assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


berjalan merentasi gerimis,
Allah, tenangnya hari ni.. 
lambaian pepohon di rumah Allah menyambut kedatangan hamba-Nya,
makhluk-mahluk Allah yang comel kelihatan aktif mencari manisan, ke sana ke mari,
kelihatan di sudut sana, seorang ummi sedang lunch bersama putera n puteri agama :)

sedang asyik tengok ayaq hujan satu demi satu jatuh mencium bumi,
teringat kisah yang diceritakan oleh Habib Ali Al-Jufri, 
mengenai macam mana pandangan kita terhadap orang lain..

kisah dia macam ni ^^ 

seorang 'abid dari kaum Bani Israil, hidup 500 tahun kerjanya beribadah pada Allah..
n seorang fasiq dari kaum Bani Israil yang hidupnya xpernah taat langsung pada Allah..

ada satu hari tu, sorang mai dari satu arah n sorang lagi dari arah yang lain..
ketika mana depa ni bertembung, masing-masing pakat berpaling muka ke arah lain..
tapi, tahukan hampa atas sebab apa?

'abid(ahli ibadah)tu berpaling sebab keangkuhan dia terhadap orang yang buat maksiat tu..
dia bersangka bahawa Allah xkan ampuni orang fasiq tu selama-lamanya *punya la suu' zhon --'
dia tengok diri dia lebih baguih atas sebab ibadah dia.

manakala orang fasiq tadi berpaling atas sebab apa?
dia berpaling dari tengok 'abid tadi atas sebab dia malu dengan Allah..
waktu dia berpaling daripada tengok 'abid tadi seraya berkata :

"astaghfirullah.. sapa la aku untuk berjumpa dengan orang yang baik ibadahnya sedangkan aku ni orang yang fasiq"

disebabkan 'abid ni merupakan orang yang taat beribadah, maka dia mendapat karamah(kemuliaan)di atas ibadah yang dia kerjakan..
jadi, apabila dia berjalan maka awan akan menaungi dia.. Allah..

recall*** 
'abid tengok orang fasiq dengan dengan pandangan takabbur.
orang fasiq tengok si 'abid dengan pandangan malu kepada Allah.

ketika mana depa bertembung,
masing-masing memalingkan muka..
n waktu depa berpisah.. jeng.. jeng.. jeng...

awan yang berada atas 'abid tu terus meninggalkan dia,
n ikut orang fasiq tu lalu menaungi orang fasiq tu.. see, Allah is Almighty..:)

moral of the story, kita xdibenarkan untuk menghina orang.. hinalah maksiat, tapi jangan hina si pelaku maksiat.. sesungguhnya kita xtaw keadaan yang macam mana dia akan mati.. fahamilah makna ibadah, ibadah yang sebenaq adalah ibadah yang akan menambahkan kerendahan diri n kita akan sentiasa merasa kekurangan diri.. Allah..

jangan dok berasa yang diri kita ni lebih baik dari orang lain.. kerana dari sebuah pandangan ja akan bagi effect besaq kepada hati.. hati akan jadi hitam, gelap dek sifat takabbur yang bersemayam dalam hati, wal'iyazubillah.. 

p/s: sama-sama kita nilai sejauh mana pandangan kita terhadap orang lain ^_^v

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)