assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..
orang yang kita xkenai atau xberapa kenai,
kadangkala depa jauh lebih kenai kita berbanding kita kenai diri kita sendiri.
memandangkan semua adik-adik pakat ada kat rumah,
tengok karenah setiap dari depa..
ermm, macam-macam versi perangai..
untung la aku ni anak sulung, ngee. XD *bab merap memang dah adun sebati.
ni diantara kelebihan anak sulung,
yang memang xboleh nak disembunyikan disebalik kuali, belanga mahupun kawah kenduri.
pesanan awai, mintak kepada yang bukan berstatus anak sulung,
yang nak sambung baca entry ni, bolehlah nak pakai alas apa2 kat mata,
takut satgi silau, terasa pulak.. hee~
i) pengerusi dalam organisasi adik-beradik.
saat bilamana adik-adik nak main dalam rumah,
mak abah nak qailullah.. jadi, si pengerusi ni la yang akan menguasai pentadbiran rumah..
Along: jangan hingaq ! mak abah nak tiduq.
Adik-adik: (buat dunno)
Mak: awat yang hingaq sangat ni, tengok adik-adik tu.
Along: ya, mak.. budak-budak ni xmaw dengaq orang cakap.
Mak: tibai yang mana larang xreti tu.
Along: ok, mak.. *sambil buat mata bersinar-sinar
Adik-adik: (sunyi sepi)
ii) melatih adik-adik menjadi buruh mahir.
memang arif dalam melatih adik-adik menjadi pendengar n pengikut yang taat..*gelak tutup mulut, haha.
Along: sikit lagi weh, xsampai lagi ni.
Angah: xkan xsampai lagi, banyak kali dah ni.
Alang: ya, xsampai lagi.
Angah: aku penat dah ni, cepat la.
Along: jangan dok menyebai, cepat !
iii) menjadi tumpuan n buruan saudara mara.
bila lahirnya anak sulung, memang akan kecoh satu kampung.. lagi-lagi, cucu sulung..
memang akan dapat sentuhan selembut johnson baby, ermm.. apatah lagi kalau dalam bab pendidikan, memang akan menjadi ikon buat adik-adik.
Mak: tengok, Along dapat masuk universiti.
Adik: universiti tu apa, mak?
Mak: tempat orang pandai dok mengaji.
Adik: ooo.
Mak: besaq nanti ngaji pandai-pandai macam Along.. dapat masuk universiti.
Adik: ya.(tertekan)
iv) perasmi tegar.
ghalibnya, anak-anak sulung ni merupakan perasmi.. dari pakaian, mainan, buku semua diperturun kat adik-adik.. buat adik-adik, sabor ye :p
Adik: abah, nak mainan baru macam Izzati main tu.
Abah: xpayah, mainan Along hang elok lagi.. main yang tu.
Adik: nak yang baru jugak.
Abah: yang tu elok lagi, xrosak kat mana pun.
Adik: (patahkan mainan Along) dah rosak ni.
Along: maaakkk.. adik kepak mainan cheq.
Mak: budak niii.. mai sini ! *kejaq adik keliling rumah.
ok, cukup setakat empat ni dulu.
berbulu mata adik-adik aku bila baca entry ni, heh :D
0 comments:
Post a Comment
jom berkebun idea di sini.. :)