assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim.. 

- sesiapa yang xpernah merasai kepahitan, dia xkan pernah merasai kemanisan -

pernahkah anda merasa kemanisan hikmah? mmm... manis, haluuuuss.. ^_^v



fahamilah wahai saudari ku, tidak semua musibah tu menunjukkan kemurkaan Allah s.w.t.. sebagaimana tidak semua ujian tu nikmat daripada Allah s.w.t.. ianya terserah kepada sejauhmana keimanan manusia untuk menerimanya, apakah benar ia mukmin yang sebenaq atau cuma beriman di mulut sahaja..

eheh.. jom tanya iman..

macam tu la jugak ana, sampai lani ana rasa bertuah sangat-sangat di atas kesilapan suatu ketika dulu.. huhu

eh.. suka yek buat salah? -_-'

ya, suka ! ^_^v 

tapi based on hasil yang da dapat lepas buat salah tu laa.. adeeh -_-'



kesilapan ni bermula.. time ana ke sekolah amik result upsr.. dua belas tahun, time tu pakai bedak pun bertempek sana sini, pakai scraft tutup dahi, tudung lipat bulat, dihiasi jarum di atas lipatan tu.. eheh, agak skema jugak laa.. tapiii.. uniform lengkap n bersih oke.. xcomot pun.. n ana pun xperasan kata ana comel.. :P

ermmm.. time tu suma kanak-kanak ribena including me, pakat tunggu kat kantin penuh debaran.. cikgu panggil nama ikut keputusan kami, dari 5A-1A.. tup.. tup.. NURUL MARDIAH BT FADZIL.. ya Allah.. sungguh ku xpercaya.. p kat cikgu, banyak kali jugak la dok tengok slip exam tu.. takut-takut tertukaq dengan kawan..

da dapat suma, guru besaq cakap suruh tunggu sat sapa yang dapat 3A,4A,5A.. ana ni dari kecik lagi jenis kelam kabut sikit... time p amik result ni, p dengan abah SAHAJA.. jadi disebabkan ke-excited-an yang xterkawal time tu, terus ajak abah ana balik.. huuu, nak balik habaq kat mak, happy xtaw nak cerita sampai cikgu pesan apa pun xpeduli dah.. ish3, teruk kan ana..



sebenaqnya, cikgu suruh tunggu tu untuk isi borang untuk ke lima buah sekolah menengah yang terpilih.. smk sultanah bahiyyah, smk convent, smk syed omar, smk sultanah asma, n smk syed bukhari.. rasanya kalau ana tunggu time tu, xtaw la rupa ana macam mana lani.. bukan ana kata budak sekolah menengah harian ni xbaguih.. dak.. certain yang ana selalu dok jumpa ni agak aktif sikit bertutur.. lagi-lagi dalam bas, masyaAllah.. dengaq suara depa ja..


lepas da dapat taw tu, runtun jugak hati.. rasa bersalah sangat dengan diri, kawan-kawan ramai yang dapat p di antara sekolah-sekolah ni.. ana ja terlepas disebabkan ketidakpedulian ana terhadap kata-kata cikgu.. padan muka ana.. huhuuu, pernah tanam cita-cita dengan sorang kawan ni, tapi perancangan Allah tu lebih baik.. xdapat la ana merasa bia'h di sekolah menengah harian tue bersamanya..


ok, yang tu bab ke-excited-an ana dengan result.. mak abah ana pun redha ja ana terlepas peluang tu sebab depa sebenaqnya da ada rencana tersendiri..


macam mana yang ana xboleh taw ni.. masih confuse jugak sampai sekarang..



depa nak hantaq ana ke sekolah agama.. macam mana ni.. sekolah agama memang banyak jugak silibus bahasa Arab.. dengan sirah, tafsir, fiqh, n satu lagi ilmu nahu n sarf.. ana heran jugak, ilmu apa ni.. xpernah dengaq pun nama ni.. puas jugak dok pujuk hati, memang minat nak ngaji sekolah agama, bila dengaq ja nama-nama subjek yang xpernah ana dengaq waktu sekolah rendah dulu, nak p n xmaw p tu sama banyak ja..


lepas ayahwan ana dapat taw mak ana nak hantaq p sekolah agama, ayahwan ana tolong amik borang.. di antaranya sma islah, sma maahad dini, maktab mahmud.. tengok-tengok borang ni, satu hal lagi nak kena pilih sekolah.. nama-nama ni pun xpernah dengaq sebelum ni.. yang ana taw cuma smka kedah, smka yan, smka baling, smka sik.. teruk kan ana, sampai xtaw apa langsung.. ish.. ish.. ish..


ayahwan ana suruh p maktab mahmud, ana dengaq kata ada temuduga.. ana reject terus.. masih terpukul sebab salah ana xisi borang p sekolah menengah hari tue.. ana malas nak pikiaq banyak n xmaw susahkan diri.. time tu cuma cakap nak p sekolah yang suruh daftar diri terus ja, malas nak p temuduga-temuduga semua tue.. ish3, pemalas betoi kan ana time tue.. hehe.. so, ana tolak maktab mahmud.. 



pastu, ada dua ja lagi, sma islah n maahad dini.. da malas nak pikiaq panjang, ana cakap ana nak p sma islah ja.. lagipun ramai saudara dok kat area tu, jadi apa-apa hal senang sikit.. mak ana pun lebih prefer ana ke sekolah tue.. n bermula laa kehidupan ana kat sekolah agama.. mencabaq jugak, ba-ha-sa A-rab time tu, ana zero information ! ana xtaw apa-apa langsung vocab bahasa Arab.. sungguh.. dok rasa punah dah.. hoho.. 


berbeza dengan sesetengah kawan-kawan ana, ada yang dulu masuk PASTI, SRIDA n SRIDU.. ada la jugak basic bahasa Arab tu.. ana xda.. langsung xda.. yang taw pun arnab n itik ja.. serius, taw dua ni ja.. kawan-kawan boleh jawab time ustaz tanya, ana diam ja.. huhuuuuuuuuuuu.. nak balik, xmaw p sekolah agama.. *seminggu awai tu jelaa..


dulu, nak dijadikan cerita.. mak ana buat tudung labuh sangat.. pernah jugak monolog sendiri..



'' mak aku ni xtaw ka yang anak dia ni kecik ja.. tudung labuh sampai lutut ''


tapi xberani nak bantah.. apa yang mak buat, pakai ja.. kawan-kawan ada jugak yang tanya..


'' awat tudung hang labuh sangat.. sampai paras lutut ''


'' xpa, nanti kan makin tinggi.. tahan lama sikit tudung ni, kaaan..'' *cuba sedapkan hati


bukan kawan-kawan ja, senior pun ada jugak yang dok tanya.. tapi senyum ja.. dalam sebulan lepas tu, baru ana berani cakap kat mak, nak potong sikit tudung.. mak xkata apa pun, hehe ingatkan mak ana nak marah.. potong sikit ja oke.. satu nikmat bila kenakan tudung labuh ni, rasa lebih selamat.. xcaya ? cubalaah.. :)) 





then, bermula laa kehidupan baru ana dengan status budak sekolah agama.. eheh, bagaikan xpercaya.. xpernah bermimpi langsung ana akan dipilih atas jalan ni.. alhamdulillah.. tu tanda Allah sayang ana, tapi ana xsedaq.. xtaw lagi kenapa Allah pilih ana ke sekolah agama ni.. lepas da tamat form 3 kat sma islah, ana cakap ana nak tukaq sekolah.. keluaq result pmr mak ana suggest p maktab mahmud.. ana tolak jugak, ana xmaw.. memang nak tukaq sekolah, tapi nak p sekolah yang dekat dengan rumah ja.. xmaw dok asrama.. 


lepas da melalui beberapa proses evolusi, ana pilih nak p sma makarimul akhlak.. kebetulan adik ana pun ngaji kat situ.. boleh berulang naik motor dengan dia.. bila da naik form 4 ni, pemikiran kian matang sikit dah.. bila da naik form 5 n 6, ada pulak ayahanda yang xpernah putus-putus bagi semangat untuk ana.. alhamdulillah, rasa lebih bersemangat n yakin jadi budak sekolah agama ni.. huhu 


sungguh.. ana akan lemah bila ana pikiaq kesalahan n kelalaian ana waktu berumuq 12 tahun dulu.. tapi, ana xsedaq bahawa kesilapan ana tu da menyajikan sedulang hikmah dalam kehidupan ana hari ni.. alhamdulillah, ana da nekad apa pun yang Allah letak buat ana, ana redha.. :))



tapi semua tu xberakhir di situ.. lepas stam, ana isi borang UPU, then dapat result ana dipilih untuk menduduki ujian MEDSI.. ana pilih UPSI, dalam bidang pendidikan.. ana dok harap sangat-sangat ana dapat p UPSI.. tapi, ana xlulus untuk ke temuduga.. terimbas kembali detik-detik dulu, tu laa.. ngelat lagi xmaw p temuduga.. kuang, kuang, kuang.. agak frust sangat xdapat p UPSI.. huhu, xmaw ingat dah.. T.T


xpa, redha dah.. sebelum tunggu pengesahan sebenaq ana ditempatkan d U mana, sempat ana masuk KUIN, tu pun dua minggu ja.. xsempat masuk kuliah pun, bila da taw UPU keluaq.. cepat-cepat p cc, ada jugak cakap dengan kawan, kalau dapat U yang dekat nak la p, kalau jauh xmaw.. nak dok KUIN ja.. sekali tengok negeri sembilan daa.. jauh xsangka, n ana pun xpernah expect nak p sana.. berbelah bahagi dah perasaan ni.. sebelum call mak, call ayahanda dulu.. sembang-sembang tu ayaq mata xputus-putus singgah kat pipi, tudung pun da basah dah.. syukur.. :)


( ni la ayahanda ana, selaku murabbi kat sekolah )

abah ana ni jenis susah sikit nak lepas ana p jauh-jauh.. takut nanti sakit susah nak p ziarah.. jadi, ayahanda ana ni la sebagai back up ana.. ana mintak ayahanda ana pujuk abah ana bagi ana p jugak sana.. alhamdulillah.. dapat ! yahuuu \^-^/ eh.. alhamdulillah.. tapi perasaan sedih tu selalu menghantui ana, ana nak p UPSI tapi dihantaq oleh Allah ke bumi USIM.. walaupun kos yang sama tapi bidang tu lain-lain.. kat UPSI, BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN.. kat USIM, BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI.. satu cikgu, satu lagi lebih kepada bidang seni..



tapi kan, setelah setahun da kat sini.. ana da jumpa salah satu jawapan pasai apa ana kena hantaq mai ke sini.. mungkin disebabkan kesesuaian 'fitrah' ana kat sini kot.. kat sini, semua student dia berstatus sekolah agama.. kat UPSI bercampuq semua.. india, cina, melayu.. n melayu pun ada yang mai berlatarbelakangkan sekolah agama n sekolah menengah harian.. haa.. taw dah.. Allah taw apa yang terbaik buat ana sebenaqnya, Dia taw sebenaqnya ana xberapa sesuai hidup dalam arus yang berbeza dengan bia'h yang da ana rasai sebelum ni.. 


seriously.. sejak da masuk sekolah agama yang dulunya xpernah ana impi pun nak masuk, ana da dapat belajaq macam-macam yang xmungkin ada di sekolah menengah harian.. ya Allah.. baru hari ni ana sedaq.. ana baru taw yang Allah sayang ana.. ana baru taw Dia pilih ana untuk merasai betapa manisnya hikmah daripada ujian yang Dia da letak buat ana.. syukur ya Allah.. bila ana teringat sepotong ayat ni mesti ana tersenyum..


'' Allah xkan bebankan kita dengan sesuatu di luar kemampuan kita ''

mmm.. baru nak sedaq.. tue laa.. cuba husnu zhon sikit.. ehee.. dulu budak lagi, mana taw.. tu pun bertuah dipilih mai sekolah agama belajaq tafsir ayat dengan ustaz.. kalau dak, dok buta lagi la waktu ni.. alhamdulillah... alhamdulillah..



dalam kita asyik mencipta langkah, terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk n menangis.. peritnyaa rasaaa.. tapi.. ketahuilah n renungilah kembali dalam diri kerana mungkin ayaq mata ketika tu hadir kerana Dia mahu kita jahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..


- hidup berilmu, ceria selalu.. insyaAllah -


p/s: sekadar renungan bersama.. kadang-kadang tanpa sedaq, diri da jauh hanyut dari pangkuan Dia.. bila da hampir lemas, baru teringat nak berenang pulang kembali ke sisi-Nya.. alhamdulillah.. ^_^v

6 comments:

NurShafinaz Subri said...

assalamualaikum...huhu sdih sngt bla ingat blik zaman sekolah dlu,tp yg part masa ambik result tu laa plg ingt sekali,tp serius aku x ingt lngsung kt ang lps aku dpt result tu sbb frust result aku x comei snagt...tp btoi sngt2 dgn pa yg ang kta,walaupun pda mla kita x ska bnda tu tp lma2 bnda yg akn bwa kebaikan kpd kita jgk...:)

Unknown said...

wa'alaikumussalam, pinat.. xpa, ang pun da berjaya kan sekarang.. setiap apa yang Allah letak buat kita tu, da kena dah dengan jiwa kita, insyaAllah.. redha k.. ;) semangat2 !!

NurShafinaz Subri said...

yaaa...insyaAllah..hrp2 mcm tu laa..mgkin Allah dh tetapkan apa yg terbaik untuk aku....:)

Unknown said...

ameen.. insyaAllah.. jangan pernah menyalahkan takdir.. :))

NurShafinaz Subri said...

insyaAllah...doakan aku supaya sentiasa bersyukur dh redha dgn apa yang aku ada sekarang nie.....:)

Unknown said...

insyaAllah.. ;)

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)