assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

ana ada sorang kawan perempuan..
dari mana kenai? better xpayah mentioned.. ^_^v
kadang-kadang dia marah atas kesalahan orang lain..
yang ni normal.. semua orang pun sama..

normal, sapa xmarah kalau da buat salah..


dak.. dia xmarah..
dia cuma meleter sayang pada orang yang buat salah tu..
just  menjadi pendengar setia tatkala dia meluahkan perasaannya..

just imagine oke, in a FEW SECONDS, 
her mood can completely change to 90 degree,
daripada sepanas air di dalam cerek panas, terus jadi sesejuk ais krim..


ya, benar..

dengan ceria di tambah bahagianya dia bercerita mengenai cinta..

eh?

terus lupa apa yang dia marahkan..
seolah macam xda apa-apa yang terjadi..

adakah ini yang di maksudkan dengan the power of love?

mungkin ni la kot.. salah satu perkara yang buat ana xfaham.. xfaham dengan sikap perempuan..
thats including me, myself..


banyaknya emosi.. serius..
sebanyak plankton di lautan..
xmampu nak describe, banyak sangat.. n mudah+cepat berubah..

walaupun berjuraian ayaq mata turun, mampu lagi menguntum senyuman.. 

alolo.. suweet sangat.. >_<

anda faham?

ana pun xbapa nak faham.. -_-'


kerana perempuan, Allah ciptakan dia hanya satu akal, sembilan nafsu..
agaknya dengan sebab ilmulah baru akal tu berjaya mengawal dengan penuh saksama..
patut la Rasulullah pesan kalau nak cari isteri, cari yang beragama, 
yang taw agama lengkap pakej, insyaAllah..

moral of the story, sangat menyanjungi ayahanda ku yang yang cumil lagi tabah, 
sebab tertanam kesabaran yang luar biasa dalam menjalani kehidupan bersama ibunda tercinta..


sayang abah macam mana abah sayang mak.. ^_^v
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..



ana cuma nak berkongsi rasa syukur seorang hamba tatkala Allah ' menampakkan ' anugerah yang selama ni didambakan oleh hamba-Nya yang kegersangan ilmu.. ^_^v



jumaat.. sayyidul ayyam.. ya Allah.. ana rasa bertuah ditambah bahagia tatkala mana Allah memilih ana untuk merasai kasih sayang-Nya dengan menghadirkan keinginan yang ana dambakan selama ni.. alhamdulillah..


post ni terpaksa ana tangguhkan disebabkan masa yang sentiasa mengasak ana meng-aula-kan tugasan yang lebih memerlukan khidmat ana.. 



ok, berbalik pada apa yang nak ana kongsikan di sini ketika mana ana join satu forum mingguan buat siswi di kampus ana, forum yang bertajuk terapi solat.. subhanallah, sungguh ! bertambah teguh iman ana terhadap Islam.. bertambah mahabbah ana terhadap perjuangan Islam.. syukur ya Allah.. syukur.. syukur kerana Engkau telah memilih ku untuk mendampingi lantaran mencintai Deen-Mu.. T.T 


akan ku cuba menjadi mukmin yang terbaik dalam memperjuangkan dakwah Islamiyyah ni, ameen insyaAllah..


pernahkan kita dengar forum, ceramah, talk etcetra mengenai kisah junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w diisra'kan ke langit.. ana rasa bukan 'pernah' tapi acap kali kita dengaq kan.. rentetan daripada peristiwa tu, tahukah anda, terkunci rapi hikmah besar di sebaliknya.. ya Allah... sukarnya ana nak gambarkan.. 


manusia = akal n nafsu
binatang = nafsu, tapi xda akal
malaikat = akal, tapi xda nafsu

pada malam Nabi diisra'kan tu, Rasulullah (seorang manusia/insan yang mempunyai akal n nafsu) menunggang sejenis binatang (ada nafsu tapi xda akal) yakni Buraq n Malaikat Jibrail (ada akal tapi xda nafsu) sebagai penunjuk jalan.. oke? setakat ni boleh nampak dak lagi apa yang cuba ana nak sampaikan? 


oke3.. nampak cikit2.. 


ok, baik.. bagi yang rasa kabur lagi tu, maksud yang ana nak sampaikan di sini kita sebagai manusia dalam apa jua tindakan yang kita nak amik, akal mestilah mendepani nafsu.. yang mana kita seharusnya menunggang nafsu, n mengikut telunjuk akal yang SIHAT.. sebagaimana percaturan yang Allah nak tunjuk buat kita umat manusia berwasilahkan peristiwa Rasulullah ni.. 



Allah pilih Buraq yakni sejenis binatang yang cuma ada nafsu sebagai tunggangan, nak menunjukkan kepada kita bahawa seharusnya beginilah yang patut kita aplikasikan dalam hidup.. pandu nafsu tu !


manakala Malaikat Jibrail yang berada di hadapan sebagai peneman Rasulullah.. malaikat, yang mempunyai akal dipilih untuk menunjuk jalan.. dari sini dapat dijelaskan bahawa akal digunakan sebagai panduan mahupun cara sebenar untuk kita menjalani kehidupan kita sebagai hamba Allah..


kan.. besar kan hikmah ni.. bukan kita menjadikan nafsu sebagai tindakan awal bagi memenuhi kehendak mahupun keinginan kita.. Allah da tunjuk pada kita melalui peristiwa besar ni.. beginilah yang dikatakan bahawa Islam tu sebagai cara hidup, syumul dari segenap aspek.. Allahu Akbar !


daripada pembuktian ni saja da berjaya menjawab bahawa kita sememangnya berada pada landasan yang benar.. agama yang benar !



duhai nafsu ku.. janganlah engkau pernah terfikir untuk menguasai ku, kerana aku akan terlebih dahulu memandu mu sekalian membawa mu pada jalan yang lurus.. duhai akal ku, pandulah daku dalam meniti hari-hari ku yang bersimpang siur.. tatkala mana aku diuji oleh nafsu ku, cepatlah-cepatlah engkau mempertahankan ku daripada terus terbuai dengan tipu daya nafsu itu..


ya ALLAH.. syukur ya Allah.........
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas sesuatu perkara sebelum kami..
Apa yang telah Engkau rencanakan telah menjawab segala kekusutan yang seringkali membelenggu kami..



sebenarnya banyak lagi yang nak ana kongsikan di sini, tapi memandangkan belum rehat lagi hari ni, seharian mengembara mengutip mutiara bicara kat sana sini.. kepala pun da mula naik pening.. diharapkan anda semua memahami hikmah di sebalik peristiwa isra' mikraj tu ya.. yang mana Allah xpilih Buraq sebagai penunjuk jalan.. hikmahnya, nak habaq kat kita jangan jadikan nafsu sebagai panduan dalam hidup.. nafsu tu harus dikawal, bukan ikut dia.. 


kalau xpaham lagi xtaw la nak cakap macam mana lagi.. semua da besaq-besaq belaka da kaan.. think out of the box, oke.. jangan berfikiran lurus sangat.. cuba pikiaq di sebalik, kembangkan pemikiran tu.. 



cramp da jari dok menaip.. @_@'
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


people may forget words you say, but they will never forget how you made them feel..
sebaris ayat ni ja da buat ana berteleku kat atas sejadah untuk berminit-minit muhasabah diri..
cukup terkesan, thank's to Allah..


(yg dikatakan bilik ku, syurga ku.. sumber ketenangan, hea-ven bila bersama)

bab semalam pulak, lepas masuk untuk creative media writing subject, ada dapat lagi mutiara muhasabah.. ya Allah.. indah sungguh hidup bila bergelumang dalam ilmu ni.. syukur, alhamdulillah..


sedaq xsedaq bila da sampai satu fasa ni, buat hidup lebih matang n terkehadapan nak atasi masalah bukan lari dari masalah.. apa ya? heehek.. mula la nak kena gastrik bila da TERkeluaq ayat skema ni..


tapi bukan yang tu ana nak cerita sebenaQnya.. eh, ada jugak kot sikit-sikit.. eh.. tak.. eh, tengok la apa yang nak diulas nanti..


career n mate.. berat ni nak cakap taip..


kalau diikutkan bidang yang ana amik sekarang di universiti**********malaysia, lebih inclined dalam bidang  journalism, pemberita n err.. lebih kepada bidang yang kena banyak berkomunikasi.. haaa, kan senang cerita.. nak list 1,1 kerja satgi jadi homepage JobsMalaysia pulak..


yang ni la buat ana terpikiaq dek kata-kata madam semalam..


'' awak kene tawu, kerjaya n bidang yang awak ceburi ni sangat mencabar.. that's why lah bukan senang ye nak jadi wartawan.. awak kena hadapi banyak risiko, berhadapan dengan pelbagai situasi.. xsemue orang mampu lakukan kerje macam ni..''


ya.. men-ca-bar.. memang ana suka, dakwah.. haha.. bila anak dumex n dugro da mula cerita..



dedicated to sapa-sapa yang pernah baca atau yang terpernah terbaca novel doktor farhan hadi, denyut kasih medik.. mesti pernah pikiaq balik kan, macam mana sorang doktor yang buleh berhadapan dengan macam-macam situasi.. men-ca-bar tu.. tapi tengok, macam mana dia produce diri sebagai sorang doktor muda yang amat mementingkan syariat n bia'h Islam tu sendiri dalam kerjaya dia.. pikiaq balik.. bagi yang xbaca atau yang belum mempunyai keinginan beserta kesedaran n keminatan untuk membaca, anda diberi kerehatan daripada berfikir..xpayah berpura-pura dok pikiaq..


mmm.. dari situ la ana pikiaq, jika ana ni memang ditakdirkan untuk bergiat dalam bidang ni, dakwah tetap hidup, berjalan, harum n segaQ..


'' eleh.. baru setahun jagung, ada hati impi jadi wartawan..''


luaskan mata hitam tu.. JIKA DITAKDIRKAN, bukan nak kejaq betoi-betoi.. xpernah pun dok doa terlibat dalam bidang ni..


ya.. xkira la apa pun kerjaya yang kita nak cebur atau bergiat aktif.. ingat, ISLAM tu sentiasa hidup sebagai petunjuk..



yelaa.. ana mengaku, ana banyak lagi yang kurang.. at least ada jugak semangat nak hidupkan dakwah dalam bidang yang macam ni.. wartawan kat ****** buleh ja nak kira dengan jari bapa ramai yang betoi-betoi bagi penekanan tentang Islam dari sudut penyampaian.. kalau x, xda la gosip-gosip palsu yang kian berbulu mata muak nak membaca cerita-cerita rekaan lagi palsu tu..


masih tiduQ lagi.. wake up, lakukan evolusi..! haaii, air liuQ basi da mengalir tu.. -__-'


err.. berpindah pada part yang kedua.. mate, ataupun bahasa yang senang orang nak faham, jodoh..
ceyy.. nipu la kalau xsuka cerita part ni, nama pun fitrah..
even manusia yang bernafsu songsang pun memperjuangkan hak same sex marriage..


ada yang bertanya n ditanya jugak.. situasi yang sama, saje nak pupuk lebih sikit budaya TERover rajin menaip ni.. haha


anonymous:
'' kakak.. ade ke ustaz-ustaz yang nak orang macam saye ni.. kerja kilang je kak..''


anonymous yang seterusnya:
'' xtawu la nak.. kite ni orang miskin je.. xda nye orang-orang pandai nak pandang kite..''


anonymous yang lain pulak:
'' saye ni seksi sangat la akak.. saya rasa cuma berkahwin dengan seorang ustaz je yang boleh bimbing saye.. isk.. isk.. isk..''


eheh.. fitnah dunia.. *geleng kepala..



bermacam-macam situasi yang ada.. nak komen apa ni? hehe


kau cakap je apa yang nak cakap.. adehh -__-'


inginkan yang soleh/ah? rasanya da masuk ni tiga kali ana dok ulang benda yang sama.. menJADI, jangan asyik menCARI.. asyik dok cari, hidup n mati dalam pencarian yang xda penghujung..


sekian, terima kasih.. eh, belum lagi.. masih belum berasap laptop ni.. 


berusahalah ya.. jadi produk yang terbaik, jangan asyik mengharap.. satu pesanan ustaz ana waktu zaman muda mudi dulu..


'' ayu.. amalkan doa ni,(surah al-Furqan;74) selepas solat.. mohon ketika berdoa, insyaAllah.. disamping usaha, doa sebagai pelengkap..''


tu la rahsianya.. ^^ yang xtaw, sila lah buat-buat taw ya..tehee..



usar gusar.. usah gentar.. sedetik kita bernafas, ingatlah hanya dengan kehendak Allah.. sedetik masa jasad kita masih ada roh, jangan lupa sebab ianya dengan kehendak Allah.. sedetik lagi kita akan dijemput oleh kematian, sedaQlah ianya jugak dengan kehendak Allah.. kun fayakuun..


jadi, orang utagha sebut jangan berlagak nak tunjuk 'x'.. kita ada n masih bernafas ni pun, atas kehendak Dia.. nikmat apa lagi yang hendak engkau dustakan?


adeeh.. terover tanpa diminta.. -__-'


''... sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..'' (ar-Ra'd; 11)

bukan setakat baca ja nah, cuba tadabbur.. kalau amik mood feeling cita korea sampai borong tisu berlori-lori kat jusco, tesco, giant n nobita buleh kaann.. 

hee.. ^^ for ur information, ana xpernah ternak cita-cita korea oke.. 

xkan peringatan yang Allah bagi ni kita nak buat sambil lewa, kan.. ^^ jom kita belajar romantik dengan Allah.. once again, of course suweet gituu.. 




last but not least..
better late than never, but it's much better if not late..
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

ukhuwah itu segar tatkala disirami dengan kemesraan.. ukhuwah itu subur tatkala dibajai dengan kasih sayang.. ukhuwah itu mekar tatkala disinari dengan cahaya kemaafan.. ukhuwah itu bermesej tatakala melimpah tarbiyyah di dalamnya.. ukhuwah itu bererti tatkala bersulamkan kejujuran.. ya Allah.. alangkah manisnya ukhuwah kerana Allah itu.. 


seusai solat isya' berjemaah, bidadari-bidadari besi di rumah bernombor c-1-9 digemparkan dengan satu bia'h  baru.. apakah? hehe.. nothing serious.. =.=

memasak bersama.. ya Allah, sesungguhnya ana menyayangi jalinan ini ya Allah.. selama hampir dua bulan di sini, jarang sekali kami dapat berkumpul bersama-sama berkongsi rasa.. mmm, rangup jugak ya perkongsiaan bersama ni.. serangup cucur yang kami hasilkan bersama.. ^_^v tehee..


cintailah Allah maka hidup mu sentiasa berada dalam maghfirah..
cintailah Rasul maka ketenangan n kebahagiaan akan menyusul..
cintailah ibu ayah maka ia akan membawa mu ke alam syurga..
cintailah sahabat maka hidup mu akan beroleh berkat..
cintailah ummah maka matlamat mu akan lebih terarah..
cintailah kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan..

ya Allah.. sesungguhnya aku menyayangi sahabat-sahabat ku ya Allah.. raihlah kami ke dalam pelukan rahmat-Mu yang luas terbentang.. peliharalah hati-hati kami agar terus berlari mengejar Cinta-Mu, ya Rahim.. ingatilah kami dengan ujian-Mu yang sentiasa membuatkan kami tidak sunyi daripada tarbiyyah-Mu ya Rahman.. ya Allah, syukur ya Allah.. Engkau telah mengirimkan sahabat-sahabat yang mencintai ku sepertimana mereka mencintai-Mu ya Kareem..


inilah perasaan ana tatkala di pilih oleh Allah untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang cumil ber-pakej-an kelakar.. memang xkering gusi pada saat ni.. malam ni, akan menjadi malam yang terindah buat ana.. ever.. ^_^v

sambil-sambil menikmati cucur yang masih berbaki ni, sempat jugak kami bertazkirah bersama walaupun bukanlah dalam situasi formal, tapi B-E-R-M-A-K-N-A.. itu bukti yang menunjukkan bahawa fitrah manusia yang memang cintakan kebenaran.. terima kasih sahabat, setiap titisan bicara mu itu sudah mampu menunjuk jalan bagi hati-hati yang tercari-cari akan sinar cahaya di hujung sana.. 


persahabatan itu seperti mata n tangan..
ketika mata menangis, tangan akan menghapus air mata..
ketika tangan terluka, mata akan menangis..
ketika mata tidak mampu melihat, tangan akan bantu untuk meraba..

indahnya dunia persahabatan jika kita tahu menghargainya.. ^_^v

so, never stop to be friend for everyone oke.. sisterhood in Islam never end.. 



dedicated to all of my housemate: hafsah, sihar, mak dayah n bella.. nanti kita buat rumah terbuka pulak ya.. boleh jemput jiran-jiran kita sekali.. sekalian tu, kita buat majlis bacaan yassin untuk fadhilat bersama, insyaAllah.. hehe


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

*tarik nafas dalam-dalam
pesan pada diri


mardhiah.. setiap orang lain-lain
kena faham tu



ya.. faham


n.. kalau orang tu jenis yang macam tu, walaupun ang xsuka n dah cakap tapi orang tu xboleh nak terima..
kena laa faham setiap orang tu lain-lain, n nobody is perfect..


ya.. faham jugak


jadi, kalau ang xboleh buat asas paling rendah dalam ukhwah  yakni berlapang dada, macam mana ang nak capai tahap yang tertinggi iaitu itsar (mendahulukan orang lain) ?


... ya laah... (-_-')


a'ah laa.. kalau Allah xhantaQ orang macam tu, macam mana ana nak test volume kesabaran ana?
kaan.. ;)  (dalam hati masih tertanya, napa laa 'dia' xjaga amanah sedangkan sama-sama paham bila ditanya)


jadi orang biaq amanah, nak taw sangat tanya la.. bukan dengan cara api dalam sekam @_@'
assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

our mother always right..
she knows what is the better for her children..



calling caling  mak saja sembang rindu.. gelak sakan cerita yang ni cerita yang nu.. kononnya laa.. walhal hujan dalam hati.. :'(  yang xbest  tu simpan ja la kan, nanti hati mak turut kehujanan.. channel  bakal terganggu, uuii xmaw-xmaw.. !


soseh yang tu, doa yang ni, rawat yang err.. yang nu.. haha 
then.. yeah, suddenly  ana tersadung kat kaki katil.. diam, kelu, bisu.. 
dia ceramah, tazkirah n forum tanpa sempat ana mengusulkan pokok akar cerita..
amazing ! she is right.. ^^


'' ibuuuuuuuuuuuuu... bergenaang ayaQ mata ku '' (versi oghang pokok sena, kedah) sound effect  lagu Aeman..
ayaQ mata berjuraian turun... wuuuu~
yela.. yela.. xbaik cakap bohong.. setakat bergenang tu ada la.. bertahan tabah tu penting, cakap da matured..

matured  pun kalau mai dengan rindu ni, xtahan jugak laa.. da hampir dua bulan taw, lama tuu.. tanam jagung pun da tumbuh benih..


lagi '' banyak '' umuq ni lagi '' banyak '' err.. '' ridiculous-but-not-really-ridiculous ''  yang ditanya oleh orang yang umurnya lebih matang sikit dari orang macam ana ni.. bukan salah si penyoal, tapi soalan tuuuuuuuu...  haiii, buat ana menjadi pelabur ayaQ mata yang berjaya abad ni.. 
TT,TT  *jalankan hobi sebagai ratu ayaQ mata


xpa, xpaham sudah.. kanak-kanak dumex  n dugro  ja yang paham.. 
*pandang ke bawah, sambil hujung jari kaki menguis-nguis lantai


bukan.. bukan tu point  dia.. hek ;D
sebenaQnya ilham bersepah-sepah.. macam biasa, soalan luar alam sering timbul dalam otak ni.. tapi mood taip tu, malas piang tenggelam, sibuk pikiaQ masalah umat.. 


mood kena cari balik dengan cara dok merewang dengan orang kampung, balik kampung dengan lebih kerap lagi, jalan-jalan tengok alam.. insyaAllah.. 


mak... lagi seminggu cheQ balik nah..(azam sebelum ni, hujung sem iv nak balik.. haha)
rindu dengan suapan mak hari tu, lembut ja tangan mak suap nasi kat cheQ yang da hampir matured  ni..
 ;D


asslamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

2 - 1= 0

kalau dari segi ilmu matematik, jawapan dia memang salah pun.. budak tadika pun taw apa jawapan dia..


tapi hakikatnya tu la pengiraan dalam Islam.. ending bagi hidup kita cuma ada dua, samada baik atau sebaliknya.. setiap apa yang kita kerjakan n lakukan cuma ada dua balasan, dosa n pahala.. bukan macam teluq ayam, ada yang masak sepenuhnya n masak tiga suku.. :P

formula dia senang ja.. apa pun kebaikan n kebajikan yang kita nak buat, biaq sejajar dengan syariat Islam.. maka ganjaran pahalalah buat pelakunya.. perintah n suruhan-Nya yang kita lakukan dengan baik n menepati garis panduan, maka ganjaran pahalalah buat pelakunya..

aplikasi secara logik, adakah seseorang yang bertudung, tapi menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya, dikira menutup aurat? awat dok pikiaq panjang lagi, mesti la jawapannya tidak ! apakah pelakunya mendapat ganjaran pahala atau sebaliknya? dari pemahaman formula tadi la, kosong tu la jawapan dia..

haru jugak dok tengok stail tudung yang tampil dalam pelbagai fesyen n corak.. stail dia dipadankan dengan cara artis dok bertudung, kunon-kunonnya nak jadi ikon untuk muslimah bertudung... mmm, hampeh den mendonga nye.. :P gejala bertudung memang pesat di Malaysia ni n memang dapat dibanggakan.. tapi cuba tengok dua kali sebelum nak judge, adakah menepati seperti yang dianjurkan oleh Islam?


perintah Allah menyatakan pemakaian tudung perlulah menutupi dada, tapi banyak salah faham yang masih dok jadi.. rata-rata yang bertudung tidak menepati tuntutan syariat.. bentuk dada masih didedahkan padahal rambut n leher baik punya tutup.. apa yang kita dapat?

ada jugak yang cakap '' belum sampai seru la ustazah..''


'' mati xkenai umuQ, xtakut ka mati dalam usia muda, xdan bertaubat nanti..''

'' alaa.. relax la, xkan nak berubah secara drastik.. slow-slow la.. ''

'' boleh ka habaQ kat malaikat Izrail nanti.. relax la dulu, jom lepak-lepak dulu jangan amik nyawa aku lagi.. buleh? ''

'' dak eh.. tutup aurat tu baguih.. tapi kami xmaw la hipokrit sebab buat  xikhlas..''

'' jadi kamu ni memang hipokrit sebab xikhlas beragama Islam.. ''

praktikal 2-1=0 jugak untuk syariat Islam yang lain.. konsep yang mudah.. laksanakan perintah Allah dengan mematuhi syarat-syaratnya, pahala kita dapat.. satu syariat yang diseleweng, satu dosa '' hadiah'' buat kita.. adakala sering kita terlepas pandang tentang konsep ni..

so, renung-renungkan n selamat beramah.. ^^


assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

ketika Tuhan menciptakan wanita, ia lembur pada hari ke-6..
Malaikat datang n bertanya '' mengapa begitu lama Tuhan? ''
Tuhan menjawab '' sudahkah engkau lihat semua detail  yang Aku buat untuk menciptakan mereka? ''



2 tangan ni harus boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukan dari plastik.. setidaknya terdiri daripada 200 bahagian, yang boleh digerakkan n berfungsi baik untuk segala jenis makanan.. mampu menjaga anak saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati.. n semuanya dilakukan dengan 2 tangan ini..


Malaikat itu ta'jub.. '' hanya dengan 2 tangan?.. mustahil '' 



oh.. tidak ! Aku akan menyelesaikan ciptaan hari ini, kerana ini dalah ciptaan terbaik-Ku.. ! '' oh ya.. dia jugak mampu menyembuhkan dirinya sendiri n dapat bekerja selama 18jam sehari.. ''


Malaikat mendekati n mengamati bentuk ciptaan Tuhan itu.. '' tapi mengapa Engkau membuatnya begitu lembut ya Tuhan.. ''


'' ya Aku membuatnya begitu lembut, tapi engkau belum mampu bayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak ha-hal yang luar biasa..''


'' dia boleh berfikir? ,'' tanya Malaikat..


Tuhan menjawab.. '' tidak hanya berfikir, dia mampu bernegoisasi ''


Malaikat itu menyentuh dagunya..


'' Tuhan.. Engkau buat ciptaan ini lelah n rapuh ! seolah banyak beban baginya.. ''


'' itu bukan lelah@rapuh.. itu AIR MATA.. ''


'' untuk apa? '' tanya Malaikat..


Tuhan menjawab.. air mata adalah salah 1 cara dia mengekspresi kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, n kebahagiaan..


Engkau memikirkan segala sesuatunya..


wanita ciptaan-Mu ini akan sungguh menakjubkan.. !


ya.. mesti !



wanita akan mempunyai kekuatan yang mempesona bagi lelaki.. dia dapat mengatasi beban bahkan lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan n pendapatnya sendiri.. dia mampu tersenyum bahkan disaat hatinya menjerit.. mampu menyanyi saat menangis, menangis saat terharu, terharu saat tertawa, bahkan tertawa saat ketakutan..


dia berkorban demi orang yang dicintainya.. dia tidak menolak jika melihat yang lebih baik.. dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya.. dia membawa temannya yang sakit untuk berubat..


-cintanya tanpa syarat-


dia menangis saat anaknya adalah pemenang.. dia girang n bersorak saat melihat temannya tertawa.. dia begitu bahagia mendengar kelahiran.. hatinya begitu sedih saat mendengar berita sakit n kematian.. tapi dia mempunyai kekuatan untuk mengatasi hidup, dia tahu bahawa sebuah ciuman n pelukan dapat menyembuhkan luka..


hanya 1 KEKURANGAN wanita..
  • DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRI DIA..
  • DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRI DIA..
  • DIA LUPA BETAPA BERHARGANYA DIRI DIA.. ^^