assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..
tika ini.. ya Allah.. rindunya pada Rasulullah..
rindukan pemerintahan Islam.. rindukan kebenaran, ya Allah..
sahabat-sahabiah ana.. dimana penerapan Islam? dimana budaya Islam? fahamilah sahabat-sahabatku.. agama, deen, religion ni bukan sekadar main-main atau cuma agama keturunan anutan nenek moyang kita.. buang fikrah tu ! fahamilah ya, agama merupakan cara hidup kita.. rasa-rasanya la kan, kita memang dok aplikasi ka Islam tu dalam kehidupan seharian kita? dimana bukti yang menunjukkan bahawa kita benar-benar cintakan Islam..? apa yang bakal kita jawab apabila dipersoal nanti di hadapan Allah.. pernahkan kita terpikiaq walaupun sesaat macam mana Rasulullah s.a.w dihina, dicaci, dicemuh, dibaling batu oleh puak terdahulu atas satu dasar.. demi Islam, Deenul Haq.. tapi kita hari ni? sila ulas sendiri, anda lebih mengenali sejauh mana diri anda cintakan Islam, cintakan kebenaran..
'' wahai orang-orang yang beriman ! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ''
(surah Muhammad; 7)
jadi, sahabat-sahabiah ana sekalian.. percayalah dengan janji-janji Allah.. sesungguhnya Allah xpernah memungkiri janji.. pasai apa kita kena bergantung harap pada manusia, sedangkan rezeki tu Allah yang bagi.. sedangkan 'orang' tu sendiri Allah yang cipta, rezeki 'dia' pun xlain xbukan mai dari Allah..
contoh ana bagi analogi kat sini nak bagi mudah paham, penciptaan microsoft.. yang mana orang yang mula-mula mencipta tu Bill Gates.. tup.. tup mai sorang ni kata salah buat macam tu.. nak guna dia macam ni.. macam ni.. persoalan kat sini, sapa yang cipta? n sapa yang lebih taw sebenaqnya? Bill Gates yang cipta, of course la dia yang lebih taw cara penggunaan microsoft tu..
macam tu kita.. Allah lebih taw apa yang lebih baik buat hamba-hamba Dia.. usah gentar, ayuh jundullah/jundatullah ! rapatkan saff kita.. kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.. ayuh maju kehadapan, berjuang demi kebenaran, demi Islam.. !
daulah Islamiyyah ! biddam ! birruh ! perangi kezaliman, tetaplah yang Haq pasti akan menang !
ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !
mahukah kita yang mengaku sebagai Islam ni, kufur pada nikmat?
bukan dari sudut penafian kewujudan Tuhan, tapi hidup berhambakan dunia..
mengejaQ dunia, umpama dunia adalah segalanya.. bukan xtaw, tapi terleka..
peringatan buat diri sendiri jugak.. -_-'
p/s: kalau ada yang xkena, dialu-alukan untuk perbetoi.. insyaAllah.. :)
0 comments:
Post a Comment
jom berkebun idea di sini.. :)