assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

dua' ; just simply talk to Him.. bukan? ;')

pada suatu masa kami berhimpun dalam satu program di luar kota..
seteleh selesai kerja jam 12 tengah malam, kami merasa sangat keletihan
kerana program seharian yang kami jalani dengan bersungguh-sungguh..

kebetulan saya(Ustaz Omar Tilmisani)dan Hassan Al-Banna menghuni bilik yang sama..
saya merasa sangat penat sekali 
n ingin terus tidur supaya tidak terlewat bangun solat subuh..

kami berbaring di tempat tidur masing-masing..
tidak berapa lama beliau memanggilku..
''Omar, awak sudah tidur?''
lantas aku menjawab, ''labbaika, belum Mursyid.''

Hassan Al-Banna mendiamkan diri, tapi xlama kemudian beliau bersuara semula..
''Omar, awak sudah tidur?''
lantas aku menjawab, ''belum lagi Mursyid.''

hati kecilku bertanya..
mengapa beliau bersikap begitu..
setelah lama Mursyid terdiam, beliau akhirnya mengulangi pertanyaan
n oleh kerana aku merasa sangat penat,
aku membiarkan soalan tersebut tanpa jawapan..

Imam Hassan Al-Banna yang menyangka aku telah tidur
lantas bangun perlahan-lahan menuju ke arah bilik mandi..
di bilik mandi, Hassan Al-Banna sangat berhati-hati berwudhuk
supaya bunyi percikan air tidak mengganggu tidur lenaku..

kemudian, aku melihat beliau mengambil tempat di suatu sudut bilik
beliau menghadap kiblat n beliau pun bersembahyang malam beberapa raka'at..
subhanallah.. begitulah ajaran beliau yang sangat melekat dihatiku..

dirakamkan oleh: Ustaz Omar Tilmisani
copied: Kitab Memperingati 100 Tahun Hassan Al-Banna..


memang sangat terkesan, terkedu..
beliau meletakkan ikhlas pada maqam yang sangat tinggi.. Allah..
tepuk dada, tanya iman..

benarlah..
orang yang berbakti, bertaqwa n tersembunyi..
jika mereka tidak hadir, tidak dicari..
jika  hadir, tidak dikenali.. 

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)