assalamu'alaikum.. ^^


bismillahirrahmanirrahim..


pesona n keindahan al-Quran, adalah nur n kehidupan setiap yang bergelar Muslim.. setiap kata di dalamnya berisi kehidupan.. bagi kami, yang terkasih cumalah al-Quran semata-mata.. Allahu Rabbi.. T_T

bila da hampir dengan fatrah imtihan ni, makin naik mual n loya rasanya.. pegang buku ni, rasa bersalah kat buku satu lagi.. semua menagih perhatian saat ni.. kalau la otak ni boleh scan sekali ja then ingat semua, rasanya saat ni mesti tengah tengok kartun, keropok twisties di tangan.. haha, agak melampau kan.. *tangan di dada, mata di atas.. ada sikit perkongsian yang mana ana dapat daripada seorang ustazah.. :)



فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
{surah 94 : 5-6}




 الْعُسْرِ
*adjektif yang membawa maksud kesusahan

 يُسْرًا
*adjektif yang membawa maksud kesenangan

dua-dua merupakan adjektif, tapi adjektif yang pertama ja yang ada ال...

rupanya ال tu ada maksud yang tertentu.. dua ayat yang ada perkataan yang sama n  الْعُسْرِ merujuk kepada kesusahan yang sama.. 

manakala,  يُسْرًا walaupun perkataan yang sama ada pada dua ayat yang berbeza, tapi membawa maksud kesenangan yang berbeza..

ironinya kat sini, dengan satu kesusahan akan diikuti dengan dua kesenangan.. Allahu Rabbi.. tinggi maqam al-Quran disisi orang yang beriman.. rasa macam nak teriak ja, Allah Maha Penyayang.. Dia uji kita sikit, tapi Dia selamatkan kita banyak sangat.. 

thank you, Allah.. T_T

sujud syukur.. 



special greeting from my friend, Che Naimah from Kelantan.. 10s Na ! berbuah harapan di situ.. dapat sahabat baik pun, dikira rezeki kan.. :) bukan signifikan kepada makan n minum ja.. :p

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


rindu nenek.. T_T mudah-mudahan beliau sihat di sana..
















rindu jugak dekat pak su n mak su.. n baby depa yang bakal delivered Mac depan, insyaAllah..
























mak tok, rindu nak jumpa mak tok jugak.. nak makan nasi ikan pekasam gred A yang mak tok buat.. T_T





arwah ayahwan ana.. ana xsempat nak berguru dengan beliau, beliau 'p' tika mana ana baru mula nak cerdik.. T_T

p/s: secangkir kata untuk di rasa.. semanis titisan madu.. seputih lautan susu.. meskipun kalian tidak mempunyai kemewahan, namun sakinah n mawaddah itu ada bersama kalian.. nak balik kampung... T_T 


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

malam itu akan terus menyendiri, tanpa pengertian daripada manusia


pandang ke luaq jendela, merenung langit malam.. langit yang xpernah membuatkan ana rasa bosan, terbayang memori indah bersama orang-orang yang comel di dalam mahupun luarannya.. terasa dilimpahkan dengan rahmat Allah ketika tue.. teringin menjadi seperti mereka.. *senyum segaris :]

manusia tue, fitrahnya Islam.. tenang, damai.. apabila kita melalui kehidupan melencong dari jalan Islam, hati n fikiran terasa resah gelisah..

manusia, kita di design oleh Allah tersangatlah istimewa.. *tapi ramai lagi yang masih xberapa nak sedaQ.. -.-'

tanpa ilmu, susah sikit la nak rasa yang kita ni terlalu istimewa.. tanpa yakin ; beriman, susah nak rasa yang diri ni sangat berharga..

hatta, lebah pun ada fungsi n peranan atas muka bumi ni, apatah lagi kita yang Allah muliakan dengan pelbagai kurniaan..

jangan biarkan hati itu ditimpa penyakit, kita dianjurkan untuk lebih banyak menjaga hati berbanding mengubatinya, kerana pastinya kos belanja pencegahan tue tidak semahal belanja mengubatinya..

tu la sebab kita kena bersihkan selalu dengan zikir, dengan buat perkara-perkara sunat.. supaya hati tue kembali kepada fitrah yang inginkan kebaikan.. n kena jugak tuntut ilmu biaQ akal taw nak beza antara haQ n batil..


terdiam, terus merenung..
tarik nafas dalam-dalam.. 


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

al-baQarah; 74

benarlah.. hati-hati itu, Allah yang pegang..
bukan mana-mana yang bernama manusia..

senyum segaris.. :]

- ijazah terbaik datangnya dari jalanan -
Malique

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


ya Allah.. kini ana di fatrah imtihan !

buat sahabat-sahabat yang sesaff dengan ana, jangan mudah mengalah supaya kita tidak kalah..

nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
- Marcus Aurelius -


elak daripada jawapan di copy paste.. memang xda harapan la nak fotostat jawapan kawan kalau camni.. hehek


nak tengok lebih jelas, klik pada gambaq untuk besaQ kan.. tengok dia tulis apa..

both are the words of Confucius
  • orang yang hebat bertindak sebelum berkata n dia berkata selaras dengan tindakannya
  • seseorang yang melakukan kesalahan n tidak membetulkannya, dia telah melakukan satu lagi kesalahan


sekian sudah untuk wordless lewat malam macam ni.. -.-'
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim...


your heart is very valuable, so don't let someone enter your heart unless they deserve it




eheh.. hak yang macam mana tue.. nak kena mintak permission dulu ka? bukan nak juai mahai, hakikatnya memang da betoi pun mahai :p 

back to our topic.. alangkah bahagianya terasa bila dilahirkan sebagai anak sulung.. *sapa anak sulung, sila angguk.. pada yang xberkenaan, sila tutup muka anda n angguk jugak, akui kebenaran ni.. ;))

ada la ana dengaq audio yang dirakam dari talk yang disampaikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah, part yang ana rasa agak nak betoi sikit la kan, kebanyakan ana sulung ni MANJA... ulang suara, kebanyakan nah BUKAN semua.. ahah.. macam mana xmanja, sebelum hadirnya adik-adik bawah kami *merujuk kepada anak-anak sulung jer, memang kami dok sensorang ja.. kena pulak anak pertama, memang mak abah ni agak bahagia lain sikit la dari orang lain.. tumpuan tue, xpayah nak argue lagi memang 100% la kat anak depa ni.. ;D yang tue satu, pastu bila terus-terusan dimanjai sebegitu rupa sementara menanti kehadiran adik-adik lain yang tengah on the way tue, p mana pun just tunjuk ja da dapat.. tue belum buka suara nak mintak lagi.. >.< rasanya ana ja kot macam ni, anak-anak sulung lain semua baik-baik belaka.. 

tapi, sepatutnya adik-adik sekalian patut la rasa bersyukur.. kenapa? ni pendapat ana laa, sebab ana xtaw anak-anak sulung lain macam mana, so far refer to my observation la kan memang KAKAK sulung ni lemah lembut sikit >_< ihikihik yalaa.. dah dulu dok manja dengan mak abah, da memang xda la rasa nak berkasaq tue.. kalau ada yang dok sembang kasaq tue, include in the other terms, eheh.. ana xboleh nak explain pasai apa, sebabnya ana xtaw motifnya.. 



seterusnya, bila da ada kelebihan peluru ni.. time ni la nak tembak hati adik-adik ni.. just analogi, oke.. kelebihan yang macam mana? sendiri tanya, sendiri yang jawab -_-' boleh dikatakan banyak jugak la kelebihan anak sulung ni.. lebih memahami, pandai amik hati, mudah mesra n etcetra.. oppss.. tertinggai pulak lagi satu point, manja ! hekhek ^-^' bagi ana sendiri, ana cepat mesra dengan orang, tapi tengok orang jugak laa.. kalau yang macam xberapa mau cakap tue, ana senyum-senyum camtu ja.. yang ana suka berteguq pun, dengan pak cik n mak cik.. seronok sembang-sembang dengan orang yang mempunyai kelebihan umuq ni.. teheee ^_^v jaga-jagaa.. 


baru-baru ni ana ada ikut satu program motivasi ni, jadi fasi bagi adik-adik tahun satu sampai la tingkatan empat.. mula tue ana agak malu-malu sikit, bila da sepetang bersama tue mula la ana ikat hati-hati depa.. refer untuk adik-adik dalam group ana jela.. semua tahun empat, petang tue kitaorang ada latihan akademik sikit, ana da mula pancing hati depa.. tunggu sesi untuk teori solat malam tue, ana bercerita sikit mengenai solat kemudian ana mulakan cerita-cerita teladan.. ana baru pada muqaddimah penceritaan, depa pun mula buat nasi tambah sama untuk memeriahkan lagi cerita.. adeehh -_-' saboo jelaa..~ 


ustazah.. kalau xsengaje tinggal solat xpe ke? sebab waktu subuh tue susah nak bangun..


akak.. saye xpernah tinggal solat kat rumah.. saye selalu solat dengan ayah..


memang malam tue dihujani dengan pertanyaan n perkongsiaan dari depa.. ada la jugak yang mintak email la, phone no. la.. macam-macam.. tapi ana cuma sempat sehari bersama depa, hari kedua da kena balik ada hal.. T.T xsempat nak amik gambaq sesame.. 



Mohd Agha.. kerap mesej ana.. tanya ini, tanya itu.. kalau ana lambat replay, mesti ada mesej lain sampai pulak.. ahah.. suweet sungguh la adik ni.. insyaAllah, azam ana bagi mana-mana adik yang termakan ubat tarbiyyah ana kemudian menunjukkan kesan positif, akan ku pegang hati mu.. insyaAllah.. insyaAllah ! jangan serik ya kenai akak.. xsusah pun nak kenai n rapat dengan kanak-kanak ni, just lembutkan bicara *bukan mengada-ngada, banyakkan bercerita *bukan cerita tahyul, ikut rentak depa *kalau yang jenis kasaq tu, xperlu kot kita turut jadi kasaq, kalau yang manja tue lagi best.. slow talk ja dengan depa, berpakejkan kecumilan dia yang terserlah pulak.. wah, romantisnya ! n banyak lagi method yang boleh kita guna untuk tarik hati depa.. jangan sesekali berkasaq dengan depa ! 


tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi

p/s: doakan ana supaya menjadi anak sulung yang berjaya di dunia n akhirat.. ^_^v

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

whatever you are, you must promote Islam to the others

entry ni dipetik daripada kata-kata kak Fatimah Syarha.. baca, faham, pikiaq, laksana, istiqomah !


'' bagi akak, orang yang konsisten bertudung labuh kerana dia bertudung dengan kefahaman, iaitu dia berasa perlu bertudung labuh apatah lagi dalam konteks pakaian wanita di Malaysia yang berkain ringan n lembut.. dia juga mengalami pengalaman-pengalaman hidup yang membuatkan dia berasa tudung labuh istimewa buatnya..

bagi yang tidak konsisten bertudung labuh, mungkin dia dalam proses berjinak-jinak dengan tudung labuh.. dia belum sampai merasai tudung labuh benar-benar istimewa buatnya.. hormatilah pilihannya kerana dia melakukan sesuatu yang masih dalam batasan harus, bukannya membuka aurat.. memperlecehkan mereka ibarat tidak membenarkan mereka berhijrah perlahan-lahan mengenal kebaikan..

bagi yang bertudung tidak labuh pulak, mereka melakukan sesuatu yang masih dalam batasan harus, hormatilah pilihannya.. cuma, bagi akak, dengan pakaian wanita Malaysia yang ringan n lembut ni, bertudung labuh lebih berpotensi besar untuk menutup potongan bentuk badan berbanding tudung tidak labuh.. maka, jika bersedia, bolehlah menutup dengan lebih sempurna.. sama-sama saling menghormati, saling menasihati, saling berbaik sangka n saling mendoakan agar kita lebih baik di sisi Tuhan.. Rasulullah s.a.w mendidik hingga satu generasinya (generasi sahabat) masuk ke syurga.. begitulah yang kita impikan pada generasi kita, biar satu generasi sama-sama layak ke syurga.. ''


kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan
memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih baik dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

kekuatan sebenaQ tatkala mana kita hanya bergantung harap pada Dia, CUMA Dia !
rasa rindu nak tatap corner ni, akhirnya.. alhamdulillah, dapat jugak kita kembali bersua.. menyemai benih-benih iman bagi memastikan kesuburan tue xpernah terhenti cuma pada satu lembaran.. 

lebih kurang seminggu ja lagi nak lecture.. cepat kan, sabtu depan da start study week.. nak balik ka xmaw.. xmaw balik ka nak balik.. wuuuu... hati da mula diserang virus yang membuatkan kepala da jadi pening ubi nak pikiaq hal ni.. soalnya sebab ana baru ja sampai dari kampung pagi semalam -.-'' tue yang nak balik/xbalik sama banyak ni.. 


nak dijadikan cerita, walaupun dicelah kesibukan diri dengan esement-nya, discussion-nya, n yang seangkatan dengan-nya sempat lagi buat keputusan nak balik.. tapi percayalah, ni bukan keputusan ana, ni perancangan Dia.. urusan apa, rasanya xperlu nak dipanjangkan cerita di sini, yang pastinya bukan ana balik untuk BERCUTI.. xlekat kat rumah pun..

( layan perasaan sebelum train gerak, gambaran di luaQ jendela )


(dalam train, gambaq disnap secara senyap dari katil atas)

on the way nak balik rumah tu, waktu dalam train dapat sorang kawan, korean.. huhu.. kisah dia bermula saat mana ana nak panjat tangga naik katil atas, tersadung kaki.. menjerit kecil, dia teguq n start dari situ la boleh sembang-sembang dengan dia n sempat snap gambaq dia ! kim eun jin, nama dia.. dia nak ke Thailand, bercuti kot.. lupa nak tanya, dia cakap dia 1st time nak ke sana, i'm so scary.. i'm alone.. baik sangat, waktu da sampai stesen keretapi aloQ staQ tu ana da nak turun, terpisah la kami kat situ.. 

( ni la kawan baru ana, kim eun jin.. korean )

sepanjang perjalanan tanpa henti, enam hari lima malam kat kedah da dapat mentarbiyyah kembali ruh ni.. alhamdulillah.. tu ana cakap, bukan ana balik saja-saja.. i keep my work properly ! :p buat ibu n ayah angkat ku yang tersayang, Puan Sakinah n Encik Rahmat.. ana rindui pertemuan kita.. terkunci rapi dalam kotak diari ana, moga-moga kita dapat bertemu buat kali seterusnya.. waaa, heaven-nya.. :)) ana saaayang sangat keluarga BARU ni.. *bukan rancangan realiti tv@apa-apa, oke..

buat sahabat ku, Tengku Hasifah bin Tengku Ahmad yang kini menuntut di IPDA.. ana senantiasa berdoa agar kita dapat lagi melakar kisah bersama.. ana merindui sentuhan tarbiyyah itu.. ana rindu pertemuan itu.. ana rindukan perkongsian kisah kita.. ana rindukan semuanya.. semuanya tentang Islam.. tidak lupa jugak buat kakak yang saaangat prihatin peringkat Negeri Kedah, ohoh kak Tie dari UTM.. thanks, akak.. banyak mengajar ana erti sebuah persahabatan yang singkat penuh dengan warna-warni.. ter-sangat-lah suweet senyuman akak, bikin hati yang gundah kembali tenang.. ^_^v

n kak Nadiah dari UUM, celoteh akak yang membuatkan ana terpanggil untuk mengekori akak di segenap pelusuk.. kikiki.. :)) menjadi perpustakaan buat ana mendapatkan informasi terkini.. ana rindukan kisah-kisah akak, lawak jenaka akak, n semuanya tentang akak.. percayalah, ana sayang kan ukhuwah kita.. n xlupa jugak buat adik yang bermusafir daripada Sabah, Rahimah yang menuntut di IPDA.. n kak Tieqah dari UTM, kak Fauziah dari KUIN, n dua orang kakak yang xsempat ana berkenalan daripada UUM.. sungguh, ana cintakan kalian ! 


aku rindu.. aku rindu.. aku rindu..
rindu berjumpa dengan-Mu dalam syahadah
rindu bersua dengan-Mu dalam iman
rindu bersama-Mu dalam tauhid
rindu dengan indahnya hidup dalam naungan redha-Mu
syari'at Islam.. daulah Islam.. khilafah Islam..

ya Allah..
hantarkanlah kerinduan kami ini
mudahkanlah..
lapangkanlah..
untuk meraih cita-cita tertinggi kami..
kemuliaan hidup dalam Islam, atau syahid dalam perjuangan

terima kasih ya Allah.. Engkau telah kirimkan mereka ke dalam kehidupan ku.. makin marak Cinta ku pada-Mu tatkala hati mula terpaut pada tarbiyyah yang Engkau anugerahkah buat mereka.. 


p/s: pesanan akhir, kalau anda n anda di luaq sana nak tambah ilmu, amal n iman.. ana syorkan moh la pakat-pakat baca buku-buku ni keh.. sangat bermanfaat, sampai mak ana cakap sikit hari lagi dekat satu corner dalam rumah kami dia nak buat library, bertimbun-timbun buku.. boleh la pakat mai berkunjung ke rumah ana ya, kot ada simpan hajat nak jadi librarian dulu xkesampaian, mai ana nak tolong sampaikan.. :p saja nak promote, kepada yang xmaw sila abaikan pesanan ni, xda paksaan.. terima kasih ! ^_^v


p/s's: boleh klik pada gambaq untuk besaQ kan..
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

many people will walk in and out of your life, but only true friends will leave footprints in your heart

ramai orang akan berjalan masuk n keluaQ dari kehidupan kamu, tetapi hanya sahabat sejati yang akan meninggalkan kesan/jejak dalam hati kamu


X: awak ! jaga-jaga.. ada tiang kat depan..
Y: huuuh.. leka seketika tadi, kalau awak xcakap mesti da terbabas tadi.. terima kasih eqk..

X: eh.. tepi sangat tue.. ke sini sikit..
Y: terima kasih eqk.. kalau awak xpegang tangan saye tadi mesti da jatuh longkang.. 10s wak !

X: eh, awak. da lewat ni.. jom gerak..
Y: fuuhh.. nasib baik awak ingatkan, kalau x mesti da terlepas flight.. terima kasih eqk..

X: eh, eh.. belok KANAN awak.. bukan KIRI..
Y: ooppss.. maaf ya, nasib baik awak ingatkan.. kalau x, mesti da salah jalan tadi.. 10s wak !

X: awak, pakai la stokin yek.. TERTUTUP TU KAN INDAH.. 
Y: biarlah, saye punya sukalah.. nyibuk je !
X: Allahu Akbar.. ya Allah, kurniakanlah petunjuk buatnya.. sesungguhnya, aku menyayanginya.. aku inginkan keselamatan buatnya..


ukhti ku sayang..
sejuk mata memandang, sucinya hati terpancar di wajah
onak n duri ditempuh dengan penuh kesabaran, ia dianggap sebagai Rahmat
lancar bibirnya menyebut asma' Allah, licin lidahnya dengan zikrullah
larangan Allah, sentiasa dihindari
hanya rindukan Maghfirah Yang Esa, rindukan syurga-Nya
akalnya pintar dibawah peliharaan al-Quran
hasilnya, lahirlah WANITA SOLEHAH.. WANITA SYURGA.. 


ayuhlah, kita berpimpin tangan bersama
terus mencipta langkah menggapai Kasih-Nya
ukhti ku, kerana sesungguhnya yang tertutup itu indah
benar, hanya menampakkannya pada yang layak n berhak..
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


kesusahan n derita itu indah, jika ia kerana Allah.. kerana, derita n kesusahan itu akan sampai kepada Allah dulu, kemudian baru la kepada apa saja yang membuatkan kita susah n derita..




mmm.. ouh, hati.. sila ikhlaskan nikmat terindah ini..

sedaQ xsedaQ sebenaqnya ana da di ambang peperiksaan.. bukan mid term, nak final dah ! kalau la ana mampu putar balik masa tue.. huhuuuu.. nak mengaji lagi.. tinggal lagi dua minggu ja sebelum study week, seminggu.. pastu, final exam.. ya Allah.. 

nak hampir dengan exam ni, da beberapa kali ana diuji.. sebelum ana menduduki test yang manusia buat, terlebih dulu ana merasai test yang Allah atur buat ana.. alhamdulillah.. kali ni awai sikit ana terima, sem lepas tengah-tengah exam, diturunkan ujian.. sekarang, tiga minggu sebelum sampai kepada zon ni, da dapat cinta yang mungkin akan berbekas, kekal ! 

ni makan dia.. huhu.. ni la padahnya bila orang sedia padang untuk bersukan, tapi xmanfaatkan.. nak jugak bersukan dalam rumah.. orang jungle trekking kat hutan lipur, ana ber-trekking dalam rumah.. sakit la jugak, nasib baik xda orang.. :P



mula tue ingat nak diamkan dari mak ja.. sekali mak call daa.. macam taw-taw da khidmat nasihatnya diperlukan saat ni.. tu la yang special-nya mak ni, semua taw.. ;D tapi bukan mak cakap pun, adik ana yang bongsu tu suruh call ana.. persoalan dia buat ana nak guling-guling ja kat lantai.. nak cakap pasai keretapi.. adoi laa.. fauzan-fauzan.. nak tanya malu, takut mak abah kakak n abang dia dengaq.. dibawak-nya phone tu p luaq rumah, nak sembang dengan ana.. ni satu lagi spesis nak romantik tapi malu-malu.. kakak sendiri pun nak malu ka.. dia ni sejak da mula naik umuq ni, mak ana cerita dia memang banyak bercakap.. kalau sapa-sapa yang mudah tension bila kena soal banyak, ana nak nasihatkan JANGAN SEMBANG DENGAN DIA.. kalau yang dia da taw xpa, kalau info tu dia xtaw, perkataan yang anda akan terima di sepanjang perbualan cumalah ' kenapa, kenapa n kenapa '.. hehe.. penat ooo.. dia akan tanya n terus bertanya sampai la betoi-betoi terjawab persoalan tu..

errr.. ni nak cerita pasai sapa sebenaqnya.. exam, exam.. melalut p rata da ni.. ok, back to our point.. 

teringat ana pada kata-kata dari as-Sayyid Syed Qutb..

'' jika aku ingin melihat perjuangan ini berjaya, nescaya aku tidak akan hidup pada hari ini ''

apabila iman mula berbicara, mudahlah untuk melakukan perubahan demi perubahan.. jangan risau andai xsempat temui kejayaan.. syahid telah pun tersedia buat Sang Mujahid/ah.. doakan ana supaya terus thabat di atas jalan menuju redha-Nya.. kerana ana lemah jika bersendirian.. n sesungguhnya pertolongan Allah itu akan turun jika kita berada di puncak ujian.. untuk itu, jadikanlah ujian itu sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah, insyaAllah..


p/s: entry yang paling ringkas rasanya.. kot.. ^_^v oppss.. sebelum terlupa, masih ada yang xtaw dimanakah ruangan shoutbox ana yang besaq tu menghilang ye.. hehe, dia xhilang pun, cuma bersembunyi ja.. cuma 'klik' ja pada doll yang xpakai tudung sebelah kanan tu.. ok? boleh la kalau nak tinggal apa-apa pesanan di situ.. 

assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


bila meletakkan Allah sebagai prioriti, di mata manusia pahit, di hati kita manis.. ya, xpercaya? cubalaah.. ^_^v

yang ni ada dapat di FB, pikiaq-pikiaq balik ada betoi jugak laa.. serba serbi yang kita buat, bukan semua orang suka.. kan.. ada saja pendapat peribadi masing-masing.. ouh, sila bersabaQ.. -_-'

nak taw mengenai apa? jom kita masuk ke zon monolog..


situasi pertama, kawin hantaran murah..

'' ish.... murahnya hantaran dia.. mesti ada apa-apa ni..''

situasi kedua, kawin hantaran mahai..

'' ish..... mahainyaaa.. nak juai anak ka apa..''


situasi ketiga, kawin umuQ muda..

'' ish.... muda-muda da kawin.. mesti ada buat benda xbaik ni ! ''

situasi keempat, kawin umuQ tua..

'' ish... da tua baru nak kawin, tu la muda-muda xnak kawin, orang da beranak-pinak dia baru nak kawin ! ''


situasi kelima, majlis buat kecik-kecik..

'' ish.... ni kawin ke ape ni, kedekutnya.. makanan pun ntah apa-apa.. bukan selalu, buat la besaQ sikit ! ''

situasi keenam, majlis buat besaQ-besaQ..

'' ish..... besor ye jah.. kalah anak DATUK, nak berlagak la tue.. macam anak dia je nak kawin kat dunia ni ! ''


macam mana.. huhu, penat kalau dok melayan satu-satu.. adaaa ja xkena.. wahai saudara seIslam ku, bersangka baiklah.. jangan dengaQ kata orang, dengaQ kata Allah..  pesanan akhir dari penaja blog, orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.. ^_^v


p/s: kalau nak tengok lebih jelas, boleh klik kat gambaq untuk besaqkan imej.. ^_^v tehee
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

moga-moga Allah meluaskan kesabaran ku.. tehee ^_^v


ku temui kegagalan, maka aku bercinta dengan impian.. kehkeh 

semalam update, hari ni update lagi.. memang koghoje meng-update-in blog aje mek kicik ni.. 

bio ke teman le, ade teman kesah.. :P

ok x, ok x ? heheeee.. tadi ada gotong-royong kat kampus.. masuk-masuk main gate tu, pak cik guard tanya..

'' adik orang perak ke? ''

'' errr.. xla pak cik, orang kedah.. pak cik orang perak ke? ''

'' x.. pak cik orang kelantan..''


alaa, pak cik ni.. ingatkan orang perak, beriya ja tanya.. eheh actually, ni baru intro bagi entry kali ni.. tadi ada gotong-royong kat kampus, bersih tasik ! cantiiiiiikkk.. luaaasss... sejuukk.. tenaaang.. seeesaaangat.. ! yang join ni just students yang amik koko, games yang berunsur ke-jasmani-an macam tu la.. mak cik guard, pak cik guard, pak cik trafik n mak cik trafik pun sama-sama turun padang menjayakan aktiviti ni.. koko apa ja yang ada.. ouh, yang ada PALAPES (certain ipt panggil askar wataniah kan, camtu la.. askar), SUKSIS (diaorang ni polis, bukan PDRM tu.. pelajar sini jugak), BSMM (kitaorang laa.. *blink3 *_^, badan sukarelawan) n SISPA (diaorang ni under JPAM, pertahanan awam).. lain dari tu, ada team netball, memanah etcetra.. 


memang seronok jugak la join aktiviti macam ni.. hari ni saja, da berapa orang da ana dapat berkenalan.. included senior taw.. fakulti bukan main jauh lagi, so tu sebab la xkenai.. bila wujud aktiviti camni dapat jugak berkenalan sambil jalan-jalan membersihkan kawasan tasik.. depa ja yang berani masuk ayaq, kutip sampah-sampah.. ana dok atas ja.. eheh ^_^v tolong jugak oke, bukan melawat kawasan semata.. agak tercabaq jugak bila ada seorang sahabat ajak turun dalam ayaq.. bukan xmaw.. tapiiii... :/


ada peristiwa pernah terjadi, dari situ la ana takut nak masuk ayaq.. apatah lagi, tasik tu dalam kot.. paras lutut ana.. yehee.. dalam x, dalam x? ada ja alasan kan.. tapi betoi.. dulu ada program BBOM (bantuan bencana operasi menyelamat) untuk kami, ahli BSM USIM.. buat kat melaka.. ada la kursus berenang suma ni.. ana excited sangat, sebab memang suka main ayaq, sekali lemas daa.. jaket keselamatan tu pakai, tapi sebab kejang urat waktu berenang nak naik tu.. xboleh nak balance badan, mata da berpinar-pinar.. kepala da sakit.. apa lagii.. melelong, demam malam tu berpakejkan selesema lagi.. haaa, itu makan dia.. 

berenang.. huuu.. tolong sampaikan ana padanya.. sebab ana gagal berenang hari tu la, yang buat ana jatuh cinta nak belajaq berenang.. tengok ayat kat atas tadi, yang ana tulis ku temui kegagalan, maka aku bercinta dengan impian.. ni la maksud ana.. haa.. kalau xbaca habis tadi mesti dok pikiaq kot lain.. jangan sinisi daku dengan mentaliti pesimis mu, suu' zhon hati hitam mu :P

( ni housemate ana, ex-roommate sem lepas n memerangkap classmate sekarang.. sakan main ayaq.. kikiki )

ana nak belajaq berenang.. tapi tu la, kalau sapa ada jumpa mana-mana pusat akuatik, pm (private message) ana oke.. ana nak belajaq.. napa xbelajaq kat kolam belakang umah ayahwan ja? errr.. dah.. da belajaq da.. tapii.. xlepas jugak.. asyik bergayut ja kat ranting pokok rendang tepi kolam tu.. :'( bukan p ketengah pun.. dulu ada ayahwan, mak su tolong ajaqkan.. sekarang, ayahwan da xda.. mak su da kawin, xmaw nya dia turun dalam kolam.. kena pulak ada katak.. alamak.. cheQ menyelam xtimbui-timbui dah laa..

( sempat lagi kami posing, orang lain dok buat keja kat bawah tu ^_^v )

insyaAllah.. moga-moga Allah luaskan kesabaran ana untuk capai satu lagi impian ana ni.. biarkan ana penat n susah.. kerana ana ingin belajaq daripadanya.. kerana yang indah itu, hanya indah dalam pandangan Allah.. ^_^v

p/s: boleh 'klik' pada gambaq untuk besarkan.. ^_^v