assalamu'alaikum.. ^^

bismillahirrahmanirrahim..

mungkin ada jugak certain  insan yang tertanya.. tulisan Braille? wanita? ada apa? tapi rasanya ana sorang ja kot yang rasa blurr macam tu.. hek ;D maklum la.. sejak dua menjak, tiga menjak n bermenjak-menjak ni rasa melelong sat.. tu yang tiap-tiap hari call  mak.. TT_TT  *mardhiah.. jangan mulakan.. 


ya.. baik.. ^^


mmm.. camni, hasil daripada tinjauan ana lepas merantau n merayau rata sebelum start lecture  ni, macam-macam jenis manusia ana tengok.. berjenis? ada kategori mamalia ka, reptilia ka? haha... bukan... bukan yang tu, of course  la semua mamalia.. ohooiii.. lelongan kepala da mula la ni..



ukey-ukey.. camni, maksud ana ni mesti la lebih terarah kepada kaum yang se gender dengan ana.. wanita.. ana just  nak pesan, kita kena/perlu/mesti/bukan lagi harus tapi wajib sedaQ yang kita ni bukan tulisan Braille, yang perlu disentuh untuk dikenali.. tapi rata-rata yang ana dok tengok, mak ai kegatalan tu lebih lagi dari lelaki.. adoi.. sila la malu sikit.. hargailah harga diri mu yang berharga tu.. jangan malas nak bermuhasabah sangat, xkena duit pun.. 


lagi-lagi bila bersembang, yang ni part  paling sakit hati ni.. bukan saja hati, telinga pun buleh bengkak.. kuat ngat eh.. macam bas tu berpenumpangkan tunggui kayu ja..


eheh.. fitnah dunia.. *geleng kepala*


susah kan nak jadi baik? sedangkan nak dapatkan tiket ke syurga pun perlukan pengorbanan yang besaQ..  xmurah der, xmurah macam tiket nak rentas tiga benua.. sedangkan Rasulullah walaupun da dijanjikan syurga buat Baginda s.a.w, tapi tetap jugak berjuang.. hingga tumpah darah n ayaQ mata Baginda.. xkan kita senang-senang nak dapatkan tiket ke sana dengan bersenang-lenang atas dunia.. kan?


walaupun ana rajin jaa update post  yang nampak MACAM BAIK ni.. jangan ! jangan puji ana.. jangan anggap ana da cukup baik.. no, i'm not.. !  we don't know what other people have been thinking.. 


ana punya hati, Allah ja taw.. ana pun bukan cukup baik.. ana pun banyak yang nak kena cari lagi.. banyak yang nak kena improve.. banyak yang nak kena berubah.. banyak, banyaklah banyak.. -_-'


ingat senang nak pupuk diri buat benda baik, nak rasa bila buat benda baik tu rasa best?
sungguhpun xsenang, kena paksa jugak-jugak..


'' Wahai orang-orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan
dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang 
terang nyata ''

seriously, bila dengaQ ayat Quran ni.. hati mula tertanya..
'' oo.. kiranya bila ana amik Islam ni separuh-separuh, kiranya ana ni belum cukup Islam lah..''

jadi, pikiaQ punya pikiaQ, kaji lagi kaji, gali n terus menggali n dapat rasakan yang nak jadi baik ni xboleh sorang-sorang.. kena ada orang lain yang sentiasa teguQ.. jadi, kena betoi jugak pilih kawan yang kamceng.. bukan ana maksudkan xberkawan dengan orang lain.. tak.. berkawan.. tapi bendasing@anasir-anasir yang berbau tu xpayah la kutip amik.. buleh paham kot noh, ayat budak-budak dumex n dugro lebih kurang macam ni la, ana xpandai buat ayat skema sangat, satgi kena gastrik.. hek.. :D


jom doa bersama ana.. segala benda yang terdetik di hati kita, yang kita maksud kan benda tu, Allah memang nak bagi yang tu pun kat kita.. just  tunggu kita mintak n doa kat Dia.. once again, sweet  kan Allah? ;)


p/s: sahabat ku sayang(buat wanita ja).. kuburkan jelaa niat nak jadi tulisan Braille tu k.. ana cemburu pada status agama  yang tertera dalam i/c kalian.. ^.<

0 comments:

Post a Comment

jom berkebun idea di sini.. :)