assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..
dengaq tajuk pun da rasa semacam ja kan.. eheh, sabo dulu.. jangan mudah menilai sebarangan.. apa perasaan anda tatkala mendapat doa n restu dari *ibu-ibu anda..
rasa macam nak menjerit habaq kat semua orang..
rasa macam nak cium-cium ja tiang elektrik..
rasa macam nak teriak.. *bagi yang berjiwa sentimental laa..
rasa macam nak nak lompat-lompat ja kat atas katil.. *saat tue SAHAJA..
macam ni la apa yang ana rasa lani.. lepas dapat mesej dari *ibu-ibu ana tadi, rasa macam nak guling-guling ja dari negeri sembilan ke perlis.. tehee...
seuntai nama itu, ibu.. xpernah hati ini lupa mendoakan mu.. kerana diri mu terlalu istimewa buat ku.. xpernah diri ini lupa mengharapkan redha-Nya untuk mu.. kerana diri mu terlalu berharga buat ku.. moga Allah memanjangkan cinta ku ini hingga ke jannah-Nya bersama mu.. moga Allah meredhai mu.. selepas Allah, Rasul n Islam.. diri mu adalah insan yang ku utamakan..
by: anak manja
sent to: ibu pertama n ibu kedua
tink.. tink.. *bunyi mesej !
amen.. anak yang solehah sentiasa mendoakan untuk ibunya, namun hakikatnya keikhlasan itu amat dihargai.. keletihan menjaga, mendidik mengasuh tiada terbalas hanya dengan harapan inginkan anaknya menjadi insan yang soleh solehah bekalan ilmu dunia akhirat..
by: ibu pertama
dua belas minit kemudian, tink.. tink.. *mesej lagi !
wsalam.. harapan mak cik, mardhiah sihat selalu.. kata-kata ni diceduk dari buku 'meraih kecemerlangan' yang *a** dapat kat SMA Langgar : 4 hal yang datangkan bahagia- kitab yang bermanfaat, anak yang berbakti, isteri isteri solehah, dan duduk dengan orang soleh.. pada Allah pengganti semua posisi..
by: ibu kedua
cuma ana mampu ungkap saat ni.. syukur ya Rahman.. kerana Engkau telah hadirkan mereka ke dalam kehidupan ku.. tadi blur xtaw nak buat apa.. belek-belek buku sirah Nabi, teringatkan *ibu-ibu ana ni..
jadi, untuk anda, anda n anda di luaq sana.. usah sedih tatkala berjauhan dengan keluarga anda, oke.. kerana berjauhan itu manis.. kehkehkeh
*cakaap.. tengok la dua bulan nanti.. kalendar naik lunyai dok bilang hari nak balik rumah.. ayaq mata da macam ayaq terjun hutan lipur..
jarak ni la pengikat kasih antara ana dengan *ibu-ibu ana ni.. *abah-abah, bukan ana lupakan depa.. dak oke.. nak hantaq mesej kat *abah-abah, ana maluu.. >,<
*ibu-ibu ni lain sikit romantis depa tue..
xcaya tengok la mesej-mesej *ibu-ibu ana tadi.. romantik kan kami.. :P
selamat menyemai kasih, menyulam cinta bersama ibu-ibu anda..
p/s: malam ni start la karang ayat-ayat romantis untuk ibu-ibu anda.. raihlah redha mereka disamping mendoakan kebahagian depa kat rumah.. besaq oo tanggungjawab kat rumah, apa kata luangkan sedikit masa buat depa walaupun kita sememangnya jauh dari mata depa, lahirkan rasa berterima kasih buat depa, supaya depa pun rasa yang kita ni xpernah lupa untuk mendoakan n mengingati depa.. n doakan ana jugak menjadi tukang masak yang berjaya di dapur, dunia n akhirat.. ameen.. tehee.. >_<
sekian_sudah@yahoo.net ^_^v
0 comments:
Post a Comment
jom berkebun idea di sini.. :)