku: ''bersabarlah, bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan yang lewat tiba..'' ku doakan Allah sudi kekalkan kita di atas jalan ini untuk selamanya n sentiasa mengurniakan kejayaan dunia n akhirat.. satu sahaja hasratu, ingin ke SYURGA bersama denganmu, uhkti fillah :D

Allah.. Allah.. Allah..
benarlah, jika kita nak ''miliki'' hati maka mintaklah dengan Pemilik Hati..

yang xdiduga.. waktu dok dalam dewan, naik la ''artis-artis'' kami buat show.. 
nasyid pun kena sangat la dengan tema hati aku hari tu, UJIAN !

n si dia ada di kerusi sebelah.. 
sedang menyanyi-nyanyi kecil.. 
katanya ''ujian adalah.. tarbiyyah dari Allah.. apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya''
gurlp, xie xie kak fizah ! ^_^v

p/s: esok ada paper, tapi jari lebih selesa untuk menari-nari atas keyboard =.='

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)