assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..


ya Allah.. aku rindukan mereka ya Allah..
mahu ku lepaskan kerinduan ni
dalam dakapan mereka yang ku rindui
aku mohon ya Allah.. kekalkanlah cinta kami ini di atas jalan-Mu.. ameen.. T_T

pertengahan semester lepas, mid vacation.. exact !
di akhir program dengan permata-permata kecil ikon Islam.. 
berlari-lari kecil mereka mendapatkan ana sebelum bergerak pulang bersama keluarga masing-masing..


'' kakak.. nak salam, nak salam..'' *dari jauh sayup kedengaran suara si kecil memanggil-manggil..

'' ustazah.. ustazah jangan lupa kami nah.. nanti mai Faizin lagi taw ! '' *mata da berayaq daah..

'' abah.. tolong amik gambaq kakak dengan ustazah sat..'' *puas cover tudung.. eheh ^^

tahukah adik-adik ku sayang.. kita sama-sama turut merasai sakitnya perpisahan ini.. 


datang si kecil 10 tahun.. puas mengatakan jangan pernah melupakannnya..

juraian air mata tu da membuktikan bahawa diri mu xmerelakan perpisahan di antara kita..

terdiam..

terkaku.. mata si gadis 19 tahun sudah kemerahan..

erat.. ku pegang erat tangannya.. usapan manja singgah di pipinya..


'' haai.. xmaw la macam nie k.. nanti boleh call kan..''

'' rindu ''

ya Allah.. rindu grade apakah ini sehingga membuatkan dia menangis..

'' alaa.. jangan la teriak-teriak macam ni.. tengok kawan-kawan kat sana, happy ja depa '' *sambil menuding jari ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang riang bermain bola..

sungguh.. air matanya membawa jangkitan.. 

akhirnya.. tewas juga gadis 19 tahun tue.. tewas dengan air matanya sendiri.. 


keduanya, tenang dalam pelayaran rindu bertemankan air mata..

hah !

rindu.. rindu.. rindunyaaaa... 

first time merasakan kehangatan rindu bersamanya, cukup mencemaskan.. huh !

rindu..
dikau datang lagi
mengetuk pintu HATI
dikala sepi menemani diri

rindu..
tidakkah ku tahu apa keperluanmu
bijak mencuri lakaran HATI ku

rindu..
ku cuma ingin tahu
adakah dikau pelengkap indah kenangan ku
atau..
hanyalah bayangan luka gurisan qalbu

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)