assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

ukhuwah itu segar tatkala disirami dengan kemesraan.. ukhuwah itu subur tatkala dibajai dengan kasih sayang.. ukhuwah itu mekar tatkala disinari dengan cahaya kemaafan.. ukhuwah itu bermesej tatakala melimpah tarbiyyah di dalamnya.. ukhuwah itu bererti tatkala bersulamkan kejujuran.. ya Allah.. alangkah manisnya ukhuwah kerana Allah itu.. 


seusai solat isya' berjemaah, bidadari-bidadari besi di rumah bernombor c-1-9 digemparkan dengan satu bia'h  baru.. apakah? hehe.. nothing serious.. =.=

memasak bersama.. ya Allah, sesungguhnya ana menyayangi jalinan ini ya Allah.. selama hampir dua bulan di sini, jarang sekali kami dapat berkumpul bersama-sama berkongsi rasa.. mmm, rangup jugak ya perkongsiaan bersama ni.. serangup cucur yang kami hasilkan bersama.. ^_^v tehee..


cintailah Allah maka hidup mu sentiasa berada dalam maghfirah..
cintailah Rasul maka ketenangan n kebahagiaan akan menyusul..
cintailah ibu ayah maka ia akan membawa mu ke alam syurga..
cintailah sahabat maka hidup mu akan beroleh berkat..
cintailah ummah maka matlamat mu akan lebih terarah..
cintailah kecemerlangan maka kamu akan dapat apa yang kamu impikan..

ya Allah.. sesungguhnya aku menyayangi sahabat-sahabat ku ya Allah.. raihlah kami ke dalam pelukan rahmat-Mu yang luas terbentang.. peliharalah hati-hati kami agar terus berlari mengejar Cinta-Mu, ya Rahim.. ingatilah kami dengan ujian-Mu yang sentiasa membuatkan kami tidak sunyi daripada tarbiyyah-Mu ya Rahman.. ya Allah, syukur ya Allah.. Engkau telah mengirimkan sahabat-sahabat yang mencintai ku sepertimana mereka mencintai-Mu ya Kareem..


inilah perasaan ana tatkala di pilih oleh Allah untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang cumil ber-pakej-an kelakar.. memang xkering gusi pada saat ni.. malam ni, akan menjadi malam yang terindah buat ana.. ever.. ^_^v

sambil-sambil menikmati cucur yang masih berbaki ni, sempat jugak kami bertazkirah bersama walaupun bukanlah dalam situasi formal, tapi B-E-R-M-A-K-N-A.. itu bukti yang menunjukkan bahawa fitrah manusia yang memang cintakan kebenaran.. terima kasih sahabat, setiap titisan bicara mu itu sudah mampu menunjuk jalan bagi hati-hati yang tercari-cari akan sinar cahaya di hujung sana.. 


persahabatan itu seperti mata n tangan..
ketika mata menangis, tangan akan menghapus air mata..
ketika tangan terluka, mata akan menangis..
ketika mata tidak mampu melihat, tangan akan bantu untuk meraba..

indahnya dunia persahabatan jika kita tahu menghargainya.. ^_^v

so, never stop to be friend for everyone oke.. sisterhood in Islam never end.. 



dedicated to all of my housemate: hafsah, sihar, mak dayah n bella.. nanti kita buat rumah terbuka pulak ya.. boleh jemput jiran-jiran kita sekali.. sekalian tu, kita buat majlis bacaan yassin untuk fadhilat bersama, insyaAllah.. hehe


0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)