assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..
rasa rindu mula menapak apabila sudah lama jari-jemari ni xberlari-lari riang seperti dulu.. disebabkan tugas, disebabkan tanggungjawab yang kian ramah menyapa ana, maaf.. ! ada yang lebih memerlukan khidmat seorang tabib untuk mengubati luka-luka mereka pada saat itu..
tidak, kalam bisu.. ana tidak melupai mu.. jom kita berbicara tanpa suara lagi, ya.. ^_^
PERTAMA, orang putih mengatakan mindset, in the other words what we call it as how we look at the things.. mungkin bagi kita nampak mudah, tapi harus diingatkan di sini bahawa sepertimana dosa-dosa kecil yang dibuat, lama-lama membukit jua..
perkara-perkara kecil apabila kita terlepas pandang, mungkin merebak.. mungkin berjangkit, atau boleh saja menjadi lebih parah.. tapi apabila ditanya, prevention is better than cure.. sejauh manakah? nilai sendiri..
macam -macam yang boleh diterjemah pada mindset masyarakat sekarang.. susah kan nak tune kembali mindset orang.. -_-' laksana, baru tahu sejauh mana keberkesanan tu, kemudian evaluate.. terima kasih !
Firman Allah s.w.t yang berbunyi..
'' Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku''
(az-Zariyat; 51-56)
ketahuilah sahabat.. ibadah itu adalah 24/7 hidup kita.. makan itu ibadah, tidur itu ibadah, kerja itu ibadah, belajar itu ibadah, menutup aurat itu ibadah, main facebook itu juga ibadah..
aik..@_@'
jika menggunakannya dengan cara yang betul, insyaAllah.. adakah sudah menampakkan gambaran yang lebih luas? sentiasa murnikan niat.. niat betul, cara betul.. ironinya, pasti semuanya akan betul, insyaAllah..
KEDUA, apabila kita sudah mula menapak pada satu zon.. remaja, zon yang mana gelora muda yang ingin menyintai n dicintai, berputiknya bunga-bunga cinta di antara uda n dara, asakan jiwa yang ingin mencuba segala-galanya yang baharu..
agak berat untuk diperkatakan.. people want to accept something rather than giving.. kenapa kita xmahu untuk menJADI ya.. kurangkan agenda menCARI, mulalah untuk menJADI pula.. ketahuilah, wanita solehah di dunia lebih dicemburui oleh bidadari syurga.. alangkah hebatnya martabat seorang wanita solehah itu.. خير متاع الدنيا المرأة الصالحة, yang bermaksud sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..
sebuaya-buaya lelaki pun, mesti nak kan wanita yang baik untuk dijadikan suri di taman hati, kaan.. memang xdapat disangkal lagi bahawa, sememangnya fitrah manusia itu yang suka pada kebaikan, apabila adanya percanggahan maka banyak terjadinya perkara-perkara buruk, kan..
masalah aqidah.. muslim hanya pada nama, tidak pada amal n perbuatan.. apakah pucanya?
KETIGA, ada yang mengatakan dakwah itu cuma pada insan yang berstatus ustaz, ustazah, tabligh n yang seangkatan dengannya..
'' ya laa.. diaorang kan berilmu, hanya orang yang berilmu yang layak memberi..''
jadi, nak cukupkan ilmu tu.. abad mana kita perlu mula memberi? Nabi s.a.w bersabda..
'' sampaikan dari ku walaupun satu ayat ''
jika seorang menyampaikan kepada seorang, maka akan berbuah menjadi dua.. kemudian tiga, empat n sampai habis nombor untuk dikira.. tapi sayangnya, ramai yang tidak menyedari hal ini.. sila menangis sekarang T,T
KEEMPAT, ada desas desus yang ana dengar mengatakan bahawa orang yang lebih muda xlayak nak beri pandangan n pendapat kepada orang yang lebih muda.. orang tua lebih awal makan garam, mesti lagi expert.. tapi harus diingat, menolak pendapat n pandangan orang lain tanpa difikirkan dahulu, telah menunjukkan bibit-bibit sombong di situ.. sekalipun dia hanyalah berstatus budak, kebarangkalian ada betul di situ.. sepertimana cerita Saidina Umar meminta Abdullah bin Abbas menafsirkan surah an-Nasr.. pada ketika itu, Abdullah bin Abbas masih kanak-kanak..
jika dibandingkan usia, amat jauh.. tetapi Allah menurunkan hikmah pada seseorang itu tanpa mengira umur, sesiapa sahaja.. satu tafsiran Abdullah bin Abbas yang membuatkan semua sahabat menangis.. katanya, surah ini menandakan tugas Rasulullah akan berakhir n akan wafat..
pesanan terakhir ana kat sini memandangkan jari pun da berpeluh, cantiklah di mata Allah.. apabila kita meletakkan Allah sebagai prioriti, di mata manusia pahit, di hati kita manis insyaAllah.. kebenaran Islam itu dapat dibuktikan dengan memandang alam n berfikir.. mulianya kita kerana Islam.. jom, perbaharui hadaf serta ghoyah kita.. ^_^v
0 comments:
Post a Comment
jom berkebun idea di sini.. :)