assalamu'alaikum..^^

bismillahirrahmanirrahim...


apabila kita meletakkan Allah sebagai prioriti, di mata manusia pahit, di hati kita manis.. insyaAllah.. :)

kita berjalan n terus berjalan.. kita bergerak n terus bergerak.. langkah demi langkah, harapan demi harapan..

tanpa kita sedari, sebenarnya kita sudah berada hampir-hampir di penghujung.. segalanya telah dipersiapkan.. hanya tinggal beberapa kerat saja lagi..

AKAN TETAPI..

datanglah masalah yang amat besar bagi kita, datanglah masalah yang membuatkan kita buntu untuk meneruskan gerak kerja kita.. sehinggakan ada segelintir hati-hati yang tersasar kerana sibuk memikirkan masalah yang timbul.. di sini kita silap besar, bilamana kita hilang fokus, hilang tumpuan pada fokus utama kita..


sahabat-sahabiah ana.. satu analogi yang cukup mudah membuatkan anda faham, kita berjalan n bermusafir untuk ke sebuah kampung yang akan mengadakan pertandingan jaguh kampung yang terhebat yang dapat memancing ikan yang kesemua ikan-ikan itu bersaiz besar.. kampung tu agak jauh yang memakan masa selama tiga hari untuk sampai ke kampung tu.. 

n apabila sampai nanti, kita akan sampai pada hari pertandingan.. kita siap siaga segala keperluan sepanjang perjalanan.. jalan mana yang nak kita pilih, jalan mana yang paling pantas, n jalan mana yang nak kita redahi, kita da sedia maklum mengenai itu..

langkah mula dicipta.. dalam perjalanan, kita terpaksa melalui padang yang yang penuh dengan pohon semalu n kemuncup.. kaki kita sakit, n kemuncup begitu banyak melekat d pakaian kita.. ah, amat menyerabutkan !


*andai kata kita berhenti untuk mencabut semua kemuncup n membuang semua duri semalu tu sehingga membuatkan kita selesa, kita pasti akan terlepas pertandingan tu sebab kita sibuk nak mencabut kemuncup tadi.. bukan saja terlepas pertandingan, malah turut menghampakan semua orang kampung yang mengharapkan kita.. 

*andai kata kita terus melangkah tanpa mempedulikan kemuncup n pohon semalu yang cuma ada di sekitar padang tu saja, kita pasti akan sampai di kampung tersebut n boleh menyertai pertandingan jaguh kampung, sekaligus menggondol kejayaan.. kita dapat menzahirkan impian orang kampung, kan? :)


ironinya, inilah dakwah.. xpernah sunyi daripada cabaran.. kita, sebagai rijalud dakwah, daie mahupun golongan yang mentarbiyyah, kita sememangnya sudah mempunyai matlamat, hadaf utama, strategi..

adalah lumrah apabila datangnya batu penghalang pada jalan dakwah.. kita hampir mencapai hadaf kita, akan tetapi.. datangnya sekawan cabaran yang membuatkan fokus kita sedikit tersasar, sedikit terbabas daripada landasan sebenar n membuatkan banyak gerak kerja kita terganggu..

'' wahai orang yang beriman ! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu ''
(surah Muhammad; 7)

ayuh, sahabat ku.. 

yakinlah dengan pertolongan Allah.. kerana apa yang kita pikul ni bukanlah bid'ah.. apa yang kita bawa ni bukan benda salah, tapi yang kita bawa ni adalah amanah Allah.. apa yang kita gerakkan ni adalah dakwah n tarbiyyah.. apa yang kita bawa adalah Islam.. 


cukuplah Allah bagi ku.. none other in my heart but Allah.. !

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)