assalamu'alaikum.. ^^
bismillahirrahmanirrahim..
seusai solat isya' ni sebelum nak date dengan mr. assignment, teringatkan ruangan kisah kasih ni.. lama juga rasanya 'dia' bersendirian tanpa teman.. tidak.. ana xpernah melupai mu.. mana mungkin pada usia sebegini 'muda' ana akan membiarkan mu bertatih sendirian.. tidak.. sekiranya engkau mampu berlari sekalipun, ana xakan pernah meninggalkan mu.. tapi.. seandainya Cinta ana ingin menjemput ana pergi bersama-Nya, izinkan ana.. izinkan ana pergi bersama-Nya.. ya.. ^_^
saat ku berteluku di atas sejadah biru.. terimbau kembali kenangan yang terakam indah dalam kotak memori.. saat kami bertatih untuk mengenal apa ertinya sebuah perjuangan.. perjuangan menegakkan al-HaQ.. biarlah waktu yang menterjemah semuanya.. Allah berkuasa atas segalanya n Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk di lakarkan dalam kanvas hidup kita..
suatu ketika dahulu.. pernah adanya masa-masa.. kita akrab, bagaikan kayu api.. sama-sama kita menyala, terasa kehangatan ukhuwah itu.. hingga terlupa untuk mengingati bahawa xtersisa dari diri-diri selain debu n abu..
pernah ada waktu dalam ukuwah ini.. kita terlalu rapat bagai awan n hujan.. merasa menghiasi langit, menyuburkan bumi n melukis pelangi.. namun, kita tidak menyedari bahawa kita saling tidak memiliki..
disatu titik lalu sejenak kita berhenti, menyedari mungkin hati kita telah terkecualikan dari ikatan iman.. bahkan saling nasihat pun xlain bagai dua lilin.. saling mencahayai, tapi masing-masing habis di makan api..
kini..
saatnya kembali pada iman yang menerangi hati.. pada amal soleh yang menjulang bercabang-cabang pada akhlak yang manis, lembut n harum hingga ukhuwah kita menggabungkan huruf-huruf menjadi wadah yang dengannya kebenaran terbaca n bercahaya..
ya Allah.. rindu saat itu.. ^_^
0 comments:
Post a Comment
jom berkebun idea di sini.. :)