assalamu'alaikum... ^^

bismillahirrahmanirrahim..


terbina ikatan sayang dalam sesebuah institusi keluarga, yang banyak cerita di dalamnya, yang banyak memori disulamnya, yang banyak tribulasi ditempuh bersama.. ya Allah, indahnya hidup dalam keluarga ya Allah.. kami ingin berkumpul n menyulam cinta lagi di sana nanti, temukanlah kami ya Rahman.. sampaikanlah kami ke sana, ya Rahim..

- ABAH -

seorang insan yang banyak mengajar ana apa itu erti sayang, cinta n kasih.. abah memerah keringatnya dalam usaha mendidik ana menjadi seorang insan yang mampu lahir untuk membangunkan masyarakat.. Allah... mampukah ana? itu persoalan sekarang.. abah, walaupun abah bukanlah seorang doktor, bukan seorang guru@ustaz, bukan seorang polis.. tapi percayalah abah, along xpernah mengharapkan semua tu.. cukuplah dengan apa yang abah miliki sekarang, da cukup membanggakan along.. seorang PESAWAH yang mampu membina sebuah keluarga yang cintakan BAHAGIA..




- MAK -


tabah n cekalnya seorang ibu dalam melayani karenah ana, anak sulungnya.. cerianya raut si ibu di saat menyambut kepulangan anaknya di muka pintu, tatapan yang mengungkap seribu kerinduan.. kini, kita bersua kembali.. bersua di taman yang mana sama-sama kita berkebun cinta.. terima kasih ibu, terima kasih di atas cinta ibu yang xpernah surut-surut buat along.. rindu sangat ibu, rindu saat ibu pujuk along menangis lepas solat tu.. kalau boleh tiap-tiap jam nak nangis, lagi dekat ibu dengan along.. ^,<




- ADIK PERTAMA -


kenakalan yang membuahkan keceriaan n warna dalam kehidupan kami berkeluarga.. xpernah merungut mahupun menghembus rasa dendam tatkala diri disakiti.. semoga engkau terus tabah, adik ku.. tabahlah meniti hari-hari indah yang bakal membawa mu terus hampir bersama-Nya.. kerana Dia menyayangi mu, lantaran itulah engkau diuji.. ^_^v




- ADIK KEDUA -

hati selembut kapas.. itulah ungkapan yang mampu along ucap buat mu.. walaupun seringkali di buli oleh kakak-kakaknya, tapi senyuman merupakan imbalan yang kami dapat.. hehe, terima kasih adik ku.. teruslah mengekalkan ke-maintain-nan hati mu dalam melayani karenah n kenakalan kami.. lagi satu, mudah menangis jika tuduhan yang xberasas di kenakan buat dia.. sabar ya, tarbiyyah tuu..



- ADIK KETIGA -

aktif dalam apa jua yang di ceburinya.. seorang mujahid insyaAllah yang xpernah senang tatkala melihat abah, mak n kakak-kakak beserta abangnya membanting tulang dalam rumah.. selalu menyibukkan diri dengan aktiviti yang melibatkan penglibatan kami adik-beradik.. walaupun kecil, pemikirannya jauh lebih dewasa.. adik ku, harapan ku agar engkau lahir seperti al-Fateh.. membangunlah bersama Islam.. ummah is waiting for you !


ukhuwah ini xkan terhenti di sini ! 

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)