assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..
- sesiapa yang xpernah merasai kepahitan, dia xkan pernah merasai kemanisan -
fahamilah wahai saudari ku, tidak semua musibah tu menunjukkan kemurkaan Allah s.w.t.. sebagaimana tidak semua ujian tu nikmat daripada Allah s.w.t.. ianya terserah kepada sejauhmana keimanan manusia untuk menerimanya, apakah benar ia mukmin yang sebenaq atau cuma beriman di mulut sahaja..
eheh.. jom tanya iman..
macam tu la jugak ana, sampai lani ana rasa bertuah sangat-sangat di atas kesilapan suatu ketika dulu.. huhu
eh.. suka yek buat salah? -_-'
ya, suka ! ^_^v
kesilapan ni bermula.. time ana ke sekolah amik result upsr.. dua belas tahun, time tu pakai bedak pun bertempek sana sini, pakai scraft tutup dahi, tudung lipat bulat, dihiasi jarum di atas lipatan tu.. eheh, agak skema jugak laa.. tapiii.. uniform lengkap n bersih oke.. xcomot pun.. n ana pun xperasan kata ana comel.. :P
ermmm.. time tu suma kanak-kanak ribena including me, pakat tunggu kat kantin penuh debaran.. cikgu panggil nama ikut keputusan kami, dari 5A-1A.. tup.. tup.. NURUL MARDIAH BT FADZIL.. ya Allah.. sungguh ku xpercaya.. p kat cikgu, banyak kali jugak la dok tengok slip exam tu.. takut-takut tertukaq dengan kawan..
da dapat suma, guru besaq cakap suruh tunggu sat sapa yang dapat 3A,4A,5A.. ana ni dari kecik lagi jenis kelam kabut sikit... time p amik result ni, p dengan abah SAHAJA.. jadi disebabkan ke-excited-an yang xterkawal time tu, terus ajak abah ana balik.. huuu, nak balik habaq kat mak, happy xtaw nak cerita sampai cikgu pesan apa pun xpeduli dah.. ish3, teruk kan ana..
sebenaqnya, cikgu suruh tunggu tu untuk isi borang untuk ke lima buah sekolah menengah yang terpilih.. smk sultanah bahiyyah, smk convent, smk syed omar, smk sultanah asma, n smk syed bukhari.. rasanya kalau ana tunggu time tu, xtaw la rupa ana macam mana lani.. bukan ana kata budak sekolah menengah harian ni xbaguih.. dak.. certain yang ana selalu dok jumpa ni agak aktif sikit bertutur.. lagi-lagi dalam bas, masyaAllah.. dengaq suara depa ja..
lepas da dapat taw tu, runtun jugak hati.. rasa bersalah sangat dengan diri, kawan-kawan ramai yang dapat p di antara sekolah-sekolah ni.. ana ja terlepas disebabkan ketidakpedulian ana terhadap kata-kata cikgu.. padan muka ana.. huhuuu, pernah tanam cita-cita dengan sorang kawan ni, tapi perancangan Allah tu lebih baik.. xdapat la ana merasa bia'h di sekolah menengah harian tue bersamanya..
ok, yang tu bab ke-excited-an ana dengan result.. mak abah ana pun redha ja ana terlepas peluang tu sebab depa sebenaqnya da ada rencana tersendiri..
macam mana yang ana xboleh taw ni.. masih confuse jugak sampai sekarang..
lepas ayahwan ana dapat taw mak ana nak hantaq p sekolah agama, ayahwan ana tolong amik borang.. di antaranya sma islah, sma maahad dini, maktab mahmud.. tengok-tengok borang ni, satu hal lagi nak kena pilih sekolah.. nama-nama ni pun xpernah dengaq sebelum ni.. yang ana taw cuma smka kedah, smka yan, smka baling, smka sik.. teruk kan ana, sampai xtaw apa langsung.. ish.. ish.. ish..
ayahwan ana suruh p maktab mahmud, ana dengaq kata ada temuduga.. ana reject terus.. masih terpukul sebab salah ana xisi borang p sekolah menengah hari tue.. ana malas nak pikiaq banyak n xmaw susahkan diri.. time tu cuma cakap nak p sekolah yang suruh daftar diri terus ja, malas nak p temuduga-temuduga semua tue.. ish3, pemalas betoi kan ana time tue.. hehe.. so, ana tolak maktab mahmud..
berbeza dengan sesetengah kawan-kawan ana, ada yang dulu masuk PASTI, SRIDA n SRIDU.. ada la jugak basic bahasa Arab tu.. ana xda.. langsung xda.. yang taw pun arnab n itik ja.. serius, taw dua ni ja.. kawan-kawan boleh jawab time ustaz tanya, ana diam ja.. huhuuuuuuuuuuu.. nak balik, xmaw p sekolah agama.. *seminggu awai tu jelaa..
dulu, nak dijadikan cerita.. mak ana buat tudung labuh sangat.. pernah jugak monolog sendiri..
tapi xberani nak bantah.. apa yang mak buat, pakai ja.. kawan-kawan ada jugak yang tanya..
'' awat tudung hang labuh sangat.. sampai paras lutut ''
'' xpa, nanti kan makin tinggi.. tahan lama sikit tudung ni, kaaan..'' *cuba sedapkan hati
bukan kawan-kawan ja, senior pun ada jugak yang dok tanya.. tapi senyum ja.. dalam sebulan lepas tu, baru ana berani cakap kat mak, nak potong sikit tudung.. mak xkata apa pun, hehe ingatkan mak ana nak marah.. potong sikit ja oke.. satu nikmat bila kenakan tudung labuh ni, rasa lebih selamat.. xcaya ? cubalaah.. :))
then, bermula laa kehidupan baru ana dengan status budak sekolah agama.. eheh, bagaikan xpercaya.. xpernah bermimpi langsung ana akan dipilih atas jalan ni.. alhamdulillah.. tu tanda Allah sayang ana, tapi ana xsedaq.. xtaw lagi kenapa Allah pilih ana ke sekolah agama ni.. lepas da tamat form 3 kat sma islah, ana cakap ana nak tukaq sekolah.. keluaq result pmr mak ana suggest p maktab mahmud.. ana tolak jugak, ana xmaw.. memang nak tukaq sekolah, tapi nak p sekolah yang dekat dengan rumah ja.. xmaw dok asrama..
lepas da melalui beberapa proses evolusi, ana pilih nak p sma makarimul akhlak.. kebetulan adik ana pun ngaji kat situ.. boleh berulang naik motor dengan dia.. bila da naik form 4 ni, pemikiran kian matang sikit dah.. bila da naik form 5 n 6, ada pulak ayahanda yang xpernah putus-putus bagi semangat untuk ana.. alhamdulillah, rasa lebih bersemangat n yakin jadi budak sekolah agama ni.. huhu
sungguh.. ana akan lemah bila ana pikiaq kesalahan n kelalaian ana waktu berumuq 12 tahun dulu.. tapi, ana xsedaq bahawa kesilapan ana tu da menyajikan sedulang hikmah dalam kehidupan ana hari ni.. alhamdulillah, ana da nekad apa pun yang Allah letak buat ana, ana redha.. :))
xpa, redha dah.. sebelum tunggu pengesahan sebenaq ana ditempatkan d U mana, sempat ana masuk KUIN, tu pun dua minggu ja.. xsempat masuk kuliah pun, bila da taw UPU keluaq.. cepat-cepat p cc, ada jugak cakap dengan kawan, kalau dapat U yang dekat nak la p, kalau jauh xmaw.. nak dok KUIN ja.. sekali tengok negeri sembilan daa.. jauh xsangka, n ana pun xpernah expect nak p sana.. berbelah bahagi dah perasaan ni.. sebelum call mak, call ayahanda dulu.. sembang-sembang tu ayaq mata xputus-putus singgah kat pipi, tudung pun da basah dah.. syukur.. :)
( ni la ayahanda ana, selaku murabbi kat sekolah )
seriously.. sejak da masuk sekolah agama yang dulunya xpernah ana impi pun nak masuk, ana da dapat belajaq macam-macam yang xmungkin ada di sekolah menengah harian.. ya Allah.. baru hari ni ana sedaq.. ana baru taw yang Allah sayang ana.. ana baru taw Dia pilih ana untuk merasai betapa manisnya hikmah daripada ujian yang Dia da letak buat ana.. syukur ya Allah.. bila ana teringat sepotong ayat ni mesti ana tersenyum..
'' Allah xkan bebankan kita dengan sesuatu di luar kemampuan kita ''
- hidup berilmu, ceria selalu.. insyaAllah -
p/s: sekadar renungan bersama.. kadang-kadang tanpa sedaq, diri da jauh hanyut dari pangkuan Dia.. bila da hampir lemas, baru teringat nak berenang pulang kembali ke sisi-Nya.. alhamdulillah.. ^_^v
6 comments:
assalamualaikum...huhu sdih sngt bla ingat blik zaman sekolah dlu,tp yg part masa ambik result tu laa plg ingt sekali,tp serius aku x ingt lngsung kt ang lps aku dpt result tu sbb frust result aku x comei snagt...tp btoi sngt2 dgn pa yg ang kta,walaupun pda mla kita x ska bnda tu tp lma2 bnda yg akn bwa kebaikan kpd kita jgk...:)
wa'alaikumussalam, pinat.. xpa, ang pun da berjaya kan sekarang.. setiap apa yang Allah letak buat kita tu, da kena dah dengan jiwa kita, insyaAllah.. redha k.. ;) semangat2 !!
yaaa...insyaAllah..hrp2 mcm tu laa..mgkin Allah dh tetapkan apa yg terbaik untuk aku....:)
ameen.. insyaAllah.. jangan pernah menyalahkan takdir.. :))
insyaAllah...doakan aku supaya sentiasa bersyukur dh redha dgn apa yang aku ada sekarang nie.....:)
insyaAllah.. ;)
Post a Comment
jom berkebun idea di sini.. :)