assalamu'alaikum.. ^^


bismillahirrahmanirrahim..

'' jika kamu seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian.. sesungguhnya sesuatu pandangan itu akan menjadi rosak.. hanya kerana kamu berbelah bahagi ''
- Abu Tayyib al-Mutanabbi -


andaikata ada tiga orang yang berlainan datang untuk meminjam pinggan daripada kita..

selang beberapa hari.. peminjam A datang memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih, cantik tanpa sebarang ke'ilatan.. maka, kita pun terus menyimpan pinggan tadi di tempat asalnya..

manakala, peminjam B memulangkan pinggan kita dalam keadaan masih kotor, xdicuci.. maka, pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

dalam masa yang sama, peminjam C juga memulangkan pinggan kita tetapi dalam keadaan sudah pecah.. tidak dapat dibezakan lagi bentuknya antara pinggan n serpihan kaca.. tiada lagi nilai.. kita xda lagi pilihan kecuali membuangnya ke dalam tong sampah..


begitulah jua halnya dengan Allah s.wt.. jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan menempatkan kita di tempat yang selayaknya bagi kita, yakni syurga.. insyaAllah.. :)

namun, apabila kita kembali kepada-Nya dalam keadaan kotor dengan dosa, maka Allah akan '' basuh '' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.. 

manakala, apabila kita kembali kehadrat-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan lagi antara iman n kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam buat selamanya, diibaratkan seperti pinggan yang pecah n xbernilai tadi.. na'uzubillah.. 


 jahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak dek debu-debu dosa jahiliyah yang meratah iman kita..  ayuh, mulakan larian mencari redha-Nya..


0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)